BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Alibaba tidak terjejas dengan kelembapan ekonomi China, berbanding Tencent

Ms Senorita

Active Member
Messages
1,640
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
326
Points
41
attachment.php

Naib Pengerusi Alibaba Group Holding Ltd., Joseph Tsai berkata syarikat gergasi e-dagang hanya mengalami sedikit kesan dari kelembapan ekonomi China yang lebih luas memandangkan semakin banyak perniagaan bergerak ke arah internet.

"Perniagaan kami tidak terkait" dengan ekonomi China kerana "kami dalam bidang e-dagang dan kami sedang mendigitalkan seluruh sektor," kata Tsai pada Persidangan Teknologi Goldman Sachs Group Inc. di San Francisco. Tsai berkata pertumbuhan syarikat akan terus mengatasi ekonomi yang lebih luas dimana perdagangan digital berkembang lebih cepat berbanding perniagaan runcit tradisional.

Ekonomi China berkembang 6.4 peratus dalam tiga bulan terakhir tahun 2018 berbanding tahun sebelumnya, menurut Biro Perangkaan Negara. Perolehan Alibaba meningkat 41 peratus kepada 117.3 bilion yuan ($ 17.3 bilion), meskipun ia merupakan kadar paling lambat dalam tempoh lebih daripada dua tahun. Ketika kemerosotan ekonomi China menekan pergantungan permintaan pelanggan, syarikat itu telah menerajui memacu ke bidang baharu yang lumayan seperti servis ‘cloud’ dan hiburan, disamping membantu memodenkan peruncit fizikal.

Tsai membandingkan situasi Alibaba dengan kemampuan Amazon.com Inc. dengan sasaran capaian pertumbuhan jualan dua angka yang konsisten ketika pengembangan ekonomi A.S. dijangka perlahan kepada kira-kira 2.5 peratus pada tahun ini.

Beliau juga memuji keputusan China untuk mengurangkan beban cukai bagi syarikat kecil dan perusahaan mikro sebanyak 200 bilion yuan setahun untuk tiga tahun akan datang, bertujuan untuk meningkatkan perniagaan tersebut di tengah-tengah kemelesetan ekonomi.

"Sebelum ini kerajaan China akan menggunakan dasar monetari untuk mengepam banyak cairan ke dalam sistem," kata Tsai. Kini, kerajaan perlu "menggunakan dasar fiskal, iaitu dengan mengurangkan cukai." Beliau menambah, "Dengan perusahaan kecil dan sederahana, lebih banyak keuntungan kecil diperolehi, maka akan berkembang perniagaan mereka."

=============================================================

Alibaba Says China's Slowdown Isn't Hurting It All That Much

Alibaba Group Holding Ltd. Vice Chairman Joseph Tsai said the e-commerce giant has experienced limited impact from China’s broader economic slowdown as more and more business moves to the internet.

“Our business is delinked” from the Chinese economy because “we’re in e-commerce and we’re digitizing the whole sector,” Tsai said Tuesday at the Goldman Sachs Group Inc. technology conference in San Francisco. Tsai said the company’s growth would continue to outpace the broader economy as digital commerce expands faster than the traditional retail business.

China’s economy expanded 6.4 percent in the last three months of 2018 from a year earlier, according to the country’s National Bureau of Statistics. Alibaba’s revenue rose 41 percent to 117.3 billion yuan ($17.3 billion), though that was the slowest pace in more than two years. While the Chinese economic deceleration is depressing the consumer demand it relies on, the company’s been spearheading a drive into lucrative new spheres such as cloud services and entertainment, while helping modernize physical retailers.

Tsai compared Alibaba’s situation with Amazon.com Inc.’s ability to achieve consistent double-digit sales growth while U.S. economic expansion is projected to slow to about 2.5 percent this year.

He also praised China’s decision to reduce the tax burden for small and micro-sized companies by 200 billion yuan per year for the next three years, to boost those businesses amid the economic downturn.

