BTC USD 85,494.7 Gold USD 4,175.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aku tertekan...2

blessme81

Fun Poster
Messages
354
Joined
Dec 17, 2007
Messages
354
Reaction score
0
Points
20
Belajar Menipu di N9.
Episod yang lalu, aku dioffer oleh Syed dan Ajak untuk melatih aku jadi terrer buat sale macam mereka berdua(macam bagus..)aku yang dalam keadaan keliru dan lapar terus bersetuju tanpa banyak soal(orang dah belanja makan,takkan kita nak menolak)


Minggu seterusnya,kami mula masuk Area N9,Senawang.Sebuah bandar yang amat pesat,padat dengan manusia.Tempat yang amat strategik untuk menjual sebarang produk.
Aku pun memang tak pernah jejak kan kaki kat sini so ini kira peluang bekerja sambil melancong (baru dapat idea guna ayat ni tadi)Walau bagaimana pun niat dihati cuma nak cari makan tak lebih dari tu.Seronok jugak kalu round2 kat bandar abis keje nanti,mana tau ader awek2 budak skolah yang mengatai nak no tipon.Maklumlah pakai tie, kasut hitam,bisnesman.Budak sekolah ni senang je nak kencing,nak nak lagi dengan imej karporat yang ditonjolkan kami.Ushar2 sket nanti diorang plak yang lebih2 menekel he he.Dapat kenal yang umur 14,15 pun ok buat adik angkat,pastu buat awek angkat..pastu..ape aku nak citer tadi.....haa, Area senawang.Maaflah tersasar jap.

Hari ni menurut plan Projek Manager,kami dikehendaki bergerak dalam kumpulan 2 atau 3
orang.Setelah undian dibuat..kebetulan aku dapat partner Syed dengan Ajak.. tak sangka plak aku memang harap2 pun dapat buddy ngan diorang."Abang Zul jangan risau , saya dah sembahyang hajat semalam, memang kita dah ditakdirkan jadi partner,hari ni abang tengok jer saya buat, rileks dan belajar" si Syed tu beritahu aku..(he he sembahyang hajat ae..bukan aku tak nampk pagi kau kautim ngan Norman,Team Leader kami)
Sekali lagi setiap kumpulan akan diberi lokasi operasi berdasarkan undi.Harap2 dapat kat bandarlah fuh.. Ajak menyampuk..abang rileks jer,saya dah smbahyang hajat, lokasi kita power konfem.( seolah-olah ader sesuatu yang tersirat dibalik senyuman nakal Syed dan Ajak..) tak pulak aku nampak si Ajak jumpa Norman tadi..

Area workshop.Tak sampai bandar lagi.Kawasan nya amat luas.Kalu ikut survey tadi kurang2 ader 500 biji kedai.Kedai potong,woksyop,kilang besi,bla bla...Persekitaran nya amatlah indah dengan jalan yang dipenuhi dengan lopak2 air,kesan laluan lori.Halaman kedai penuh dengan minyak dan sampah2 besi.Anjing berkeliaran,menambahkan lagi cabaran kepada kami.Bau welding menusuk hidung,sambil diselami dengan bunyi2 mesin memotong macam citer Texas Chain Massacre,movie ni disebabkan terlalu ngeri, aku hanya sanggup menonton sebanyak 2 kali sahaja..sungguh kejam. pada aku itulah cerita paling ngeri selepas Pontianak Harum Sundal Malam.Sampai skang pun aku belum tonton PHSM ni, takut..

Terus terang aku katakan pada Syed dan Ajak, tempat macam ni ader ker orang nak beli Line Celcom ni?? Macam tak stended je..jawapan Syed..Abg Zul, sbenarnya inilah lubuk kita, kenapa saya cakap macam tu, abg tengok lah nanti.Ok, kita jgn buang masa,dah pukul 11am,aper kata kita cari kedai minum dulu, perut saya dah bunyi2 ni..hampeh.
Sedar tak sedar kami dok borak kat kedai tu dekat sejam lebih,sambil mendengar cerita latar belakang Ajak dan Syed.Aku mula rasa tak senang asik dok tengok jam.Rilek jer diorang ni,1 hari nak jumpa at least 30 orang baru ader close.Kalu gaya macam ni 10 orang pun belum tentu..Syed perasan keadaan aku yang nampak tak selesa.(dah le citer family dia tak berape menarik,asik ulang part mandi sungai kat umah nenek dia kat Semenyih,dia ni pelupa kot..) Abang jangan risau, percaya jer pada saya, hari ni paling kurang 3 unit.(confidentnya mamat ni..)Oklah aku layan lagi 1 cawan tongkat Ali..

