BTC USD 86,135.0 Gold USD 4,331.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Akhir Zaman

boca120879

Super Active Member
gem
Messages
9,719
Joined
Dec 27, 2018
Messages
9,719
Reaction score
3,506
Points
211
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Suwaid bin Nashr, diceritakan oleh 'Abdullah bin Al-Mubarak, daripada Hammad bin Salamah, daripada Ayyub, daripada Abu Qibalah, daripada Anas,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Di antara tanda- tanda hari Kiamat

adalah manusia bermegah-megahan
dalam membina masjid.

(Hadith Nasa'i no. 682)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh 'Abdurrahman bin Ibrahim bin Ad Dimasyqi, diceritakan oleh Bisyr bin Bakr, diceritakan oleh Ibnu Jabir, diceritakan oleh Abu Abdus Salam, daripada Tsauban,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Hampir tiba satu masa,
bangsa-bangsa dari seluruh dunia,
akan datang mengerumuni kamu (umat Islam),
bagaikan orang yang hendak makan,
mengerumuni hidangan mereka."

Maka salah seorang sahabat bertanya,
“Adakah hal itu kerana
bilangan kami sedikit pada hari itu?”

Rasulullah s.a.w. menjawab,
“Bahkan kamu pada hari itu ramai sekali,
tetapi kamu umpama buih pada permukaan air.

Allah akan mencabut rasa gentar terhadap kamu,
daripada hati musuh-musuh kamu.

Dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu,
penyakit al-Wahn.”

Seorang sahabat bertanya,
“Apakah penyakit al-Wahn itu, wahai Rasulullah?”

Rasulullah s.a.w. menjawab,
“Cinta dunia
dan takut mati.”


(Hadith Abu Daud no. 3745)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Ahmad bin Al Miqdam, diceritakan oleh Al Fudlail bin Sulaiman, diceritakan oleh Abu Hazim, diceritakan oleh Sahl bin Sa'dari r.a.,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Sesungguhnya aku diutus,

sementara kedatangan hari kiamat
adalah sebagaimana jarak antara kedua-dua jari ini
(sambil memberi isyarat
jarak renggang antara jari tengah dan telunjuk)."


(Hadith Bukhari no. 4555)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Abu Bakar bin Abu Syaibah, diceritakan oleh Yazid bin Harun, diceritakan oleh Abdul Malik bin Qudamah Al Jumahi,
daripada Ishaq bin Abu Furat, daripada Al Maqburi, daripada Abu Hurairah,

Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Akan datang tahun-tahun penuh dengan
kedustaan yang menimpa manusia.

Pendusta dipercayai,
orang yang jujur didustakan.

Amanah diberikan kepada pengkhianat,
orang yang jujur dikhianati.

Dan Ruwaibidhah turut berbicara."

Lalu Rasulullah s.a.w. ditanya,
"Apakah Ruwaibidhah itu?"


Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Orang-orang bodoh yang menguruskan urusan perkara umum (orang awam)."


(Hadith Ibnu Majah no. 4026)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Ahmad bin Abdah adl-Dlabbi, diceritakan oleh Abdul Aziz bin Muhammad & Abu Alqamah al-Farwi, diceritakan oleh Shafwan bin Sulaim,
daripada Abdullah bin Salman, daripada bapanya (Salman), daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Sesungguhnya kelak,
Allah akan menghembuskan angin yang sangat lembut,
selembut sutera dari arah Yaman.

Ia tidak akan melalui seorang pun
yang di dalam hatinya
terdapat seberat biji-bijian daripada iman (dikatakan oleh Abu Alqamah al-Farwi)
atau seberat biji sawi daripada iman (dikatakan oleh Abdul Aziz bin Muhammad)
kecuali Allah akan mematikannya."


(Hadith Muslim no. 168)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Harmalah bin Yahya At Tujibi, diceritakan oleh Abdullah bin Wahab, diceritakan oleh Abu Syuraih, diceritakan oleh Abdulkarim bin Al Harits,
diceritakan oleh Al Mustaurid Al Qurasy,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Kiamat terjadi
dan Romawi (orang Barat) adalah manusia yang paling ramai."

Kata-kata ini didengari oleh Amru bin Al Ash.

Amru bin Al Ash berkata,
"Ucapan-ucapan apa yang disebut daripadamu,
bahawa kau mengatakannya daripada Rasulullah s.a.w.?


Al Mustaurid Al Qurasy berkata padanya,
"Aku katakan yang aku dengar
daripada Rasulullah s.a.w."


Amru bin Al Ash berkata,
"Bila kau katakan demikian,

mereka (orang Barat) adalah orang-orang paling sabar
ketika terjadi fitnah.

Paling kuat
ketika terjadi musibah.

Dan yang terbaik
terhadap orang-orang miskin
dan orang-orang lemah.


(Hadith Muslim no. 5159)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Back
Top
Log in Register