“In prior cycles the Chinese government would use monetary policy to pump a lot of liquidity into the system,” Tsai said. Now, the government needs to “use fiscal policy, i.e. reducing taxes.” he added, “These SMEs, with more money in their pockets, will be growing their businesses.”

Sumber : Bloomberg
 
Tencent vs. Alibaba : Mengapa satu gergasi Cina merosot manakala yang satu lagi melonjak naik

alibaba.jpg

Gergasi Tencent (TCEHY) China sedang dalam kemerosotan.

Saham syarikat itu menurun 2.3% di Hong Kong pada hari Khamis, menjadikannya terburuk dalam Indeks Hang Seng (HSI). Ia juga merupakan penurunan peratusan harian terbesar Tencent dalam masa tiga minggu.

Para pelabur kurang yakin ekoran dari laporan pendapatan yang lemah. Pada hari Rabu di New York, pemilik WeChat itu berkata keuntungan bersih bagi suku ketiga turun 13% berbanding tahun lalu. Sebahagiannya menyalahkan kejatuhan pendapatan berpunca dari permainan PC dan pengiklanan, terutamanya pada platform streaming video.

Prestasi yang lembap memberikan perbezaan ketara antara dua syarikat teknologi paling berharga di China: kehilangan pendapatan Tencent pada minggu yang sama dengan pesaing lamanya, Alibaba (Baba), pada umumnya sedang memacu meningkat.

Pada Isnin, Alibaba sekali lagi memecahkan rekodnya pada Hari Singles, acara perbelanjaan tahunan terbesar di dunia yang berterusan meraih lebih daripada gabungan Black Friday dan Cyber Monday. Dua hari kemudian, gergasi e-dagang mengesahkan selepas beberapa bulan spekulasi bahawa ia akan mengadakan penyenaraian sekunder di Hong Kong. Ia bertujuan untuk meningkatkan sehingga $13.4 bilion yang mana adalah seperti tawaran awam kedua terbesar di dunia tahun ini.

Bagaimanapun jelas, kedua-dua syarikat secara asasnya adalah berbeza. Perniagaan Alibaba berteraskan e-dagang, sementara Tencent dikenali sebagai WeChat, merupakan "aplikasi super" yang membolehkan apa-apa dari rangkaian sosial kepada pembayaran digital. Tencent juga mempunyai perniagaan permainan yang besar, termasuk nama popular seperti "Battlegrounds PlayerUnknown" (PUBG) dan "Call of Duty: Mobile."

Kedua-dua syarikat itu telah "maju bersama semenjak mula," penganalisis penyelidikan internet di Bernstein menegaskan. Dalam nota penyelidikan Ogos, mereka menulis bahawa "sejak 20 tahun yang lalu, pendapatan mereka dan modal pasaran adalah sama, dan kedua-duanya meningkat sekitar 30% setiap tahun."

Namun, saham Alibaba bertambah baik pada tahun ini, meningkat 33% berbanding Tencent dengan pertumbuhan 3%.

Alibaba juga mengatasi lebih jauh di Bursa Saham New York (NYA) sebanyak kira-kira 15%, sementara Tencent terpinggir di Indeks Hang Seng (HSI) sebanyak 1%.

Bernstein telah meramalkan pada awal tahun ini bahawa pendapatan Tencent akan berkembang lebih lambat berbanding Alibaba selama tiga tahun akan datang disebabkan perniagaan pemilik WeChat itu telah beralih kepada beberapa segmen yang berkembang pada tahap yang berbeza.

"Alibaba berkembang dengan lebih baik kerana perniagaan terasnya tetap kukuh," kata mereka.

Tencent, merupakan syarikat ‘gaming’ terbesar di dunia, mengalami kerumitan ekoran tindakan pengawalseliaan sektor itu di China pada tahun lepas.

Meskipun firma itu telah mula pulih - beliau berkata pada minggu ini pendapatan dari permainan dalam talian dan permainan telefon pintar untuk kedua-dua meningkat dari tahun ke tahun - pelabur masih berhati-hati terhadap sebarang risiko. Mana-mana "pelancaran permainan baru yang tidak berjaya" adalah potensi risiko utama berdasarkan pemerhatian syarikat, penganalisis di Jefferies menulis dalam nota pada hari Rabu.

