BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Alat curi Wi-fi

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
xpix_gal1.pagespeed.ic.mwo9gIqE0Z.webp


Kuala Lumpur: Malang bagi pelanggan Internet yang membelanjakan kira-kira RM150 sebulan untuk menggunakan perkhidmatan sambungan Internet tanpa wayar (Wi-fi), terutama di kediaman masing-masing, tetapi akhirnya mendapati talian itu kerap terganggu.

Jika ia berlaku, anda mungkin menjadi mangsa talian Wi-fi digodam atau ‘dicuri’ individu tidak bertanggungjawab meng*gunakan satu peralatan terbaru yang kini dijual secara meluas menerusi online.
Peralatan itu semakin popular digunakan di negara ini, terutama bagi mereka yang mahir teknologi maklumat (IT) untuk tujuan menggodam Wi-fi tanpa disedari pemiliknya walaupun dimasukkan kata laluan (password) rumit.

Lebih mengejutkan, alat buatan Taiwan dan China itu mudah dibeli melalui Internet dengan harga serendah RM150 yang dijual berserta perisian mendekod atau menggodam kata laluan.

Alat itu juga tidak mempunyai label SIRIM, sekali gus membuktikan ia dijual terus kepada pembeli tanpa kebenaran pihak berkuasa selepas mengimportnya dari dua negara berkenaan.



sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/AlatcuriWi-fi/MA/Article
 
Last edited:
Setiap bit data yg dicuri adalah dosa.. Bayangkan kalu beratus gb yg dicuri utk download movie.. Huhhu..sesungguhnya mati itu benar.. Akhirat itu benar..
 
apa nama alat?...kalau curi dah tentu dosa
 
sepatutnya benda ni diharamkan dijual secara online mahupun secara terbuka.
 
lg malang rakyat perlu byr harga tinggi utk internet
 
Setiap bit data yg dicuri adalah dosa.. Bayangkan kalu beratus gb yg dicuri utk download movie.. Huhhu..sesungguhnya mati itu benar.. Akhirat itu benar..

hehe diorang nie mane tau dose pahale
 
Aku x halal siapa curi talian wi fi aku, kita bayar dia curi. Curi tetap curi dan dosa sama saja dgn curi juta2. Kalau tak mampu jangan pakai internet!
 
Back
Top
Log in Register