Strategi yang Dahsyat..
Kedai pertama yang kami masuk ialah kilang kertas yang agak sederhana( aku rasa kilang kertas sebab banyak kertas bersepah,operasi sebenar tak dpat dikenal pasti) itu pun dah dekat kul 1 siap makan nasi tengah hari dulu.

Prospek pertama,Chinese.Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku... riak muka dia agak stress,berkaca mata dan duduk didalam bilik berhawa dingin,pintu tertera Managing Director.Aku meneka dia adalah tokey kilang ni.Kira power gak aku punya tafsiran ni yek,bukan seme orang ada bakat ni.Macamner nak dapat, kena belajar la..Staff lain dah cabut pi lunch nampaknya.Syed Memulakan langkah mengetuk pintu dan masuk bersama-sama aku.Ajak tunggu diluar pejabat dulu.Asas menjual,tak bleh masuk ramai2, kita nak jual barang bukan nak tangkap khalwat.(Sebenarnya Ajak tunggu kat kedai makan tadi,layan TV smartshop)

Dengan tiba2 karakter Syed yang suka membuat lawak serta nampak tak serius terus bertukar kepada karakter yang profesional.Suara pun tukar lebih kasar, macam operator telepon.Gaya berjalan juga tetiba tegak macam model.Senyuman manis tersipu-sipu.Perkataan demi perkataan mula terkeluar dari mulut Syed dan akhirnya tak sampai 5 minit tokey tu sign borang dan amik produk dan bukan saja ambik 1 unit malah ambik 7 unit sekaligus dan terus nak rekomen staff dia dan dan dan..(ha ha ha, sorilah, aku berhalusinasi tadi)..bila Tokey tu nampak jer Syed masuk aku terdengar beberapa perkataan yang agak menyinggung..

Yes u sapa, mau apa? Sapa bagi you masuk sini? aaar..Kami wakil dari Celcom, kami...oooh ok ok..You ader baca tak itu sticker busat2 tulis, No SalesMan besar2?I tak sinang ar sikalng soli a..ok? Thank u..
Pelajaran pertama:Baca Sticker dipintu sebelum masuk.
Pelajaran Kedua:Jangan aprroach orang yang bermuka stress,kemungkinan besar kalu dia tak stress dia tengah lapar.

Tapi itu baru permulaan..Syed ni sebenarnya memang berbakat...
 
Aku tertekan..2

Belajar menipu di N9

Seterusnya masuk kilang buat pagar rumah.KKKKRRRRIIINEEENGGG..Bunyi mesin potong besi tu bebetul menyakitkan telinga aku.Kekadang tersilau jap dengan cahaya welding.Aku rasa macam tak sesuai jer nak cari customer kat sini.
Syed terus berjumpa dengan sorang pekerja kat sini.Mau jumpa bos!!(kena jerit kuat sket sebab bising kan) so mat bangla tu tunjuk kat tingkat atas.. opis bos dia..siap bagi nama bos.

Hallo, hai Mr.Tan.Yes,hallo.Apa hat?( nampak gaya macam cina bukit) Bos, kami datang sini mau tanya itu hali ada officer from Celcom ada mali tak? Apa officer? tak tau la kawan.u sapa? ooh sori Mr Tan, kami dari Celcom (tunjuk ID) kami mau tanya dulu ada pegawai datang kasi you free offer dari Celcom tak,sebab sikalang baru merg sama Telekom and tukar CEO jadi mau kasi orang untung sikitla, bayar itu bil banyak murah u boleh cakap lama-lama bayar sikit.Ya ka? mana ale mali, saya pakai ini maxis bukan Celcom.

Oooh patut pun u tak dapat itu offer,nasib baik u ada cakap la bos.saya pun manyak helan apa pasat ini kilang banyak besar,bisnes ada bagus tak dapat itu offer,ini Celcom mau kasi free line lagi diskaun 50% dalam bil..ya ka?tokey tu nampak interested.

