BTC USD 62,127.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aku tertekan..episod 1

Mana sambungannya...aku pon tertekan nggu ni...:D :D
 
haiii ya...
berapa lama lg nak nunggu nih...:-?

jiwa kacau la ( kategory tertekan gak nie )~X( ~X(
hahahhaahaha... :))

:)paid :)cgrock :)paid :)cgrock :)paid :)cgrock
 
Hidup tak selamanya susah,asalkan ader usaha, tawakal dan sabar.

2001.Aku seolah-olah temui sinar dalam hidup aku, aku dapat rasakan aku boleh pergi jauh dalam bidang menjual buku ni.Walau pun tak glamer macam jual keta aku yakin takkan lah satu buku pun tak boleh jual.Ha ha kalau tak boleh gak jual buku ni aku nekad takkan buat lagi sale, tak kisah la ape2 jenis marketing sekali pun.Andai kata aku diugut sekali pun aku takkan menjual.

Minggu pertama aku ikut Vishnu dan Davin(dua2 bukan name sebenar sebab aku dah lupe, lame sangat, aku agak2 jer) buat sale ke sekolah2 rendah.Aku belum dibenarkan deal biz lagi, cuma memerhati je macam mane diorang buat.Mase tu produk nye ialah Poster n buku kisah2 nabi.Hairan aku camne lah budak2 India ni bleh jual Kisah2 nabi ni.Something wrong..

Bila aku follow si Davin jumpa guru besar dia selalu perkenalkan diri sebagai Mualaf, Ahmad konon nye.Baru masuk Islam..kuang ajar punyer budak, baru2,3 hari pas aku nampak dia teguk Tiger,aku segan nak tanya, tapi aku tanya gak, dia cakap memang ader niat nak masuk Islam skang ader pegi klas gak sket2.Ooo camtu.Nak masuk islam sebab nak jual buku Islam yek,So,Kalu dia bleh jual takkan aku tak bleh ek?

Komisyen aku dapat setiap hari lepas sale, bergantung pada jualan, purata dapatla 25-30 sehari.Kira ok la yek dari takder.Poster sekeping komisyen 5 ringgit tapi aku cuma dapat jual paling banyak sekepng jer satu sekolah.
Aku rase yang paling banyak komisyen setiap hari si Vishnu tu, kurang2 RM80 ke RM150 sehari.Poster plak satu sekolah paling kurang 5.Macam mane dia buat aku pun x tau,ader bela jin ke aper.memandangkan aku i rasa jeles n nak belajar, aku mintak kat Mr Kumar untuk ikut Vishnu minggu seterusnya.

Aiseh, tak ku sangka keta si Vishnu ni pun bau kari, kuat plak tu.Tak heran lah,bila waktu lunch sanggup dia mencari kedai makan daun pisang, minggu tu aku berkorban tak makan sambal belacan, hari2 bantai kari, pepedem,dal.Tapi pas 2,3 hari bantai,kira ok gak masakan India ni.Kuat sungguh baunya sampaikan mak aku pun dah curiga bila membasuh baju aku, mungkin dia suspek aku kerja kilang kari tapi bahagian Supervisor la sebab pakai kemeja.

Barulah aku tau macammane si Vishnu ni boleh jual banyak poster ni..

Yang pegang power ofcoz guru besar so die takel GB dulu.Dari start jumpa sampai dekat 20 minit belum citer poster lagi, aku dengar die dok puji2 semacam kat GB tu,aku rase orang tua tu dah kembang gila.Pastu baru dia mohon nak jumpa Guru Agama Islam dengan Guru Moral.Cepat jer si GB ni suruh kerani panggil( nak tunjuk power la konon)

Jumpa dengan Guru yang handle ni plak si Vishnu cakapla yang poster ni dah bincang dengan Guru Besar dan nak letak dekat setiap kelas, so total seme ader 30 kelas campur kantin n koridor lagi kurang2 ambiklah 40 poster.

ak ai, 40 poster!?