Tencent mempunyai cabarannya yang lain, seperti kelembapan ekonomi China, yang telah memberi kesan kepada sektor pengiklanan dalam talian. Syarikat itu juga terlibat dalam krisis geopolitik NBA di China bulan lalu, selepas tweet dari pengurus pasukannya yang menyatakan sokongan untuk memprotes Hong Kong dimana memaksa untuk memutuskan hubungan usahasamanya dengan liga. Tencent adalah rakan kongsi eksklusif digital untuk NBA di China, dan membatalkan penstriman untuk dua permainan pra semasa semasa kontroversi tersebut.

Pada Rabu, Presiden Tencent, Martin Lau berkata bahawa beliau berharap masalahnya dengan NBA dapat diselesaikan.

Tencent juga semakin kurang penting dalam bahagian perniagaan perkhidmatan awannya. Walaupun hasil daripada unit itu telah meningkat sebanyak 80% pada suku akhir, ia masih mencecah 4.7 bilion yuan ($ 669 juta), jauh di bawah perolehan terbaru Alibaba sebanyak 9.3 bilion yuan Cina ($ 1.3 bilion) yang mana dari bahagian perkhidmatan awannya sendiri.

Keseluruhannya, bagaimanapun, kebanyakan penganalisis kekal kepada pasaran kenaikan harga Tencent, berdasarkan keupayaannya untuk mengembangkan perniagaan teknologi kewangannya dan mengembangkan permainan mudah alih sebagai langkah untuk pemulihan semula. Cadangan terbaik kepada syarikat itu adalah berdasarkan "pembelian yang kukuh," berdasarkan penyedia data Refinitiv.

Penganalisis Bernstein pada Rabu mengatakan bahawa pendapatan dari permainan mudah alih dan pengiklanan Tencent mungkin akan mempercepatkan pada suku yang akan datang, dan perniagaan penstriman video juga harus dalam peringkat pemulihan.

"Itulah jalan penyelesaiannya," mereka menulis dalam nota penyelidikan.

==================================================================================

Tencent vs. Alibaba: Why one Chinese titan is slumping while the other soars

Hong Kong (CNN Business)Chinese giant Tencent (TCEHY) is in a slump.

The company's stock fell 2.3% in Hong Kong on Thursday, making it the day's worst performer on the Hang Seng Index (HSI). It was also Tencent's biggest daily percentage drop in threeweeks.

Investors were dispirited by a lackluster earnings report. On Wednesday in New York, the WeChat owner said that net profit for the third quarter dropped 13% compared to a year ago. It partly blamed a slide in revenue from PC games and advertising, particularly on its video streaming platform.

The sluggish performance highlights a divergence between two of China's most valuable tech companies: Tencent's earnings miss comes the same week its longtime rival, Alibaba (BABA), is riding a very public wave of prosperity.

On Monday, Alibaba once again broke its record for Singles Day, the world's biggest annual shopping event that continuously rakes in more than Black Friday and Cyber Monday combined. Two days later, the e-commerce titan confirmed after months of speculation that it would hold a splashy secondary listing in Hong Kong. It aims to raise up to $13.4 billion in what would likely be the world's second-largest public offering this year.

To be clear, the two are fundamentally different companies. Alibaba's core business is e-commerce, while Tencent is primarily known for WeChat, the ubiquitous "super-app" that can be used for anything from social networking to digital payments. Tencent also has a huge gaming business, which includes popular titles like "PlayerUnknown's Battlegrounds" (PUBG) and "Call of Duty: Mobile."

The two companies have "performed on par historically," internet research analysts at Bernstein have pointed out. In an August research note, they wrote that "over the past 20 years, their earnings and market caps are similar, and both grew at around 30% annually."

But Alibaba's stock has done much better this year, rising 33% compared to Tencent's 3% growth.

Alibaba is also outperforming the broader New York Stock Exchange (NYA) by about 15%, while Tencent has edged the Hang Seng Index (HSI) by 1%.

