BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aliran Trafik Perlahan Di Beberapa Jalan Persekutuan Di Kelantan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
a057dbbdc7083374586f662c59b1d07069c0e128911ff

a501a119630f4f4b4b01b97e28dafedc69c0e14b9d84a


Beberapa jalan Persekutuan di Kelantan dijangka sesak hari ini berikutan warga perantau mula pulang ke rumah masing-masing selepas cuti meraikan Aidilfitri di kampung halaman Sabtu lepas.

Setakat 1.30 tengah hari, tinjauan Bernama di Jalan Pasir Puteh-Kuala Terengganu, Terengganu dan Jalan Machang-Kuala Krai-Gua Musang mendapati aliran trafik bergerak perlahan susulan pertambahan kenderaan.

Pengguna jalan raya, Rosmaliza Adnan, 43, berkata dia memulakan perjalanan dari kampungnya di Pengkalan Chepa, Kota Bharu kira-kira 10 pagi tadi untuk pulang ke Kuala Lumpur.

"Saya terpaksa berhenti rehat seketika di stesen minyak di sini (Kuala Krai) sebab berasa letih memandu dengan masa yang terlalu lama.

"Memang saya selalunya akan balik awal sehari atau dua hari selepas cuti raya sebab nak berehat  selepas sampai rumah nanti dan tidak mahu mengambil risiko sekiranya berlaku kesesakan lalu lintas terlalu lama," katanya ketika ditemui Bernama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata anggotanya telah diarahkan untuk membuat rondaan dan pemantauan secara berkala di laluan Kuala Krai-Gua Musang dan Gua Musang-Kuala Lipis, Pahang kerana dijangka berlaku pertambahan kenderaan hari ini.

"Perancangan awal telah dibuat bagi menghadapi peningkatan aliran trafik terutama di laluan utama keluar dari Kelantan.

"Kawalan serta penyuraian trafik akan dilaksanakan bergantung kepada keadaan semasa lalu lintas bagi memastikan perjalanan warga perantau menjadi lebih lancar," katanya.

Beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi arahan anggota bertugas dan mengutamakan keselamatan sepanjang perjalanan.

 
Back
Top
Log in Register