Terkaget aku skejap.Tetapi konon2 Guru besar dah cakap yang budget skolah mungkin dah pi tempat lain so maybe cikgu boleh ambik dalam 10 dulu.(mane ader GB tu cakap, Gb tu dok citer pencapaian sekolah,citer berape lame die dah tadbir, citer dulu banyak kes disiplin skang dah takder sejak dia masuk.bla bla)Last2 cikgu berdua tu ambik 5.Adakah mereka tertipu?

Ini bukan tipu Zoll, ini teknik jualan separa sedar dari Amerika, Warren Buffet pun buat macm ni.( teknik tengkorak die, walaupun aku x kenal Siape tu warren Buffet)

Lupe plak aku nak bagi tahu, zaman tu tengah hangat kes cabul budak, atuk cabul cucu, bapak cabul anak, abang cabul adik, adik cabul akak,cabul berpasukanla dah macam acara sukan plak bla bla sampai letih nak bace paper, hari2 dok citer benda tu.So, jalan penyelesaian nye ialah menampal Poster Cara2 Penjagaan Diri Untuk Kanak2.Pandai betul saper yang cipta menatang ni.

Jualan buku plak.Biasanya aku cuma sampaikan borang pembelian pada guru dan kemudian diedar pada budak kelas, pendekatan Vishnu amat berbeza, dia masuk setiap kelas.Skrip si Vishnu tu lebih kurang macam ni..

Kejadian Darjah 2 Cergas.
Apa khabar adik2? Baik!! Bersemangat budak2 tu..Hari ini abang datang nak bagi hadiah, sape suka hadiah angkat tangan!(cikgu pun angkat tangan gak)

Saper di sini suka membaca bla bla....Seme menjawab saya, saya
Ok, esok abang akan ader kan jualan di kantin bla bla....setiap buku harga nya RM6 sahaja, tapi kalau adik beli satu set RM30 dapat hadiah percuma(pembaris kertas).Ok, siapa yang nak beli? kira2 separuh kelas jer yang angkat tangan.

Oklah, untuk adik2 seme abang bagi harga istimewa, abang akan kurangkan harga kepada RM15 sahaja macam maner. Wah makin ramai yang angkat.Memandangkan abang akan ader cuma sekejap saja esok abang akan bagi kelas ini cuma 12 ringgit saja 1 set, sape nak beli? Seme angkat.

Esok nyer, bawak dalam seratus set .Habis!!

Bukan kah ini macam memanipulasi budak2?Ini memang lah tak tipu tapi macam mempergunakan budak2 ni untuk mendapatkan komisyen yang tinggi.Tak boleh jadi ni!aku tersedar sesuatu.

Aku sedar yang aku mesti menggunakan teknik jualan separa sedar dari Amerika untuk meningkat kan sale aku!Minggu2 seterusnya aku dah tak makan kat kedai daun pisang lagi, aku dah bawak sorang budak baru( budak ni ader keta).Komisyen aku seminggu tak mati 400 mase tu, keje 5 hari jer.Bila kita senang sket mula lah lupa diri sekejap.Betul kata pepatah tu.

Kekadang kita di atas kekadang di bawah.Bila sesuatu benda tak berkat cepat jer habis.Duduk kampung dapat 4rat seminngu kira mewah la jugak tapi aku silap tak menyimpan, duit habis ke motor,beli vcd,sluar, kasut tapi tak miss bagi mak aku.Biase,pas sale jer merayau dengan partner aku Hapiz.Tah macam mane bleh terngam plak ngan budak ni.Mungkin kami suka beli vcd kot.
Kekadang merayau sampai tak sembahyang, tu yang salah tu..si Hapiz ni plak ader hobi yang agak menarik...
 
best...teruskan,walaupun aku tertekan menunggu....arghhhhhhhhhh
 
Berkawan biar seribu berkasih biar 2 ribu.