Bernstein predicted earlier this year that Tencent's revenue will grow slower than Alibaba's for the next three years because the WeChat owner's business is spread out across several segments that are growing at different paces.

"Alibaba grows better because the core business remains strong," they wrote.

Tencent, which is the world's largest gaming company, was hit hard by a regulatory crackdownon the sector in China last year.

While the firm has started to bounce back — it said this week that revenue from online games and smartphone games both increased year-over-year — investors are still wary of further roadblocks. Any "unsuccessful launch of new games" is a major potential risk in the company's outlook, analysts at Jefferies wrote in a note Wednesday.

Tencent has other challenges, such as China's economic slowdown, which has been hurting the online advertising sector. The company was also caught in the NBA's geopolitical crisis in China last month, after a team manager's tweet expressing support for the Hong Kong protests forced its Chinese partners to cut ties with the league. Tencent is the exclusive digital partnerfor the NBA in China, and canceled the streaming of two preseason games during the controversy.

On Wednesday, Tencent president Martin Lau said that he hopes the NBA problem "resolves itself."

Tencent is also getting dwarfed in an important part of its business: cloud services. While revenue from that unit grew by a whopping 80% in the last quarter, it still came in at 4.7 billion Chinese yuan ($669 million), well below Alibaba's latest intake of 9.3 billion Chinese yuan ($1.3 billion) for its own cloud division.

Overall, however, most analysts remain extremely bullish on Tencent, citing its ability to grow its fintech business and expand mobile gaming as a way to rebound. The average recommendation on the company is "strong buy," according to data provider Refinitiv.

Bernstein analysts said Wednesday that Tencent's mobile gaming and advertising revenue is likely to accelerate in the coming quarters, and its video streaming business should also stage a recovery.
"The worst is behind," they wrote in a research note.

Sumber : CNN-Business

10jack_1568103808.jpg

Gambar fail, Pengerusi Eksekutif dan pengasas bersama Kumpulan Alibaba, Jack Ma di pameran inovasi dan Vivatech startup pada 16 Mei lalu di Paris, Perancis. - Foto EPA

jack_1568103811.jpg

Daniel Zhang. - Foto Reuters

HONG KONG: Jack Ma melepaskan jawatannya dalam Alibaba Group Holding Ltd selepas menerajui satu daripada syarikat yang menghasilkan kekayaan luar biasa yang pernah dilihat oleh dunia.

Bekas guru bahasa Inggeris itu melepaskan jawatan sebagai pengerusi eksekutif syarikat terbesar China pada hari jadinya ke-55 selepas mengumpul kekayaan bernilai AS$41.8 bilion, rekod individu paling kaya di Asia yang hanya diatasi oleh hartawan dari India, Mukesh Ambani, menurut Indeks Hartawan Bloomberg.

Pencapaian hebatnya itu bermula dari usahanya bekerja di pangsapurinya pada tahun 1999 untuk menubuhkan empayar e-perniagaan yang seperti mencerminkan evolusi China dari negara yang mundur teknologi kepada ekonomi kedua terbesar dunia ketika ini.

Sepanjang dua dekad, Ma dan pengasas bersamanya membina perniagaan syarikat itu sehingga menjadi gergasi bernilai AS$460 bilion yang berjaya mengatasi EBay Inc dan Amazon.com Inc.

Syarikatnya itu juga mengendalikan satu daripada dunia perniagaan pengkomputeran awan terbesar dan menjalankan rangkaian logistik yang menghantar berjuta bungkusan setiap hari.

Kini ahli perniagaan yang paling dikenali di negaranya itu, menyerahkan jawatan itu kepada Daniel Zhang, satu peralihan penting untuk syarikat terbesar di Asia.

Ma menjadi individu terkaya di Asia pada 2016, mengambilalih takhta Pengerusi Dalian Wanda Group, Wang Jianlin. Gelaran itu kini disandang oleh Pengerusi Reliance Industries Ltd, Ambani, yang bernilai AS$47.4 bilion, menurut kedudukan 500 individu terkaya dunia Bloomberg.

