BTC USD 85,569.5 Gold USD 4,344.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadith: Bab: Dunia vs. Akhirat

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Dunia Adalah Jambatan Akhirat

عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ أَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَنْكِبِي فَقَالَ كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيلٍ
وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ يَقُولُ إِذَا أَمْسَيْتَ فَلَا تَنْتَظِرْ الصَّبَاحَ وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلَا تَنْتَظِرْ الْمَسَاءَ وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ لِمَرَضِكَ وَمِنْ حَيَاتِكَ لِمَوْتِكَ

Daripada Ibnu Umar radliallahu ‘anhuma dia berkata; Rasulullah SAW pernah memegang bahuku dan bersabda: Jadilah kamu di dunia ini seolah-olah orang asing atau seorang pengembara. Ibnu Umar telah berkata; Apabila kamu berada di waktu petang, janganlah kamu menunggu datangnya waktu pagi, dan apabila kamu berada di pagi hari, maka janganlah menunggu waktu petang. Manfaatkanlah waktu sihatmu sebelum sakitmu, dan hidupmu sebelum matimu. (HR Bukhari No: 5937) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Dunia adalah jambatan menuju akhirat. Jangan jadikan dunia sebagai matlamat dan tempat tinggal hakiki. Sebagai musafir di perjalanan, kita tidak membawa kesemua yang kita milik berbentuk harta untuk bermusafir. Kita hanya membawa sekadarnya.

2. Jadikanlah diri kita sebagai seorang musafir di perjalanan. Orang yang bermusafir tidak membawa kesemua yang dimiliki berbentuk harta. Kita hanya membawa bekalan yang perlu dan sekadarnya sebagai bekalan.

3. Seorang Muslim perlu bersegera melakukan amal kebajikan, memperbanyak ketaatan dan amal soleh sebagai bekalan perjalanan menuju akhirat.

4. Elakkan dari bertangguh untuk melakukan amal soleh kerana kita tidak pasti apakah berkesempatan untuk melakukannya pada masa akan datang.

5. Setiap Muslim perlu merebut peluang dan kesempatan yang ada sebaik mungkin. Lakukan amal kebaikan ketika kita sihat dan masih hidup. Sakit dan ajal boleh berlaku bila-bila masa.

Rebutlah peluang beramal ketika kita masih muda, sihat, berharta, lapang dan semasa hidup ini. Peluang yang ada belum tentu berulang buat kita.

Hadis 40
#Hadis40ImamNawawi
#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

01hb Dis. 2023
17hb Jamadil Awal 1445H
 
1000355614.jpg


KALAM HIKMAH SALAFUSSOLEH

Daripada Umar bin Qis berkata: Aku apabila melihat kepada Abdullah bin Zubair ketika membuat kerja-kerja dunianya maka aku akan berkata: lelaki ini (adalah orang yang berfikir duniawi) sehingga tidak mengingati Allah ketika membuat kerjanya dan apabila aku melihatnya membuat urusan akhirat maka aku akan berkata:lelaki ini langsung tidak memandang dunianya.

Pengajaran:

1- Islam sangat menyukai orang yang bersungguh dan cuba buat yang terbaik dalam semua perkara yang dia lakukan. Inilah disebut sebagai al-Itqan.

2- Bukanlah kalam ini bermaksud untuk kita bersikap sekular dalam kehidupan kita sehingga mengasingkan akhirat daripada urusan dunia, tetapi apa yang nk disampaikan ialah Islam menolak mereka yang mengejar dunia hingga melupakan akhirat atau yang kejar akhirat hingga mengabaikan tanggungjawab dunianya.

#ummahfadhilah
#indahnyaislam
 
1000391510.jpg


❇️ KALAM HIKMAH ❇️

REBUT PELUANG DUNIA UNTUK KEJAYAAN AKHIRAT

لا يزال الإنسان في شغل حتى يأتيه الموت.. فالعاقل من يختطف من لحظات حياته الدنيا.. ما ينفعه في حياته الآخرة.

Manusia sentiasa berada di dalam kesibukan sehingga dia didatangani oleh kematian.
Orang yang cerdik ialah mereka yang merebut peluang di dalam kehidupannya di dunia akan apa yang dapat memberikan manfaat kepadanya di dalam kehidupannya di akhirat.

#UmmahFadhilah
#IndahnyaIslam
#KalamHikmah
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu’alaykum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Muslim no. 5257

Darjat: Sahih

Ijma’ ulama’

Matan:
Daripada Jabir bin Abdullah (radiyallāhu ‘anhu),

Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam pernah melalui pasar
dari arah perkampungan tinggi (al-‘Aliyah).
Dan orang ramai berada di sekeliling Baginda (sallallahu ‘alayhi wa sallam).

Baginda (sallallahu ‘alayhi wa sallam) terlihat
bangkai seekor anak kambing bertelinga kecil (cacat).

Lalu Baginda (sallallahu ‘alayhi wa sallam) memegang telinganya
dan bersabda,
“Siapa di antara kalian yang mahu membeli ini (bangkai tadi)
dengan harga satu dirham?”

Mereka menjawab,
“Kami tidak mahu memilikinya.
Apa yang kami hendak buat dengannya?”

Baginda (sallallahu ‘alayhi wa sallam) bertanya lagi,
“Adakah kalian suka
ia menjadi milik kalian?”

Mereka berkata,
“Demi Allah.
Kalau ia masih hidup pun,
ia sudah cacat kerana bertelinga kecil.
Apatah lagi sekarang ia sudah mati.”

