BTC USD 63,416.1 Gold USD 4,294.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al Baghdadi dilatih oleh Mossad?

lonely_soldier

Fun Poster
Messages
350
Joined
Nov 28, 2010
Messages
350
Reaction score
0
Points
10
image.jpeg


BEKAS ejen Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang juga ejen Perisikan Kebangsaan (NSA) Amerika Syarikat Edward Snowden mendedahkan, pemimpin Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIL) Abu Bakar Al Baghdadi dilatih di Israel.

Snowden berkata, CIA dan Perisikan Britain (M-16 British) bekerjasama dengan Agensi Perisikan Israel (Mossad) untuk mewujudkan sebuah organisasi pengganas yang mampu menarik semua kumpulan pelampau di dunia bernaung di bawah satu bumbung dengan gunakan strategi dikenali sebagai Hornet’s Nest atau sarang tebuan.
Strategi itu bertujuan mengenal pasti semua ancaman utama dari luar yang kebanyakan mereka mahu menghuru-harakan kestabilan negara-negara Arab.

Beliau juga mendedahkan, ketua pemimpin yang digelar sebagai Khalifah iaitu Abu Bakr Al Baghdadi pernah mendapat latihan ketenteraan dengan Mossad.

Selain latihan ketenteraan, Al Baghdadi diasah kemahiran berkomunikasi untuk menarik 'pengganas' dari segenap pelosok dunia untuk mempercayai dirinya.

Difahamkan, penggunaan gelaran Khalifah itu adalah untuk memberi keyakinan kepada penduduk Islam bahawa ia merupakan gelaran tertinggi dan sangat suci.

Snowden kini, masih berada di bawah sekatan perjalanan dalam zon antarabangsa di Moscow kerana pasportnya telah dibatalkan baru-baru ini.


Pengesahan lain

Pusat Penyelidikan Globalisasi (CRG), sebuah pertubuhan bebas di wilayah Quebec, Kanada turut melakukan kaji selidik terhadap strategi itu yang pernah dilaksanakan di tiga negara.

“Satu-satunya penyelesaian untuk melindungi negara Yahudi adalah dengan mewujudkan musuh berhampiran sempadannya,” katanya.

Seorang pakar kajian oriental Rusia, Vyacheslav Matuzov berkata, Al-Baghdadi mempunyai hubungan rapat dan kerjasama dengan CIA.

“Kenyataan itu disokong ketika beliau berada dalam tahanan di penjara Bucca pada 2004 hingga 2009,” katanya.

Menurutnya, AS tidak akan menentang atau memburu pemimpin ISIL kerana mereka adalah rakan sekutu.

ISIL adalah kumpulan pelampau Takfiri yang mula bangkit ketika pencerobohan AS ke atas Iraq pada 2006 sebelum mereka bergabung menjadi kumpulan besar di Syria pada 2012.

Kumpulan ini juga bertanggungjawab melakukan pembunuhan besar-besaran di seluruh Syria dan Iraq.

Sumber Kurdish mendedahkan, tentera Pishmarga telah menemui bungkusan makanan dan peralatan berasal dari Israel di dalam tempat persembunyian ISIL di Iraq.

Laporan turut menyebut makanan dan peralatan itu ditemui di Ibu Pejabat ISIL terletak di Mosul dan Kirkuk.

Sebelum ini terdapat juga laporan menyatakan bahawa anggota ISIL ini menerima rawatan di hospital di Israel selepas tercedera ketika pertempuran di Syria.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu juga telah membuat lawatan rahsia ke hospital yang ditubuhkan oleh pihak berkuasa Israel yang dikhaskan untuk merawat anggota ISIL ini.

Mei lalu, sebanyak 283 anggota ISIL menerima rawatan di Hospital Zif, bandar Safed, manakala selebihnya dihantar ke hospital-hospital lain di dalam Israel selepas bertempur dengan tentera rejim Presiden Syria Bashar al-Assad.
 
nananananannanana..

meh tepek sket mane pic bungkusan tu..

pic jihad seks mane?

pic bergambar dengan geng US mane?
 
wallaualam. kena hati2 skrg ni...dulu dah kena tipu dgn iran...kononnya presiden ahmadinejad hero islam...tapi sebenarnya syiah kapir. sama dgn hizbullah....galak bunuh ahli sunni.....skrg dia ni pulak.

cara hukuman sembelih org yg isis buat mmg tiada dlm ajaran islam
 
US General : Order our media to tell americans 'ISIS' is evil donkey.

Iraq General : But.. but then Muslim will support them.

US General : So dumb meh. Tell muslim media 'ISIS' is our people

Iraq : Damn Genius.

US General : Nope. We aren't genius its people like Nadyamanis is ******


Tactical perang level basic. Dapatkan sokongan rakyat anda, lunturkan sokongan pihak lawan.

Tu pun xfaham.
 
Last edited:
nak mereka cerita semacam ni..aku rasa memang cukup mudah...semudah ABC..
tapi nak merealisasikan apa yg dicerita & direncanakan...boleh ke semudah itu ?
Nak meletakkan Abu Bakar ni ditempat yg ada sekarang ni...semudah itu ke?
berapa puluh ribu pejuang disekitar dia yang terpaksa ditipu sama...

ke atau semua pejuang yg terlibat juga dilatih oleh cia ??
 
Kalau dia dilatih Mossad baguslah, simple jer : Khalifah sgt bijaklah mcm tu, dapatkan ilmu peperangn daripada mosssad , M16, CIA..belaja jadi agent ..belaja jadi macam2 then lepas solid ilmu semua - tinggalkan mossad semua untuk bangun sebagi mujahidin. kalau itu yang berlaku maknanya Khalifah dah plan awal2 lagi.

MO dia sama dengan Putin Presiden Russia, mula sebagai Agent KGB pastu ketua KGB pastu jadi Presiden! PAda aku oklah Khlifah bijak dapatkan ilmu peperangan dan gunakan balik untuk against CIA, MOSSAD.
 
Buka thread pasal IS lagi ke ni? Cukuplah dua, itu pun tunggang terbalik gaduh sesama forumer sana sini. Pegi tanya soalan ini dalam dua2 thread pro dan anti IS tu.
 
Back
Top
Log in Register