Pengasas bersama Alibaba itu telah menjadi wajah kepada perniagaan China biarpun sewaktu menjadi ahli Parti Komunis, pemerintah negara itu.

Ma, yang pernah ditolak permohonannya untuk bekerja dengan KFC, pada masa ini memiliki 5.3 peratus kepentingan Alibaba bernilai AS$24.6 bilion, atau kira-kira 10 kali ganda daripada 7.4 peratus kepentingan miliknya bernilai AS$2.6 bilion pada 2012.

Sejak mengambilalih peranan sebagai pengerusi eksekutif pada 2013, pendapatan Alibaba melonjak kira-kira 1,100 peratus kepada 378.8 billion yuan (AS$56.2 billion) pada tahun berakhir Mac 2019.

Jumlah kekayaannya tidak termasuk dengan kepentingan dalam syarikat yang dimiliki oleh yayasannya atau nilai saham yang dijual sepanjang tempoh itu. - Bloomberg

alibaba.jpg

Jack Ma tinggalkan Alibaba hari ini

SHANGHAI: Jack Ma secara rasminya meletak jawatan hari ini.

Pengasas dan pengerusi firma perdagangan elektronik terbesar, Alibaba Group Holding Ltd telah menyatakan hasrat meninggalkan rangkaian syarikat e-dagang gergasi itu sejak setahun lalu.

Ma akan melengkapkan penggalnya dalam lembaga pengarah Alibaba susulan mesyuarat agung tahunan syarikat berkenaan pada 2020.

Beliau melepaskan jawatan ketua eksekutif pada 2013.

Tempatnya sebagai pengerusi akan digantikan oleh Daniel Zhang.

Zhang, 46, memegang jawatan CEO syarikat itu sejak 2015 selepas berkhidmat sebagai ketua pegawai operasi.

Ma sebelum ini dilaporkan mahu kembali ke bidang pendidikan sebaik sahaja meninggalkan Alibaba.

Beliau merupakan seorang guru Bahasa Inggeris sebelum menubuhkan Alibaba pada 1999.

Dalam temu bual bersama akhbar The New York Times, Ma memberitahu bahawa persaraannya daripada syarikat tersebut disifatkan sebagai ‘permulaan satu era baharu’ dan bukannya pengakhiran kepada Alibaba.

Menjelang persaraannya, majalah Forbes menyenaraikan Ma merupakan antara rakyat China paling kaya dengan nilai kekayaannya mencecah sehingga AS$36.6 bilion (RM152 bilion).

Ma memulakan perniagaannya selepas berhenti menjadi guru dan beliau melihat terdapat banyak peluang untuk meraih keuntungan menerusi perniagaan secara dalam talian.

Pada mulanya, Ma menjalankan operasi perniagaannya di kediamannya di timur bandar Hangzhou.

Usahawan tersohor itu merupakan graduan Kolej Guru Hangzhou dalam bidang pendidikan Bahasa Inggeris dan pernah menjadi pensyarah di sebuah universiti di bandar berkenaan.

Media China sebelum ini pernah melaporkan tentang kehidupan Ma yang berasal daripada keluarga miskin, selain kejayaannya menguruskan Alibaba menyaksikan medium perniagaan lelong Amerika Syarikat (AS) iaitu eBay terpaksa berundur dari pasaran China pada 2006. – Agensi

Sumber : astro awani

Alibaba.jpg

Alibaba bakal beli perniagaan e-dagang mewah NetEase bernilai $2 bilion

SHANGHAI (6 Sept): Alibaba Group Holding Ltd akan membeli perniagaan e-dagang Kaola dari syarikat gaming Cina, NetEase Inc bernilai $2 bilion, menambah platform yang mengkhusus kepada pembekalan barangan mewah luar negara kepada pengguna China.

Janji niaga yang telah lama menjadi khabar angin sebelum ini muncul ketika peserta e-dagang China termasuk Alibaba dan JD.com Inc meninjau segmen khusus untuk pertumbuhan, berikutan perkembangan industri membeli-belah dalam talian di negara itu agak perlahan selari dengan pertumbuhan ekonomi.

