BTC USD 62,574.0 Gold USD 4,440.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadith: Bab: Marah

boca120879

Super Active Member
gem
Messages
9,638
Joined
Dec 27, 2018
Messages
9,638
Reaction score
3,506
Points
211
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Diceritakan oleh Ahmad bin Hanbal, diceritakan oleh Abu Mu'awiyah, diceritakan oleh Daud bin Abu Hind,
daripada Abu Harb bin Abul Aswad, daripada Abu Dzar.

Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Jika salah seorang daripada kalian marah

dan dia dalam keadaan berdiri,
hendaklah dia duduk.

Jika rasa marahnya hilang
(maka itu yang dikehendaki).

Jika tidak,
hendaklah dia berbaring."


(Hadith Abu Daud no. 4151)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Waalaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.

Ada ustaz cakap, salah satu cara jaga hubungan,
kalau marah,
jangan luahkan kat orang tu (nanti dosa),
tapi luahkan (mengadu) kat Allah.

Tapi lebih baik maafkan.
Itu lebih dekat dengan ciri-ciri orang yg bertaqwa.
Semua dapat.
 
Last edited:

Untuk tidak luah marah,​

selalulah mengingat keutamaan menjaga emosi marah.​


Dalam suatu hadits, Rasulullah bersabda:
"Siapa yang berusaha menahan amarahnya, padahal dia mampu meluapkannya, maka dia akan Allah panggil di hadapan seluruh makhluk pada hari kiamat, sampai Allah menyuruhnya untuk memilih bidadari yang dia kehendaki." (HR. Abu Daud, Tirmidzi)
 
Satu lagi cara
Diam dan baca kalimat Istighfar

astaghfirullah hal ‘adzim

“Aku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung”
 
Last edited:
Allah SWT berfirman dalam QS. Ali Imran ayat 133-134 seperti berikut:

وَسَارِعُوٓا۟ إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا ٱلسَّمَٰوَٰتُ وَٱلْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ (133) ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ فِى ٱلسَّرَّآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَٱلْكَٰظِمِينَ ٱلْغَيْظَ وَٱلْعَافِينَ عَنِ ٱلنَّاسِ ۗ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلْمُحْسِنِينَ (134)

Arab latin: 133. Wa sāri'ū ilā magfiratim mir rabbikum wa jannatin 'arḍuhas-samāwātu wal-arḍu u'iddat lil-muttaqīn. 134. Allażīna yunfiqụna fis-sarrā`i waḍ-ḍarrā`i wal-kāẓimīnal-gaiẓa wal-'āfīna 'anin-nās, wallāhu yuḥibbul-muḥsinīn

Artinya: "Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan."

Dalam haditsnya Rasulullah SAW menyampaikan, orang yang kuat bukanlah orang yang jaguh tempur. Namun orang yang mampu menahan amarahnya.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم، قال: "لَيْسَ الشَّدِيدُ بِالصُّرُعة، وَلَكِنَّ الشَّدِيدَ الَّذِي يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ".

Artinya: "Dari Abu Hurairah RA, dari Nabi Saw. yang telah bersabda: Orang yang kuat itu bukanlah karena jaguh tempur, tetapi orang kuat ialah orang yang dapat menahan dirinya di kala sedang marah." (HR Bukhari dan Muslim).
 
Satu lagi cara
Diam dan baca kalimat Istighfar

astaghfirullah hal ‘adzim

“Aku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung”
Yer nie yang terbaik

Bila umur makin tua

Malas nak layan merapu semua

Mai kepala gila dok bagi sakit hati

Kita pun marah

Cara terbaik buat boooddooo

Buat cam tak wujud

Jangan layan

Kalau leh muka dia pun jangan tengok

Kalau nampak dia nak naik lif

Jangan naik sekali

Hindari diri

Selesai masalah
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jangan Marah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلًا قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْصِنِي قَالَ لَا تَغْضَبْ فَرَدَّدَ مِرَارًا قَالَ لَا تَغْضَب

Daripada Abu Hurairah radliallahu 'anhu bahawa seorang laki-laki berkata kepada Nabi SAW: "Berilah aku wasiat?" baginda bersabda: "Janganlah kamu marah." Laki-laki itu mengulangi pertanyaannya, baginda tetap menjawab: "Janganlah kamu marah." (HR Bukhari No: 5651) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Rasulullah meninggalkan pesanan penting agar "Jangan Marah" yang diulang jawapan yang sama apabila ditanya berulang oleh sahabat. Menunjukkan pesanan ini amat penting.

2. Marah adalah pokok berbagai kejahatan, dan menahan diri darinya adalah pokok segala kebaikan.

3. Marah akan menimbulkan perbuatan yang diharamkan seperti memukul, menyakiti orang, mengeluarkan perkataan-perkataan yang diharamkan termasuk dalam bentuk tulisan seperti memfitnah, mencaci maki, berkata kotor, dan berbagai bentuk kezaliman termasuk mencederakan dan membunuh.

4. Imam Ahmad menafsirkan bahawa akhlak yang baik adalah dengan meninggalkan sifat marah.

5. Ibnu Mubarak apabila ditanya apakah himpunan akhlak yang baik yang terhimpun dalam satu kalimah!” Beliau menjawab, “Meninggalkan Marah.”

Berusahalah kita mengawal sifat marah yang diwasiatkan oleh Rasulullah SAW.

Hadis 16
#Hadis40ImamNawawi
#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

07hb Nov. 2023
23hb Rabiul Akhir 1445H
 
IMG_20240205_144631_405.jpg


❇️HADIS HARI INI❇️

Orang kuat adalah orang yang boleh kawal marah

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Yang dikatakan orang kuat bukanlah orang yang menang bergusti tetapi yang dikatakan orang kuat adalah orang yang dapat mengendalikan dirinya pada waktu marah."

HR Muslim
 
IMG_20240206_094021_801.jpg


❇️HADIS HARI INI❇️

Rasullah SAW berwasiat, jangan marah

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa ada fa seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.: "Berilah wasiat kepadaku." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jangan marah." Orang itu mengulanginya berkali-kali tetapi beliau tetap bersabda: "Janganlah marah."

HR Bukhari
 
1000218650.jpg


Orang Kuat Adalah Orang Yang Mampu Menahan Kemarahan

Rasulullah SAW bersabda : Orang kuat itu bukanlah orang yang kuat bergusti, akan tetapi orang kuat adalah orang yang dapat menahan dirinya ketika marah.

Riwayat al-Bukhari (6114)
 
Back
Top
Log in Register