BTC USD 85,851.0 Gold USD 4,315.67
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Allah Di Mana ?

out dah...aku surrender...
aku AMMAL07 pun takat pertikai berzanji, qunut, talkin tahlil aja..

ni Allah Bertempat..
aku surrender la...kat Wahabi Tegar ni..

lantak ko ler...harap MOD boleh block dia dari bukak thread..bukan apa..kalau boleh ikut la pendapat arus perdana kat Malaysia ni..
huru hara masyarakat

haha..klaka la kau ni...ooo time yg qunut,talkin etc tu ko blh plak x ikut pendapat arus perdana...berprinsip la sket broo:eek:


tp aku rasa topik ni xpyh dibincangkan dulu,better kte bincang masalah2 pokok yg melanda umat skang..itu lbh baik rasanye:-?
 
sudah2 la tu,masing2 aku tgk ble dh xnk hujah senang2 je menyesatkan org lain...aku mang plg benci org yg menyesat2kan org senang2 ni...
 
arasy terletak di atas langit..langit yang mana? aku pesong fakta..fakta apa yang aku pesongkan...?? cuba tunjuk sikit kat sini..

yang tu aku bukan quote tulisan kau,ko salah tengok tu..:p
 
pendapat kamu jelas terpesong,mentakwil semula al-quran dan hadis mengikut fahaman kepala ***** kamu,sedangkan hadis nabi jelas,disebut naik ke langit, dan para sahabat tak mempersoalkan pun fakta itu...

http://hadith.al-islam.com/bayan/display.asp?Lang=mal&ID=95

Hadis Anas bin Malik r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Aku telah didatangi Buraq. Iaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar dari keldai tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya sehinggalah perut buraq tersebut mencecah bumi. Baginda bersabda lagi: Tanpa membuang masa, aku terus menungganginya sehinggalah sampai ke Baitulmuqaddis. Baginda bersabda lagi: Aku mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para Nabi. Baginda bersabda lagi: Sejurus kemudian aku masuk ke dalam masjid dan mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat. Setelah selesai aku terus keluar, secara tiba-tiba aku didatangi dengan semangkuk arak dan semangkuk susu oleh Jibril a.s. Aku memilih susu. Lalu Jibril a.s berkata: Engkau telah memilih fitrah. Lalu Jibril a.s membawaku naik ke langit. Ketika Jibril a.s meminta agar dibukakan pintu, kedengaran suara bertanya: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Lalu dibukakan pintu kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Adam a.s, beliau menyambutku serta mendoakan aku dengan kebaikan. Seterusnya aku dibawa naik ke langit kedua. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Isa bin Mariam dan Yahya bin Zakaria, mereka berdua menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik langit ketiga. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Yusuf a.s ternyata dia telah dikurniakan sebahagian dari keindahan. Dia terus menyambut aku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik ke langit keempat. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Idris a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Firman Allah s.w.t وَرَفَعْنَاهُ مَكَانًا عَلِيًّا Yang bermaksud: Dan kami telah mengangkat ke tempat yang tinggi darjatnya. Aku dibawa lagi naik ke langit kelima. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Harun a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik ke langit keenam. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Musa a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik ke langit ketujuh. Jibril a.s meminta supaya dibukakan. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s dia sedang berada dalam keadaan menyandar di Baitul Makmur. Keluasannya setiap hari memuatkan tujuh puluh ribu malaikat. Setelah keluar mereka tidak kembali lagi kepadanya. Kemudian aku dibawa ke Sidratul Muntaha. Daun-daunnya besar umpama telinga gajah manakala buahnya pula sebesar tempayan. Baginda bersabda: Ketika baginda merayau-rayau meninjau kejadian Allah s.w.t, baginda dapati kesemuanya aneh-aneh. Tidak seorang pun dari makhluk Allah yang mampu menggambarkan keindahannya. Lalu Allah s.w.t memberikan wahyu kepada baginda dengan mewajibkan sembahyang lima puluh waktu sehari semalam. Tatakala baginda turun dan bertemu Nabi Musa a.s, dia bertanya: Apakah yang telah difardukan oleh Tuhanmu kepada umatmu? Baginda bersabda: Sembahyang lima puluh waktu. Nabi Musa a.s berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan kerana umatmu tidak akan mampu melaksanakannya. Aku pernah mencuba Bani Israel dan memberitahu mereka. Baginda bersabda: Baginda kemudiannya kembali kepada Tuhan dan berkata: Wahai Tuhanku, berilah keringanan kepada umatku. Lalu Allah s.w.t mengurangkan lima waktu sembahyang dari baginda. Baginda kembali kepada Nabi Musa a.s dan berkata: Allah telah mengurangkan lima waktu sembahyang dariku. Nabi Musa a.s berkata: Umatmu masih tidak mampu melaksanakannya. Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan lagi. Baginda bersabda: Baginda tak henti-henti berulang-alik antara Tuhan dan Nabi Musa a.s, sehinggalah Allah s.w.t berfirman Yang bermaksud: Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku fardukan hanyalah lima waktu sehari semalam. Setiap sembahyang fardu diganjarkan dengan sepuluh ganjaran. Oleh yang demikian, bererti lima waktu sembahyang fardu sama dengan lima puluh sembahyang fardu. Begitu juga sesiapa yang berniat, untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukanya, nescaya akan dicatat baginya satu kebaikan. Jika dia melaksanakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan baginya. Sebaliknya sesiapa yang berniat ingin melakukan kejahatan, tetapi tidak melakukannya, nescaya tidak sesuatu pun dicatat baginya. Seandainya dia melakukannya, maka dicatat sebagai satu kejahatan baginya. Baginda turun hingga sampai kepada Nabi Musa a.s, lalu aku memberitahu kepadanya. Dia masih lagi berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan. Baginda menyahut: Aku terlalu banyak berulang alik kepada Tuhan, sehingga menyebabkan aku malu kepada-Nya

