BTC USD 80,888.5 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Allah Di Mana ?

saya tak sebutpun demokrasi, mengadili bukan mengundi...??
kau tu yang jumud sangat, tertutup hati sampai tak mahu terima penjelasan dari orang lain, walaupun ada kebenarannya...

mengundi, mengadili, memilih, itu hanya perbezaan istilah, jgn ko cuba putar belit wahai ahlul wahab.. org2 mcm kau jer nampak ianya benar, walhal bagi pihak lain ianya adalah terpesong. Nauzubillah..
 
saya setuju dengan deqda... kita tak boleh terima bulat2 apa yang beliau sampaikan... mungkin fahaman ayat di ATAS ini (dalam tafsiran fahaman beliau; langit) banyak maknanya... kita tidak tahu... wallahualam...

dan saya juga setuju dengan jasma... kita boleh cari guru tauhid di kawasan kita sendiri, insyallah mereka akan membantu. dan tak salah kalau kita mendalami dan mempelajari fahaman lain... seperti wahabi, salafi & etc

harap TT ni tidak menjadi tempat untuk mengadili yang mana betul dan salah... agar tidak menyinggung mana2 pihak.

peace bro... assalamualaikum.:)
 
baru ajak piker gne ilmu MANTIK... blom lgi tafsir kan ayat hang da konar...

al-quran diturunkan selaras dengan akal.. jika seseorang takwil kan ayat al-quran tak selaras dengan akal maknenya orang tu da melampaui batas akal...

sebab tu la banyak ayat ALLAH akhiri ayat dengan HENDAKLAH KAMU BERFIKIR.. tak kan itu ponn kamu tak le pikir...

ade ke patut hang kata ALLAH tinggal kat ATAS,, atas langit... memang hang ni da ilang akal... ALLAH TU tidak bertempat....

skrg hang piker sape yg gunakan akal yg sempit tafsir kan al-quran... ayat AQ tulis di ATAS.. hang tafsir kan sume kat atas mesti berada di atas..

sila berikan ayat al-quran yang mengatakan Allah tidak bertempat..

dalam video 4,dijelaskan ada orang yang menukar 'istawa' kepada 'istawla,'lalu mengubah maknanya dari 'bersemayam' kepada 'memerintah'
 
Last edited:
secara kebetulan nama mereka sama, tapi orangnya tak sama,Dahri yang dulu berhujah tidak merujuk kepada kitab, Dahri yang tuan lihat di vedeo tu berhujah dengan merujuk kitab-kitab ulama termashor...

berhujah tanpa kitab pun dah kantoi..inikan pula dgn kitab..
kitab tu pulak dari mana.. cuba saudara listkan sendiri
ulama yg dikatakan termashor tu..

teringat satu dialog antara cikgu tadika dan anak muridnya
Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu
ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi...

Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu..
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada.

cerita ni mungkin berbeza dgn apa yg TT nk sampaikan,
tapi cuma tukar je utk pengaruhi anak muridnya tentang kewujudan Tuhan dengan hajat TT yg nk pertikaikan dimana ALLAH berada..

Allah wujud tapi tak bertempat!
Allah sesekali tidak sama dgn makhluk..
makhluk tu bkn mksd manusia, tapi segala ciptaanNya
 
berhujah tanpa kitab pun dah kantoi..inikan pula dgn kitab..
kitab tu pulak dari mana.. cuba saudara listkan sendiri
ulama yg dikatakan termashor tu..

teringat satu dialog antara cikgu tadika dan anak muridnya


cerita ni mungkin berbeza dgn apa yg TT nk sampaikan,
tapi cuma tukar je utk pengaruhi anak muridnya tentang kewujudan Tuhan dengan hajat TT yg nk pertikaikan dimana ALLAH berada..

Allah wujud tapi tak bertempat!
Allah sesekali tidak sama dgn makhluk..
makhluk tu bkn mksd manusia, tapi segala ciptaanNya

ayat-ayat yang menyatakan Allah bersemayam di atas Arasy
7:54
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang Menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Dia bersemayam di atas Arasy; Dia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Dia pula Yang Menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah Yang Mencipta dan Mentadbirkan sekalian alam.

ayat-ayat lain ada di sini

http://quran.al-islam.com/Search/Sr...oices=1&Image.x=5&Image.y=10&SearchText=arasy
 
sori la off topic kejap...ADAKAH FOREX INI DIBOLEHKAN BAGI UMAT ISLAM..? minta sapa2 bagi pendapat..sebab setahu aku forex nih dagangan yang kita tak nampak barangannya..maka nilaian dia juga tak tetap..dan jual beli mcm ni amat dilarang oleh nabi..
 
sori la off topic kejap...ADAKAH FOREX INI DIBOLEHKAN BAGI UMAT ISLAM..? minta sapa2 bagi pendapat..sebab setahu aku forex nih dagangan yang kita tak nampak barangannya..maka nilaian dia juga tak tetap..dan jual beli mcm ni amat dilarang oleh nabi..

bab forex ada dijelaskan di bahagian forex..

http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=50144&page=80

forex ni urusan dia, beli duit, jual duit,
duit itu benda yang halal,

kalau beli bab1, jual bab1, memang haram, pasal bab1 benda yang haram.
 
sebab aku bersandarkan ini

الذهب بالذهب , والفضة بالفضة , والبر بالبر , والشعير بالشعير , والتمر بالتمر , والملح بالملح , مثلاً بمثل , سواء بسواء , يداً بيد , فإذا اختلفت هذه الأصناف فبيعوا كيف شئتم

Ertinya : Emas dengan Emas ( ditukar atau diniagakan) , perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam mestilah sama timbangan dan sukatannya, dan ditukar secara terus ( pada satu masa) dan sekiranya berlainan jenis, maka berjual-belilah kamu sebagaimana yang disukai" ( Riwayat Muslim, no 4039 no hadith , 11/9 ) .


فإن رَسُولَ اللَّهِ قال الْوَرِقُ بِالذَّهَبِ رِبًا إلا هَاءَ وَهَاءَ

Ertinya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w berkata : Pertukaran antara perak dan emas adalah riba kecuali jika ia dilakukan secara serentak (serah terima dalam satu masa)" (Riwayat Muslim, no 1586, 3/1209)

sebab matawang sekarangkan didasari oleh demand dan supply..tu pasal aku konfius bila ada yang kata halal
 
Last edited:
berbalik semula kepada thread..Allah boleh berada di mana-mana sahaja..kalu bertempat maka sama seperti kristian..adanya Tuhan bapa di syurga..tuhan anak ditempat di dunia utk menyelamatkan manusia dan roh al kudus yang tersebar di muka bumi..ni pandangan aku laa
 
Back
Top
Log in Register