Sementara itu,Tmall yang dimiliki oleh Alibaba membolehkan jenama luar negara melancar dan menguruskan kedai maya dalam platformnya, Kaola menawarkan koleksi yang lebih khusus kepada pelanggan yang menginginkan gaya mewah, terutamanya pembelian secara langsung daripada pembekal untuk dijual semula kepada pengguna.

Pengguna China menyumbang lebih satu pertiga daripada pendapatan untuk sektor barangan mewah di seluruh dunia.

"Dengan Kaola, kami akan terus meningkatkan perkhidmatan import dan pengalaman untuk pengguna China melalui usaha gabungan di seluruh ekosistem Alibaba," kata Ketua Pegawai Eksekutif Alibaba, Daniel Zhang.

Alibaba, bersama firma ekuiti swasta Yunfeng, dengan sokongan pengasas gergasi teknologi Jack Ma berkata, ia akan melabur secara berasingan kira-kira AS$700 juta (RM2.9 bilion) dalam perkhidmatan penstriman muzik NetEase, iaitu NetEase Cloud Music.

Kaola, dilancarkan oleh NetEase pada 2015, secara agresif mensasarkan pembeli di China, dengan menawarkan produk daripada jenama seperti Gucci, Shisheido dan Burberry.

Kaola mempunyai kelebihan ke atas pemain e-dagang lebih besar kerana pengkhususannya dalam membeli-belah merentasi sempadan, menurut Ker Zheng, yang terlibat dalam sektor runcit talian China di Perundingan Azoya.

Dengan menawarkan pemilihan yang terhad terhadap barangan popular, ia boleh meningkatkan pembelian pukal daripada pembekal dan menawarkan harga yang rendah.

"Kaola tidak perlu berkongsi masa pengguna atau ruangan bakul dengan produk yang lebih murah dan tidak diimport," kata Zheng, sambil menambah dengan ini dapat memastikan mereka menjadi pengguna setia bagi pembeli dari golongan kaya.

Alibaba merancang untuk menjadikan aplikasi Kaola terus beroperasi secara bebas di bawah jenama semasa mereka, manakala Pengurus Besar Import dan Eksport Tmall, Alvin Liu bakal menjadi CEO baru Kaola, menurut jurucakap syarikat tersebut dalam satu kenyataan.

===================================================================================================

Alibaba to buy luxury e-commerce business from Netease for $2 billion

SHANGHAI (Sept 6): Alibaba Group Holding Ltd will buy e-commerce business Kaola from Chinese gaming company NetEase Inc for $2 billion, adding a platform that specializes in supplying luxury goods from abroad to Chinese consumers.

The long-rumored deal comes as China’s e-commerce players including Alibaba and JD.com Inc look to niche segments for growth, with the online shopping industry in the country slowing as economic growth eases.

While Alibaba’s Tmall already allows overseas brands to launch and manage virtual storefronts on its platform, Kaola offers a more curated collection to wealthy clients, primarily purchasing goods directly from suppliers to resell to consumers.

Chinese consumers account for more than a third of the luxury goods sector’s worldwide revenues.

“With Kaola, we will further elevate import service and experience for Chinese consumers through synergies across the Alibaba ecosystem,” Alibaba CEO Daniel Zhang said.

Alibaba, along with private-equity firm Yunfeng - which is backed by the tech giant’s founder Jack Ma, said it will separately invest about $700 million in Netease’s music streaming service, NetEase Cloud Music.

Kaola, launched by NetEase in 2015, aggressively targets shoppers in China, by offering products from brands such as Gucci, Shisheido and Burberry.

Kaola has an advantage over larger e-commerce players as it specializes in cross-border shopping, according to Ker Zheng, who tracks China’s online retail sector at consultancy Azoya.

By offering a relatively narrow selection of popular items, it can boost bulk purchases from suppliers and offer low prices.