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 234

di langit ke tujuh baginda Nabi Muhammad SAW berjumpa dengan Nabi Ibrahim a.s...selepas dibawa ke Sidratul Muntaha..Nabi Muhammad SAW MENDAPAT WAHYU mewajibkan sembahyang lima puluh waktu sehari semalam oleh ALLAH SWT..ni ringkasan dari hadis yang aku quote nih..tak pula secara spesifik menunjukkan di mana ALLAH SWT..
 
Last edited:
sudah2 la tu,masing2 aku tgk ble dh xnk hujah senang2 je menyesatkan org lain...aku mang plg benci org yg menyesat2kan org senang2 ni...

yang ni tuduhan berat, 'menyesatkan orang', majlis fatwapun tak kata fahaman wahabi itu sesat,kerajaan arab saudi berfahaman wahabi, orang pergi haji semua pergi mekah, sembahyang berimamkan imam wahabi,

kau tu apa dalilnya kata mereka sesat ???
 
yang ni tuduhan berat, 'menyesatkan orang', majlis fatwapun tak kata fahaman wahabi itu sesat,kerajaan arab saudi berfahaman wahabi, orang pergi haji semua pergi mekah, sembahyang berimamkan imam wahabi,

kau tu apa dalilnya kata mereka sesat ???

mazhab wahabi tuh tidak sesat..yang sesat ialah orang yang cuba menerangkannya :))..nak2 plak orang dari malaysia nih..kononnya faham dan arif tapi bila ditanya spin sana sini :eek:
 
haha..klaka la kau ni...ooo time yg qunut,talkin etc tu ko blh plak x ikut pendapat arus perdana...berprinsip la sket broo:eek:


tp aku rasa topik ni xpyh dibincangkan dulu,better kte bincang masalah2 pokok yg melanda umat skang..itu lbh baik rasanye:-?

bro boleh bukak thread lain kalau nak bincang masalah pokok tu,
tolong jangan halang orang lain yang nak bincang masalah lain,
kalau orang tak nak bincang, mereka tak akan baca,atau replay.
 
bro boleh bukak thread lain kalau nak bincang masalah pokok tu,
tolong jangan halang orang lain yang nak bincang masalah lain,
kalau orang tak nak bincang, mereka tak akan baca,atau replay.

masalah apa? masalah ALLAH dimana? baik tak payah bincangkan hal nih...kedudukan ALLAH plak tuh..~X(~X(~X(..tahap nih skali fahaman wahabi oleh Malaysian..
 
yang ni tuduhan berat, 'menyesatkan orang', majlis fatwapun tak kata fahaman wahabi itu sesat,kerajaan arab saudi berfahaman wahabi, orang pergi haji semua pergi mekah, sembahyang berimamkan imam wahabi,

kau tu apa dalilnya kata mereka sesat ???

aik aku lak yg kena...hmmmmmm..bc la blk ape aku tulis tu...:eek:
 
bro boleh bukak thread lain kalau nak bincang masalah pokok tu,
tolong jangan halang orang lain yang nak bincang masalah lain,
kalau orang tak nak bincang, mereka tak akan baca,atau replay.

HOI!!!ni dh lebih ni....:mad:

kau nk bincang ke,kau nk tunjuk kau terrer...aku tampo gak ko ni kang...emosi nk mamposhh
 
Back
Top
Log in Register