Baginda (sallallahu ‘alayhi wa sallam) bersabda,
“Demi Allah.
Dunia ini lebih hina di sisi Allah
daripada bangkai ini di sisi kalian.”

(Dalam riwayat lain disebut),
“Kalau ia masih hidup pun,
telinga kecil ini sudah menjadi aib padanya.”

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu’alaykum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Muslim no. 5257

Darjat: Sahih

Ijma’ ulama’

Matan:
Daripada Jabir bin Abdullah (radiyallāhu ‘anhu),

Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam pernah melalui pasar
dari arah perkampungan tinggi (al-‘Aliyah).
Dan orang ramai berada di sekeliling Baginda (sallallahu ‘alayhi wa sallam).

Baginda (sallallahu ‘alayhi wa sallam) terlihat
bangkai seekor anak kambing bertelinga kecil (cacat).

Lalu Baginda (sallallahu ‘alayhi wa sallam) memegang telinganya
dan bersabda,
“Siapa di antara kalian yang mahu membeli ini (bangkai tadi)
dengan harga satu dirham?”

Mereka menjawab,
“Kami tidak mahu memilikinya.
Apa yang kami hendak buat dengannya?”

Baginda (sallallahu ‘alayhi wa sallam) bertanya lagi,
“Adakah kalian suka
ia menjadi milik kalian?”

Mereka berkata,
“Demi Allah.
Kalau ia masih hidup pun,
ia sudah cacat kerana bertelinga kecil.
Apatah lagi sekarang ia sudah mati.”

Baginda (sallallahu ‘alayhi wa sallam) bersabda,
“Demi Allah.
Dunia ini lebih hina di sisi Allah
daripada bangkai ini di sisi kalian.”

(Dalam riwayat lain disebut),
“Kalau ia masih hidup pun,
telinga kecil ini sudah menjadi aib padanya.”

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Sanadnya:

1755059766414.png


1755059785879.png
 
1000738493.jpg


❇️ 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐒 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐈𝐍𝐈 ❇️
Dunia Penjara Orang Beriman

Rasulullah ﷺ bersabda:
"الدُّنْيَا سِجْنُ المُؤْمِنِ وَجَنَّةُ الكَافِرِ"
Dunia adalah penjara bagi orang beriman dan syurga bagi orang kafir. (HR. Muslim)

🌿 Bersabar di dunia kerana ia hanya tempat ujian.

📌 Keindahan sejati menanti di akhirat.

#IndahnyaIslam
#HadisHariIni
#UmmahFadhilah
 
1788928228537.png


Hadits Muslim no. 5021
Status: Sohih - Para `ulama’ hadits

Matan
Daripada Anas ibn Malik (رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ),
Rasul Allah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda,

“Akan didatangkan
orang yang paling menikmati kesenangan dunia
daripada kalangan penghuni neraka
pada hari kiamat kelak.

Lalu dia dicelup sekali
ke dalam neraka.

Kemudian dikatakan (kepadanya),
“Wahai anak Adam!
Adakah kau pernah melihat sebarang kebaikan
walau satu kali pun?

Adakah pernah lalu padamu
sebarang kenikmatan
walau satu kali pun?”

Dia menjawab,
“Tidak,
demi Allah, wahai Rabb-ku (Pencipta, Pemilik & Pengatur).”

Dan akan didatangkan
orang yang paling sengsara kehidupannya di dunia
daripada kalangan penghuni syurga.

Lalu dia dicelup sekali
ke dalam syurga.

Kemudian dikatakan kepadanya,
“Wahai anak Adam!
Adakah kau pernah melihat sebarang kesengsaraan
walau satu kali pun?

Adakah pernah lalu padamu
sebarang kesusahan
walau satu kali pun?”

Dia menjawab,
“Tidak,
demi Allah, wahai Rabb-ku (Pencipta, Pemilik & Pengatur).

Tidak pernah lalu padaku
sebarang kesengsaraan
walau satu kali pun.

Dan aku tidak pernah melihat
sebarang kesusahan
walau satu kali pun.”

Teks Arab
حَدَّثَنَا عَمْرٌو النَّاقِدُ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ أَخْبَرَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ عَنْ ثَابِتٍ الْبُنَانِيِّ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُؤْتَى بِأَنْعَمِ أَهْلِ الدُّنْيَا مِنْ أَهْلِ النَّارِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَيُصْبَغُ فِي النَّارِ صَبْغَةً ثُمَّ يُقَالُ يَا ابْنَ آدَمَ هَلْ رَأَيْتَ خَيْرًا قَطُّ هَلْ مَرَّ بِكَ نَعِيمٌ قَطُّ فَيَقُولُ لَا وَاللَّهِ يَا رَبِّ وَيُؤْتَى بِأَشَدِّ النَّاسِ بُؤْسًا فِي الدُّنْيَا مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَيُصْبَغُ صَبْغَةً فِي الْجَنَّةِ فَيُقَالُ لَهُ يَا ابْنَ آدَمَ هَلْ رَأَيْتَ بُؤْسًا قَطُّ هَلْ مَرَّ بِكَ شِدَّةٌ قَطُّ فَيَقُولُ لَا وَاللَّهِ يَا رَبِّ مَا مَرَّ بِي بُؤْسٌ قَطُّ وَلَا رَأَيْتُ شِدَّةً قَطُّ


Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Adakah ia masuk ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
Back
Top
Log in Register