BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aliran Trafik Lebuh Raya Utama Menghala Ibu Negara Sesak Malam Ini

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,187
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,187
Reaction score
346
Points
141
501df2fa4d742031c3d12504818af77b67f141a110e98

-- Gambar hiasan

Aliran trafik di lebuh raya utama negara sesak sehingga 8.30 malam ini berikutan peningkatan mendadak jumlah kenderaan warga kota selepas menyambut Aidilfitri.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan kesesakan melibatkan pergerakan kenderaan dari arah utara, selatan dan Pantai Timur ke arah ibu kota.

“Bagi Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) E1, keadaan paling kritikal dikesan bagi arah selatan melibatkan laluan dari Alor Pongsu ke Taiping Utara dengan kesesakan sepanjang 18 kilometer (km) akibat jumlah kenderaan sangat tinggi.

“Di sektor selatan, kesesakan sepanjang 14 km dilaporkan dari Ayer Keroh ke Simpang Ampat dengan anggaran kelewatan mencecah 40 minit,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Selain itu, aliran trafik dari arah selatan ke Kuala Lumpur dilaporkan perlahan di beberapa lokasi termasuk dari Bukit Gambir ke Jasin serta dari Pedas Linggi ke Senawang.

“Bagaimanapun, aliran trafik di Plaza Tol Sungai Besi dilaporkan masih lancar setakat ini,” katanya.

Bagi pengguna Lebuhraya Pantai Timur (LPT), kesesakan teruk sepanjang 25 km dilaporkan dari arah Plaza Tol Karak sehingga ke Lentang.

“Trafik juga bergerak perlahan dari Genting Sempah menuju ke Plaza Tol Gombak bagi memasuki ibu kota,” katanya.

Jurucakap itu berkata kesesakan juga berlaku di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE), terutamanya di sekitar Plaza Tol Hutan Melintang menghala ke Sabak Bernam dengan trafik bergerak perlahan sehingga ke Jalan Persekutuan.

 
Back
Top
Log in Register