Semakin hari semakin kamcing plak dengan si Hapiz ni, biasanya kami singgah
ofis bila abis keje tapi bila dah eksyen rase macam banyak duit( padahal tak banyak mane pun) jam 3 pm dah sampai umah kekadang pas sale kul 12 dah chow balik umah, lagi teruk boleh main cancel2 apt ngan sekolah, tipon je postpone hari lain.Alah budak2 tu tak lari, aku dah psycho kaw kaw nyer.Duit ader lagi xper boleh tidur, hari ni berehat untuk membolehkan minda berfikir, barulah boleh buat sale lagi power( malam tadi dah pi Muar tengok pondan, balik lambat).Setakat tengok n kacau2 jer, kekedang nak tergelak pun ader, cube korang bayangkan kalau Ali Mamak jadi pompuan,

Mamat ni aku tengok2 la, tahap malas dier ni boleh mempengaruhi sifat malas aku yang aku cube hilangkan.Tidak, aku akan mempertahankan sikap aku skang.Dia selalu ajak lepak2 umah dia, mula2 aku tak mau, segan sket kat parents dia tu.Tapi bila tengok bilik dia penuh ngan komik, vcd n ader PS1, aku plak yang lebih2 ajak balik cepat.Dah senang sket lupa diri..

Ader satu malam aku lepak umah die, mak dier masak sedap jugak, ikan kembung dengan sambal belacan, sayur pucuk paku masak lemak plak tu( kecur air liur kalau belum makan ni).mak dier pun masa tu dah biasa dengan kehadiran aku.Kita orang biasa bawak nasik makan kat bilik, konon ader bincang pasal strategi jual buku la ni, penting sampai x sempat makan kat dapur.

Tengah aku sedap mentekedarah,si jibauk ni pasang lah satu vcd, aku tanya la vcd aper, citer xxx ker? Kalau ye pun tunggu lah malam sket mak kau tu belum tidur lagi.Nak mampus ker ape? Aku x biase sangat benda2 macam ni, tetapi semangat ingin tahu yang telah diterapkan oleh guru-guru dari zaman persekolahan telah meluap2, nak menambah pengetahuan dalam bidang seksologi la katakan, untuk tujuan perubatan dibenarkan kan ?.Dia pasang gak.

Aku ingat kan cerita pekebenda,upenyer citer 2 orang budak jepun makan muntah sendiri(kembang tekak aku) terus x jadi makan.Dia aku tengok selamber je telan ikan kembung tu.xder perasaan!Inilah hobi dier, suka tengok cerita real ataupun extreme.Pas kejadian tu aku lagi suka makan kat dapur.

Banyak lagi citer yang dia nak tunjuk kat aku, xper lah Piz, kau x payah lah nak berkongsi hobi tu dengan aku, kalau mengumpul stem boleh layan lagi.aper punyer aktiviti riadah la..

Saat indah itu hanyalah sementara.
Cuti sekolah. X silap aku lagi beberapa hari nak puasa, aku pun boleh tak ingat sekolah tutup time ni.Takder sale takder lah duit.Nanti nak rayer plak, simpanan takder.Seminggu berpuasa, aku terlantar macam orang sakit kat umah, no money no talk.Keadaan si Hapiz pun lebih kurang sama macam aku, dia lagi teruk sebab keta nak kena bayar.

Sudah jatuh ditimpa tangga.Prestasi kami sebenarnya berdua dipantau oleh Mr Kumar alias Mr Kari( dua2 pun boleh), kami tak datang seminggu ke ofis, kerana sangkaan kami maner ader sekolah bukak.Memang takder pun.Tiba2 Mr Kumar tipon ke umah aku dan beritahu aku kena suspended ngan Hapiz.Lepas raya baru cerita.Alamak!Takkan la sebab tak datang ofis nak suspen.Mr Kumar bagitahu, pihak sekolah ader kol dan cakap kami menipu dan tak tepati janji.Bukan satu sekolah, 3 sekolah..aiseh sebab ni kot.

