Xploit Machine
CG Hardcore Club


- Messages
- 73,559
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,559
- Reaction score
- 7,740
- Points
- 916
19.12.2025 - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama seluruh Semenanjung Malaysia mula menunjukkan peningkatan berikutan orang ramai mengambil kesempatan pulang ke kampung sempena cuti sekolah dan sambutan Hari Krismas.Berdasarkan kemaskini info aliran trafik di laman web Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) setakat 4 petang ini, trafik mula perlahan menghala ke Utara di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) membabitkan laluan Sungai Buloh dan Rawang, Selangor. Di lebuh raya sama, kesesakan dilihat berlaku di Gua Tempurung dan Terowong Menora. Kesesakan sejauh 10.2 km turut dilaporkan di KM 297.1 arah Utara dari Tapah ke Gopeng berikutan kemalangan yang menyebabkan laluan kanan terhalang. Lebuhraya PLUS ke Selatan turut menunjukkan kenderaan bergerak perlahan di beberapa kawasan termasuk di Port Dickson, Senai Utara dan Seremban. Sementara itu, kenderaan dilihat semakin bertambah di Plaza Tol Gombak untuk pengguna jalan raya menuju ke Pantai Timur.
Bagaimanapun, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan 2 setakat ini masih lagi lengang. LLM dalam kenyataan media hari ini menjangkakan berlaku peningkatan jumlah trafik di lebuh raya utama seawal Jumaat, 19 Disember 2025 bagi pengguna lebuh raya yang menuju ke arah Pantai Timur, Utara dan Selatan. Di samping itu, dijangka trafik tertinggi sebanyak 2.6 juta kenderaan sehari yang akan menggunakan lebuh raya utama pada hari puncak sempena Hari Krismas ini. Sebanyak 2.2 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya di bawah Kumpulan PLUS. Manakala, masing-masing 186 ribu, 69.2 ribu, 33.2 ribu dan 144.6 ribu kenderaan dijangka akan menggunakan Lebuhraya KL Karak, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 dan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE).
Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/12/1301907/aliran-trafik-mula-meningkat-petang-ini