BTC USD 81,159.0 Gold USD 4,378.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Allah Di Mana ?

Huhuhuhu...trade forex pepagi gini??
 
Kedudukan Allah adalah sebahagian dari ZATNYA , tak payah pikir pasal ZAT ALLAH tapi fikir pasal makhluk2 ciptaannya, bulan bintang langit , hebatnya Allah cipta langit bumi , bintang pikir pasal ciptaan2 ini akan tingkatkan iman dari pikir pasal "tempat" Allah silap2 boleh murtad .
 
Fir'aun berkata demikian karena ia mendengar Musa mengabarkan bahwa Rabbnya berada di atas langit.

ayat mana yang mengatakan bahawa Musa mengabarkan bahawa Rabbnya berada di atas langit?

Al-Imam Saidina Ali k.r.w.j. pernah berkata: “Sesungguhnya Allah s.w.t. itu tidak bertempat. Dia sekarang dalam keadaan seperti mana Dia sebelum ini (iaitu tetap qadim dan abadi tanpa bertempat)”. (Al-firaq bainal Firaq karangan Abu Mansur: 333)

قال أيضا: إن الله تعالى خلق العرش إظهارًا لقدرته لا مكانا لذاته ) الفرق بين الفرق لأبي منصور البغدادي:333)
Saidina Ali k.r.w.j. berkata lagi: “Sesungguhnya Allah s.w.t. menciptakan Arasy, sebagai tanda kekuasaanNya, bukan sebagai tempat untuk Dia duduki” (Al-firaq bainal firaq: 333)

من زعم أن إلهنا محدود فقد جهل الخالق المعبود . ) حلية الأولياء: ترجمة علي بن أي طالب: 73:1)

Saidina Ali k.r.w.j. berkata lagi: “Sesiapa yang beranggapan bahawa, Tuhan kita mahdud (ada ruang lingkup tertentu atau ada had-had tertentu), bererti dia jahil tentang Tuhan Maha Pencipta lagi Tuhan yang disembah” (hilyatul Auliya’: 1/73)

وقال التابعي الجليل الإمام زين العابدين علي بن الحسين بن علي رضي الله عنهم ما نصه: ( أنت الله الذي لا يحويك مكان ) إتحاف السادة المتقين: 380:4)

Imam Ali Zainal Abidin bin Al-Husein r.a. (94 H) berkata: “Sesungguhnya, Engkaulah Allah, yang tidak bertempat” (Ittihaf Saadah Al-Muttaqin: 4/380)

أنت الله الذي لا تحد فتكون محدودا ) إتحاف السادة المتقين: ibid)
Imam Ali Zainal Abidin r.a. berkata lagi: “Engkaulah Allah yang tidak mempunyai sebarang had...” (ibid)

وقال الإمام جعفر الصادق بن محمد الباقر بن زين العابدين علي بن الحسين رضوان الله عليه من زعم أن الله في شيء، أو من شيء، أو على شيء فقد أشرك.

Imam Ja’far As-Sodiq r.a. (148 H) berkata: “Sesiapa yang mengatakan bahawa Allah s.w.t. berada pada mana-mana tempat, atau berada atas sesuatu, atau berasal daripada sesuatu, maka dia telahpun syirik...” (risalah Al-Qusyairiyah: 6)

jadi, betul ke dakwaan puak wahabi salafi yang mengaku mengikut salafussoleh sedangkan Saidina Ali yang hidup sewaktu Nabi masih hidup sehingga wafat dan ulama salafussoleh pun mengatakan Allah wujud tidak bertempat?bila tak ikut puak wahabi terus ditakutkan kononnya ahli bidaah,muktazilah dan sebagainya semata-mata mahu menutup kelemahan sendiri.jadinya adakah Saidina Ali juga ahli bidaah mengikut dakwaan wahabi?

Firman Allah s.w.t. dalam hadith qudsi: "…sekiranya hamba tersebut sentiasa mendekatkan dirinya kepadaKu dengan amalan-amalan sunat (setelah amalan wajib dilaksanakan) maka (sehinggalah setelah itu) Aku akan mencintainya. Jika Aku telah mencintainya, maka Aku adalah pendengarannya yang dia mendengar dengannya, Aku adalah penglihatan yang dia melihat dengannya, Aku adalah tangan yang dia menggunakannya dan Aku adalah kaki yang dia gunakan untuk berjalan dengannya…" (Hadith riwayat Al-Bukhari no. 6021)


Sumber
:


anda copy paste sebahagian saja,saya tolong copy paste sebahagian yang lain..

abuzaid:
Saudara uranicade,

Nampaknya anda tidak menelaah dan memahami bukti2 tentang istiwanya Allah diatas langit. Baiklh utk kepuasan anda sendiri saya pastekan kembali hadits hamba wanita itu secara lengkap.

Dalam hadits Mu'awiyah bin Hakam, bahwa ia berniat membebaskan budak sebagai kifarat. Lalu ia bertanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam menguji budak wanita. Beliau bertanya:"dimanakah Allah?", maka ia menjawab di atas langit, beliau bertanya lagi:"Siapa aku?", maka ia menjawab: "Anda utusan Allah". HR.Muslim dan lainnya.

Apakah ini belum memuaskan hati anda lagi, lalu dengan hujah yg bagaimana lg yg anda cuba ketengahkan? Cuba anda jelaskan hadits2 yg selain dari nabi yg anda sebutkan tadi sebagai pegangan anda dalam menafikan hadits dari Mua'wiyah ini supaya boleh kita bincangkan.