“Kaola does not have to share user time or basket space with cheaper, non-imported products,” said Zheng, adding that this ensured them a loyal consumer base of wealthy shoppers.

Alibaba plans to let the Kaola app continue to operate independently under its current brand, while Tmall import and export general manager Alvin Liu will become Kaola’s new CEO, the companies said in a statement.

Sumber : the edge markets

Attachments

Last edited:
I am not sure why should be affected with Chinas economical slowdown. They are too big market with customers from all over the world. If there is some general misbalance in the whole world, which includes significantly decreased demand, only then Alibaba can be affected
 
mungkin dah dapat hidayah ...nanti boleh tukar nama ali ba
:)cgrock
 
10jack_1568103808.jpg

Gambar fail, Pengerusi Eksekutif dan pengasas bersama Kumpulan Alibaba, Jack Ma di pameran inovasi dan Vivatech startup pada 16 Mei lalu di Paris, Perancis. - Foto EPA

jack_1568103811.jpg

Daniel Zhang. - Foto Reuters

HONG KONG: Jack Ma melepaskan jawatannya dalam Alibaba Group Holding Ltd selepas menerajui satu daripada syarikat yang menghasilkan kekayaan luar biasa yang pernah dilihat oleh dunia.

Bekas guru bahasa Inggeris itu melepaskan jawatan sebagai pengerusi eksekutif syarikat terbesar China pada hari jadinya ke-55 selepas mengumpul kekayaan bernilai AS$41.8 bilion, rekod individu paling kaya di Asia yang hanya diatasi oleh hartawan dari India, Mukesh Ambani, menurut Indeks Hartawan Bloomberg.

Pencapaian hebatnya itu bermula dari usahanya bekerja di pangsapurinya pada tahun 1999 untuk menubuhkan empayar e-perniagaan yang seperti mencerminkan evolusi China dari negara yang mundur teknologi kepada ekonomi kedua terbesar dunia ketika ini.

Sepanjang dua dekad, Ma dan pengasas bersamanya membina perniagaan syarikat itu sehingga menjadi gergasi bernilai AS$460 bilion yang berjaya mengatasi EBay Inc dan Amazon.com Inc.

Syarikatnya itu juga mengendalikan satu daripada dunia perniagaan pengkomputeran awan terbesar dan menjalankan rangkaian logistik yang menghantar berjuta bungkusan setiap hari.

Kini ahli perniagaan yang paling dikenali di negaranya itu, menyerahkan jawatan itu kepada Daniel Zhang, satu peralihan penting untuk syarikat terbesar di Asia.

Ma menjadi individu terkaya di Asia pada 2016, mengambilalih takhta Pengerusi Dalian Wanda Group, Wang Jianlin. Gelaran itu kini disandang oleh Pengerusi Reliance Industries Ltd, Ambani, yang bernilai AS$47.4 bilion, menurut kedudukan 500 individu terkaya dunia Bloomberg.

Pengasas bersama Alibaba itu telah menjadi wajah kepada perniagaan China biarpun sewaktu menjadi ahli Parti Komunis, pemerintah negara itu.

Ma, yang pernah ditolak permohonannya untuk bekerja dengan KFC, pada masa ini memiliki 5.3 peratus kepentingan Alibaba bernilai AS$24.6 bilion, atau kira-kira 10 kali ganda daripada 7.4 peratus kepentingan miliknya bernilai AS$2.6 bilion pada 2012.

Sejak mengambilalih peranan sebagai pengerusi eksekutif pada 2013, pendapatan Alibaba melonjak kira-kira 1,100 peratus kepada 378.8 billion yuan (AS$56.2 billion) pada tahun berakhir Mac 2019.

Jumlah kekayaannya tidak termasuk dengan kepentingan dalam syarikat yang dimiliki oleh yayasannya atau nilai saham yang dijual sepanjang tempoh itu. - Bloomberg

Lepaskanlah...sekarang bukan kamu cari duit....tetapi duit yang cari kamu..
 
tkleh bayang kehidupan kalau duit banyak mcm tu.
 
Back
Top
Log in Register