Malang sungguh, menyesal plak aku kancel2 apt.Tapi aku dah suruh Hapiz kol.

Dia tak kol sekolah upenyer, duit tu dia buat beli sticker keta katernyer..aduss aper nak buat ni raya dah dekat.Takkan aku nak masuk kerja jual keta tu balik? No No No. Kerja kilang Glove balik? Lagi lah tak mau dah setahun tinggal, malu lah aku, dah ludah takkan nak jilat balik.

Hapiz minta aku teman kan dia mintak kerja.Tak jauh katernyer, kat super market Fajar.Hah, alamak tempat kerja lama aku daa. Hmm, aku teman boleh la.Dia tanya aku tak mau kerja kat situ ker? Tak la Hapiz aku ni suka kerja yang bebas macam menjual buku tu ok la, kalau kerja sini aku dah tau macam mane, berdiri jer sepanjang hari.Kalau jadi cashier lagi lah tak boleh bergerak, duduk jer sampai bontot tu jadi kebas.Takper lah kau kerja lah Piz.kau rasekan lah macammaner rasenyer kalau bontot kau kejang nanti, hapiz hapiz so naive la this boy..budak2 baru nak idup la katerkan keja aper pun dibalun.

Fajar ni takder lift so kami jes naik tangga jer.Tiga tingkat jer.Sambil naik sambil bercakap.Tiaba2 tah macam mana kejadian tuhan..aeeh ehh ehh nasib baik aku tak terlanggar,ader sorang budak cashier tengah turun bawak peti cash tu nyaris2 nak bertembung dengan aku.Ni yang aku tak suka budak2 cashier ni dah tau nak cepat jangan la rehat lame2.Bila dah lambat haa kan dah terkejar2 nak pi ambik post.Wei, tengok la orang sket,kalau jatuh bergolek patah tangan sape nak jawab?Nasib baik pompuan(dalam hati aku lah)Aku buat muka serius jer.

Penangan Perawan
Tatkala aku mendongak... aku macam..terpesona sekejap.Masya allah, lawanyer minah cashier ni, seriusss lawa aku cakap, dier tersipu2 malu la plak.Muka bersih satu jerawat pun takder, pipi gebu, alis mata melentik, body tak gemuk tak kurus, pakai tudung plak tu.Hai, kalau berlanggar tadi pun takper, biarlah bergolek2 sampai tingkat bawah.Kalau patah tangan sekali pun aku tak kisah. Sorry ye...itulah kata2 yang terpacul dari mulut nya yang bergincu merah itu.Aku jadi lembik, nak ajer aku dengar lagi suaranya yang halus dan mulus itu.(jiwang sekejap takkan x boleh)

Sampai kat personnel, Hapiz pun duduk kat kantin isi borang.Akak personnel ni ingat aku lagi rupenye, lame gak mamat tu menulis( ngeja ke buta huruf?),siap jer isi borang Hapiz pun pazz kat akak tu.Tersenyum2 Hapiz kat aku, apelah kau ni Zul kerja dah ader tak nak mintak pulak.Aku tak tahu lah kau nak kerja macam maner.Eksyen lah tu nak dapat kerja.Dia tak tahu aku dah isi borang, dah submit kat akak tu mase dia tengah sibuk menulis ha ha.Ko jangan pandang sebelah mata Hapiz.

Aku pun bukan terdesak sangat(konon) cuma mintak partime jer, bahagian aper? Mestilah posisi yang aku paling minat dalam super market.Cashier.

Walaupun risiko bontot menjadi kebas agak tinggi aku rela bertahan kerana ader sesuatu yang harus aku laksanakan.sesuatu yang membuatkan malam2 aku di bayangi keresahan..kerinduan..(hak tui) jual buku macam maner?

alah let go jelah, kerja supermarket pun ok aper..


--------------------------------------------------------------------------------
 
Back
Top
Log in Register