"Dan berkatalah Fir'aun: "Hai Haman, buatkanlah bagiku sebuah bangunan yang tinggi supaya aku sampai ke pintu-pintu, (yaitu) pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Ilah Musa dan sesungguhnya aku memandangnya seorang pendusta..." (Al-Mu'min:36-37).

Apakah perlu bagi saya utk membuktikan bahawa Nabi Musa pernah menyatakan tentang keberadaan Allah kepada Firaun. Apakah tidak cukup ucapan Firaun ini untuk menandingi Allah yg berada diatas? Apa yg anda baca dan apa yg anda faham.

Apakah sahabat2 nabi yg lain tdk dimuliakan wajahnya? Sesungguhnya yg memanggil pangilan k.r.wj ini tdk lain tidak bukan dari golongan syiah yg mengkultuskan Ali dari sahabat2 yg lain. Adakah anda sebagian dari mereka.

Yg dimaksudkan tidak bertempat seperti bertempatnya makhluk adlah bahawa Allah itu terpisah dengan makhluk dan tidak memerlukan makhluk. Contohnya sebagaimana manusia duduk diatas kerusi yg dipahami bhw makhluk duduk di atas makhluk lalu dapatkah disamakan dengan sifat Allah diatas makhluk. Jawapannya tentu tidak, bukankah ulama2 trdahulu telh menjelaskan tentang maksud istiwa ini dan sekiranya anda tdk setuju dgn pendapat tersubt hndaklh anda membantah pendapatnya imam Malik dgn ilmiah dan sahih begitu juga imam2 yg lain trmasuk juga Syafie yg kita dakwa mengikut mazhabnya namun dari segi akidah bagaimana?

Bagaimana tafsiran sbenarnya tentang surah Thaha ayat 5, Al-Furqan ayat 59, As-Sajadah ayat 4 sebagai contoh dari sekian banyak dalil yg lain dalam menceritakan tentang istiwanya Allah diatas Arasy? Anda hendak menakwil ayat tersebut? Jgn anda lakukan suatu yg Allah tidak berikan hujah diatasnya.

Tdk ada yg memanggil ahli sunnah / ahli hadits / salafy / firqatun najiwah / thoifah A-Manshurah dengan panggilan wahabi kecuali pelaku bid'ah yg merasa busuk hati, memenangkan nafsunya dan tdk dapat menerima kebenran yg dibawa. Apakah anda termasuk dalam golongan tersebut?
 
ayat-ayat yang menyatakan Allah bersemayam di atas Arasy
7:54
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang Menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Dia bersemayam di atas Arasy; Dia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Dia pula Yang Menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah Yang Mencipta dan Mentadbirkan sekalian alam.

ayat-ayat lain ada di sini

http://quran.al-islam.com/Search/Sr...oices=1&Image.x=5&Image.y=10&SearchText=arasy

aku rasa baik baca habis sural Al a'raf ayat 54-58...(7:54-58)..sebab kalu kita amik sikit2 maka tu menyebabkan jadi keliru..
 
Rasulullah s.a.w bersabda ” Siapa yang ingin tahu kedudukannya di sisi Allah, lihatlah kedudukan Allah di sisinya” Riwayat Anas.

Diriwayatkan daripada Ubadah bin as-Samit r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Sesiapa yang suka bertemu Allah, maka Allah juga suka bertemu dengannya. Begitu juga sesiapa yang tidak suka bertemu Allah, nescaya Allah juga tidak suka bertemu dengannya.
 
Berdasarkan kajian para ulama mendapati tiada suatu ayat Al-Quran dan tiada suatu Al-Hadith pun yang mengharuskan soalan seperti itu. Bahkan ulama Islam telah bersepakat bahawa Allah ta’ala tidak diliputi oleh tempat.

Maka soalan yang berbunyi “Di mana tempat Allah?” merupakan soalan bid’ah sesat termasuk dalam konsep yang yang ditolak oleh Islam dan tindakan Imam Malik menghukum si penyoal tentang "BENTUK ALLAH" sebagai si bid’ah yang sesat samalah kita menghukum si penyoal soalan "DI MANA TEMPAT ALLAH?" tadi sebagai tukang buat bid’ah lagi sesat dan bertanyakan tempat bagi Allah adalah haram hukumnya bahkan sekiranya seseorang itu mendakwa zat Allah diliputi oleh tempat maka dia jatuh murtad berdasarkan penghukuman Ijmak para ulama. (Rujuk Syarah Fiqhul Akbar).


SUMBER
 
Last edited:
Angkat Tangan Ke Langit.
Ketahuilah bahawa mengangkat tangan ke arah langit ketika berdoa tidaklah bererti Allah berada dilangit dan tidak juga bererti Allah berada diatas arasy seperti mana kita menunaikan solat yang merupakan peribadatan utama kita kepada Allah, kita menghadap ke arah ka’bah ianya tidak bererti Allah berada di ka’bah.
Islam dan ulama islam dikalangan salaf dan khalaf menyatakan tujuan mengangkat tangan ke arah langit ketika berdoa adalah merupakan kiblat doa(samaada telapak tangan itu sebelah dalamnya atau sebelah luarnya diangkat ke langit).
Akan tetapi ini tidak bermakna sekiranya seseorang itu berdoa kepada Allah tanpa mengangkat tangannya ke arah langit maka doanya terbatal.


SUMBER
 
diharap warga cg semua mendapat info yg tepat untuk digunapakai....
sila rujuk kepada yg bertauliah..
 
Back
Top
Log in Register