balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Miri: Seorang wanita terpaksa merelakan cincin emas perkahwinannya dipotong berikutan jari manis kanannya tiba-tiba membengkak menyebabkan dia menahan kesakitan lebih empat jam, kelmarin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, wanita dikenali sebagai Benny, 20-an, dari Senadin, bergegas ke Hospital Miri selepas jarinya tiba-tiba membengkak, tetapi usaha kakitangan hospital menanggalkan cincin itu gagal.
Berikutan itu, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dipanggil untuk memotong cincin emas itu pada jam 9.15 malam.
Benny berkata, dia memakai cincin emas itu sejak berkahwin lebih setahun lalu di jari tangan kirinya, tetapi menanggal dan menyarungkan cincin itu ke jari tangan kanannya pada jam 4.30 petang kelmarin.
Bagaimanapun, katanya, setengah jam kemudian, jari manis tangan kanannya mula terasa kurang selesa dan sakit berikutan agak ketat sebelum mulai membengkak.
“Tuhan sahaja tahu betapa sakitnya ketika itu apatah lagi apabila jari mulai membengkak sehingga menyebabkan saya menangis kesakitan dan menanggung kesakitan lebih empat jam.
“Selepas jari membengkak, saya cuba menanggalkan sendiri cincin itu dengan pelbagai cara termasuk menggunakan losyen serta minyak masak, tetapi gagal,” katanya ditemui sebaik mendapatkan bantuan di Hospital Miri.
Menurutnya, tidak tahan menanggung kesakitan, dia bersama suami ke Klinik 1Malaysia di Senadin pada jam 6.30 petang, sebelum diminta ke Hospital Miri kerana tiada peralatan untuk menanggalkan cincin berkenaan.
“Setiba di hospital, beberapa kakitangan termasuk dua doktor cuba membantu mengeluarkan cincin berkenaan termasuk menggunakan pelincir, namun gagal, malah jari saya semakin membengkak.
“Anggota Bomba dan Penyelamat dipanggil bagi membantu dan dengan peralatan yang sesuai akhirnya cincin ini berjaya dipotong,” katanya.
Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Miri berkata pihaknya menggunakan ‘ring cutter’ untuk memotong cincin berkenaan berikutan jari wanita itu membengkak.
sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Alahaicincinkahwin_/Article/index_html