BTC USD 85,894.5 Gold USD 4,314.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Allah Di Mana ?

Arasy (singgahsana) dalam bahasa Arab dan bukan langit.

ya itu yang betullnyer.. arasy (singgah sana) bukan langit.. mcm le kite bincang sifat Allah yang mendengar.. adakah menggunakan telinga mcm kite.. pastinya tidak kan sbb kite makhluk mendengar memerlukan telinga tp Allah tidak dan Allah tetap mendengar.. mcm juga arasy.. ia adlh arasy (singgahsana)dan bukan langit.. hmm... bnyk gak ilmu yg aku dpt melalui diskusi begini.. besar maknanye.. walaupun msh ade yg hendak menegak.. mencari ilmu dgn guru.. bkn just dgr ceramah je..
 
ya itu yang betullnyer.. arasy (singgah sana) bukan langit.. mcm le kite bincang sifat Allah yang mendengar.. adakah menggunakan telinga mcm kite.. pastinya tidak kan sbb kite makhluk mendengar memerlukan telinga tp Allah tidak dan Allah tetap mendengar.. mcm juga arasy.. ia adlh arasy (singgahsana)dan bukan langit.. hmm... bnyk gak ilmu yg aku dpt melalui diskusi begini.. besar maknanye.. walaupun msh ade yg hendak menegak.. mencari ilmu dgn guru.. bkn just dgr ceramah je..

kot TT guna logik akal kot..:)):))..aku baca terjemahan bahasa inggeris pun disebut throne(singgahsana)..bukan sky(langit) atau throne at the sky(singgahsana di atas langit)
 
Taha 20:5
Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.

maaf ye bab ni saya tak mahu bincang, saya hanya yakin dan beriman dgn ayat tu,saya dengar dan saya taat,

para sahabatpun tak pernah tanya nabi lebih lanjut berkenaan ayat ni...

ye AKU pun beriman dgn ayat itu.. tp x maksudkan arasy tu langit.. bersemayannye Allah tidak sm mcm kite makhluk.. para sahabat tidak bertanye krn para sahabat memahami ayat tersebut malah rase takut kepada Allah lebih utama.. risaukan umat islam lebih utama.. kembangkan agama lebih utama.. bersedekah lbh utama.. bukan mcm skg sebok tu bidaah ni bidaah tp masyarakat msh minum arak. main ekor, berzina, dan mcm2 maksiat.. .. hmm.. pandanglah yang kat bawah tu mcm kami ini.. kesian kami.. jauh dr landasan agama.. bkn kerana bidaah tp kerana kalah dgn syurga dunia..
 
kesimpulannya TT sangat beriman dan faham akan ayat2 allah.

kalau gitu mari kita sattle masalah pokok pulak.

ada beribu2 kakitangan kerajaan yang terjebak loan konvensional (riba).
mari kita dakwah meraka.
 
kesimpulannya TT sangat beriman dan faham akan ayat2 allah.

kalau gitu mari kita sattle masalah pokok pulak.

ada beribu2 kakitangan kerajaan yang terjebak loan konvensional (riba).
mari kita dakwah meraka.

betul.. utama lebih utama malah lebih besar ganjaran pahalanyer..
 
WASIAT HASSAN AL-BANNA KE 4 : JANGAN BANYAK BERDEBAT

Janganlah memperbanyak perdebatan dalam berbagai bidang pembicaraan kecuali dalam hal yang penting. Pertengkaran ini semata-mata tak akan mendatangkan kebaikan, demikian wasiat Hasan al-Banna.

Sememangnya, perdebatan lebih banyak mengundang kehancuran kerana pada realiti hari ini, umat Islam terdedah dengan sifat angkuh, kurang ilmu serta tidak menghormati kebenaran. Mereka lebih suka berdebat sekadar menonjol-nonjolkan kehebatan diri. Sedangkan, yang jujur berdebat mengenai hal-hal dasar sangat kurang. Dalam pada itu, kita lihat ramai sekali yang suka berdebat akan memilih tajuk-tajuk yang ringan, bersifat rantingan dan ini tentunya membuang masa. Sesetengah isu itu sudah lama didebatkan dan ia cuma diulang semula semata-mata mahu meraih publisiti, menonjol-nonjolkan kehebatan diri. Sudah tentulah hal ini membazirkan masa dan pendirian Islam berhubung masa sangat jelas.

Demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian. Demikian maksud ayat al-Quran yang ringkas dan padat dengan falsafah itu.

Mengundang lebih banyak pertengkaran

Sebenarnya bukanlah Hasan al-Banna tidak menggalakkan debat. Tetapi hampir kesemua debat ini lebih banyak mengundang parah dan bahaya perpecahan. Sebabnya, pihak yang berdebat itu tidak berbahas dengan ikhlas, berhikmah, beradab dan intelektual. Mereka mungkin tak menjaga lidahnya daripada memaki hamun, mengeluarkan kata-kata kesat dan semua ini akan menyinggung perasaan pihak-pihak tertentu dan akhirnya akan menimbulkan pertengkaran yang berakhir dengan perpecahan.

Apabila berlaku lebih banyak perpecahan, maka yang untungnya adalah golongan kuffar yang sentiasa mengintai kelemahan dan meneropong pekung dalaman umat Islam sendiri. Dan, retak-retak perpecahan itulah yang melambatkan kemenangan dakwah Islam.

