BTC USD 83,523.3 Gold USD 4,127.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Alienware M15 & M17 Di Kemaskini - Komponen Grafik NVIDIA Terbaru

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,632
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,632
Reaction score
7,745
Points
916
Alienware ialah nama yang cukup terkenal seantero dunia sebagai jenama gaming PC yang bukan sahaja hadir dengan rekaan yang serba menarik, tetapi juga spesifikasi berkuasa yang digandingkan dengan aksesori-aksesori yang kelihatan cukup canggih.

Terkini, model komputer riba gaming Alienware yang paling terkenal, iaitu Alienware m15 dan juga Alienware m15 telah disahkan akan menerima kemaskini dari segi spesifikasi komponen dan juga paparan.

Kedua-dua model komputer riba Alienware m15 dan m17 ini masih lagi akan dikuasakan oleh pilihan CPU Intel generasi ke-10 Comet Lake sehingga Intel Core i9-10980HK, tetapi Alienware telah menambahbaik pilihan memori dan juga storan kedua-dua komputer riba ini, dimana ia kini boleh dimuatkan dengan 32GB memori DDR4 dan juga storan SSD NVMe PCIe sebesar 4TB jika diperlukan.

Penambahbaikan juga dapat diperlihatkan dari segi pilihan kad grafik, dimana Alienware mengesahkan bahawa model-model ini akan dimuatkan dengan pilihan GPU NVIDIA GeForce RTX 3000 untuk komputer riba. yang menjanjikan peningkatan dari segi prestasi grafik yang jauh lebih tinggi berbanding dengan pilihan sebelum ini.

Alienware juga telah menaiktarafkan pilihan paparan pada kedua-dua komputer riba ini dengan menawarkan pilihan paparan Full HD dengan kadar segar semula 144Hz, ataupun Full HD dengan kadar segar semula 360Hz untuk model 17 inci.

Kedua-dua komputer riba ini juga hadir dengan sistem penyejukan Alienware Cryo Technology yang menggunakan dua kipas penyejuk dengan 66 bilah untuk mengalirkan haba daripada kedua-dua komponen CPU dan GPU supaya komputer-komputer riba Alienware ini berfungsi secara optimal.

Menurut beberapa laporan, Alienware m15 dan m17 yang dikemaskini akan mula ditawarkan di beberapa pasaran terpilih bermula 26 Januari kelak pada harga $2149.99.

Screenshot-3671.jpg

​
Sumber asal https://www.theverge.com/2021/1/12/...7-gaming-laptops-nvidia-rtx-3000-gpu-ces-2021
 
Last edited:
Alienware M15 R6 Rasmi Di Pasaran Malaysia Pada Harga RM8199

Pertengahan bulan Mei lalu, Dell mengumumkan beberapa barisan komputer riba permainan (gaming) terbaru yang akan dilancarkan di pasaran Malaysia. Antara adalah komputer riba Alienware X15 dan X17. Disamping itu, mereka juga melancarkan dua lagi komputer riba permainan baharu iaitu Alienware m15 R6 dan Dell G15 TGL.

Untuk pasaran Malaysia, model Alienware m15 R6 dijual pada harga RM8,199 untuk spesifikasi permulaan dijana cip Intel Core i7, RTX 3080, RAM 16GB dan storan SSD 512GB. Ia juga dilengkapi paparan Full HD pada skrin berukuran 15.6-inci. Manakala model Dell G15 TGL pula diletakkan pada segmen yang lebih mampu milik. Dengan tanda harga bermula pada RM4,199, komputer riba ini dikuasa cip Intel Core i5, RTX 3050, RAM 8GB, dan storan SSD 512GB.

Selain itu, ia juga dilengkapi paparan Full HD pada skrin berukuran 15.6-inci. Harga rasmi untuk model X15 dan X17 di pasaran Malaysia masih belum diberitahu, tetapi spesifikasi permulaan untuk X17 adalah serupa dengan Alienware m15 R6. Nantikan harga rasminya dalam masa terdekat.

1624021272427.png
 
Back
Top
Log in Register