Hadis yang masyhur telah menyebutkan bahawa umat Islam ini terpecah kepada 73 puak. "Sesungguhnya Bani Israil berpecah kepada 72 golongan dan umatku terpecah kepada 73 golongan. Semua mereka masuk neraka kecuali satu golongan yang selamat." Sahabat bertanya: "Siapakah yang selamat itu ya Rasulullah?" Rasulullah bersabda: "Mereka yang mengikuti jalan hidupku dan jalan hidup para sahabatku." (at-Tirmidzi)

Maka, perpecahan ini disebabkan oleh pemikiran berbeza. Jika mereka berjuang mencari kebenaran dengan kejujuran dan keikhlasan, bertujuan ingin berpandukan jalan hidup dan pemikiran Rasulullah serta para sahabat baginda, maka kemungkinan penyatuan bolehlah dilakukan semula.

Cabaran umat Islam makin berat

Sebetulnya, cabaran umat Islam memang berat dan mereka mestilah cuba mengurangkan ketegangan daripada sudut emosi dan pemikiran.
Suatu masa dahulu, umat Yahudi terancam oleh Roman dan mereka telah diperhambakan oleh bangsa Mesir. Maka, dengan ancaman ini, termasuk campuraduk ajaran para pendita yang tidak bertanggungjawabm mereka terpecah kepada 71 buah golongan.

Umat Kristian turut menerima tempias jarum-jarum Yahudi. Maulana Jalaludin Ar-Rumi lewat kitab Matsnawi menulis bagaimana satu rencana disusun dengan niat mengelirukan aqidah asal Nasrani hingga pada akhirnya mereka berubah menjadi Kristian. Maka bermula saat itu hingga era kegelapan Eropah, Kristian dan Yahudi saling sengketa sesama mereka. Akhirnya, Islam tiba di celah-celah sengketa itu. Maka, serangan Yahudi dan Kristian ke atas Islam menyebabkan ancaman ke atas Islam bertambah berat. Ini kerana, umat Islam dikepung pemikiran mereka dan maklumat latar hidup mereka dimonopoli para penjajah yang ada pertalian erat dengan Yahudi dan Kristian.
Maka, umat Islam yang sepatutnya memikul amanah sebagai umat pendakwah agama ini ke atas umat lain telah kalah dengan ujian pemikiran kerana sering bersengketa sesama sendiri, dalam mempertarung idea antara mazhab.

Alangkah baiknya, jika mereka mencuba bidang lain, meneroka bidang lain seperti usaha mengkaji agama-agama lain dan cuba mengheret perhatian penganut agama itu kepada Islam. Maka, debat-debat yang seperti inilah yang mungkin sesuai dilaksanakan.

Debat antara agama atau debat dalam agama?

Di akhir usia dunia hari ini, umat Islam sepatutnya membuat keputusan dengan bijaksana; adakah mereka mahu habiskan masa dengan bertarung idea sesama mazhab dalam Islam, atau menghabiskan waktu dengan bertarung idea bersama penganut agama lain?

Bertarung sesama sendiri, walaupun berlainan mazhab tidak ke mana-mana kerana akhir pada debat itu, kita sendiri mengaku bahawa kita sama-sama menganut Islam yang benar. Maka, tidak berbaloi untuk didebatkan lagi melainkan sekadar memuaskan hati.

Dan hal inilah yang mungkin membuang masa, menurut pendapat Hasan al-Banna. Tapi, jika kita mahu manfaatkan masa untuk mengkaji perbandingan antara agama agar dengan itu penganut agama lain dapat menyertai Islam sebagai agama universal ini, maka hal itu tentulah tidak membuang waktu.

Sekurang-kurangnya, jika tiada yang menganut Islam selepas debat antara agama-agama itu, setidak-tidaknya kita berjaya membuktikan bahawa Islam adalah agama Tauhid yang masih mempertahan kesucian pengabdiannya berbanding agama samawi yang lain.

Ringkasnya, berdebat dan bertengkar tentang masalah dalam agama Islam itu perlu kita kurangkan kerana ia banyak mengundang keburukan dna perpecahan, sebaliknya debat antara agama samawi lebih berfaedah kerana lebih banyak membawa kebaikan kerana ia termasuk dalam usaha menerangkan kedudukan Islam yang sememangnya tinggi.
 
berdebat pun msh sesat..kalo wat diam...lg la kuat..

bersama amar makruf nahi munkar...tu je tujuan

bukan nak perlekehkan sesiapa..

sebelum terlewat jd mcm iraq..
 
lepas nih dia buka thread baru plak...pasal Wahabiah lagi...kalu setakat qunut,talqin tak per lagi...nih sampai masuk ALLAH di mana? sosat ke apa dia nih

out dah...aku surrender...
aku AMMAL07 pun takat pertikai berzanji, qunut, talkin tahlil aja..

ni Allah Bertempat..
aku surrender la...kat Wahabi Tegar ni..

lantak ko ler...harap MOD boleh block dia dari bukak thread..bukan apa..kalau boleh ikut la pendapat arus perdana kat Malaysia ni..
huru hara masyarakat
 
Saudara ammal07 Dalam al-Quran ada berapa tempat guna "istawa" boleh senaraikan tak? :)
 
ingt cerita zaman imam ahmad bin hambal..

pada ketika itu beliau masih kecil..

dahri berkata semua benda yang maujud mustahil tidak bertempat..

mesti semua yang wujud ada tempat dia...

dengan selamba saja imam ahmad bertanya dahri ketika itu beliau

masih kecil..dalam susu ada minyak tak?dahri kata ada..

tunjukkan saya di mana minyak itu berada..

di atas?di bawah?di tepi?or dimana..

balik saja la dahri kena ngan imam ahmad..

skrg timbul pulak ajaran yang macam ni..yg ulamak turun temurun

rad(tolak) fahaman ni..:)
 
Back
Top
Log in Register