Seterusnya tiba-tiba jer kami dah duduk tanpa disuruh.Bos saya tengok lu punya kuli banyak ramai saya tanya u suma cakap u bagus punya tokey.ini company sudah berapa lama sini.(sungguh pandai Syed mengeject tokey tu) ya ka??oooh saya sudah 15 tahun sini bla bla...( termakan ject) ok tadi u apa cakap itu mau kasi free bill ka? (tokey tu tanya kami balik)

oh ini macam bos..biasa kalau u telepon itu guna maxis punya line 1 minit 60 sen sekalang saya mau bagi u seminit 15 sen saja!!(bukan main tinggi lagi suara member aku ni,nak bagi dengar punya pasal) bagus tak bos?? ([/Itokey tak menjawab..berkerut dahi dia,mungkin tak berapa faham apa yang disampaikan) mesti bagus kan?(syed jawab sendiri)Lalu Syed keluarkan pen dan tulisla perbezaan dan kira2 atas kertas.ya ka? dari riak muka tokey nampak macam paham..ini macam bagus, tapi saya sudah ada ini nombor( first rejection)suma olang tau saya nombor, mana boleh tukar.

Bos u cakap betul, itu Mr.Yong sana depan punya kilang pun cakap itu macam jugak (eh Mr.Yong? Yong mana plak ni?)tapidia angkat ini offer jugak.Nombor lama orang kol masuk, baru punya number dia kol dia punya customer laa.ya ka?? u banyak ong tau, nanti lain orang angkat u sudah rugi banyak ooo..Ini line u boleh save 2 ribu 1 tahun maa.U guna satu handphone lagi, special untuk ini number..(bekerut dahi kawan tu)

2 handphone ka? aiyaa lagi mau beli satu.Bos sekalang handpkone manyak murah maa, u tokey kilang tau, cuma 2,3 ratus saja,u punya kuli pun sya tengok itu handphone mayak mahal..bukan itu macam, saya sudah ada 1 cukup apa bikin buang wang lagi, itu diolang ada wang dia beli la,saya ini sudah cukup.(pehh banyak plak negative,aku memang terdiam tak tau nak jawab) Mr.Tan, u cakap ini macam haa..saya banyak respect sama you, very humble person.Bukan semua olang kaya ini macam..( ject lagi..)

He he( tetiba tokey tu ketawa) mana ada itu macam,biasa saja..mana ada kaya.
belapa banyak saya boleh save? 3ooo satu tahun!! confidentnya syed menjawab,(sedangkan tadi dia cakap 2 ribu) lalu dia buat pengiraan yang agak memeningkan...(dari kira-kira yang dia buat...aku rasa macam ader yang tak kena)

Setelah beberapa kali adegan reject dibalas dengan ject,reject je ject, akhirnya tokey tu takder negative lagi nak bagi agaknya dia setuju nak ambik.Bos saya mau kol itu HQ dulu tanya berapa banyak line u boleh dapat, itu Mr.Lim depan punya kilang dia dapat 8 line, ada dapat 7 line, ada dapat 5 line(bila masa plak Celcom tentukan berapa banyak customer dapat,suka hati dia nak berapa la) u bayang la kalau satu line u boleh save 3 ribu kalau 7 line berapa you sudah save 1 tahun??.tokey nampak bertambah kerut dan tetiba dia bertanya.. saya boleh dapat berapa banyak? ok, sikalang u anak, dengan wife berapa ada suma? 5 orang..ok sya try tanya itu HQ dulu berapa boleh kasi you?(waaah boleh kol macam tu mintak ke?)

Syed keluarkan phone dan terus kol HQ.Hello,im kolling from Senawang,agent kod number bla bla bla..(dalam bercakap tu aku tengok Syed ni asih tersengih jer)my customer ini Factory Owner...bla blaa (tokey tu nampak macam cemas)berapa line boleh kasi?hm hm....haa? 3 only?wait hold on a minute.. bos Celcom mau kasi 3 saja la.Aiya, 8 tak boleh ka? kasi kautim lar..(macam nak melompat aku bila dengar tokey ni nak 8 line)ok i try...ha hello...bla bla bla...bos sory har paling banyak 6 saja..okla okla.saya mau semua.

Aku keluarkan seme simcard kami yang memang ader 6 dan terus register kan tokey ni.Sekali lagi Syed nak telepon HQ, tapi pinjam tipon tokey sebab katanya free of charge( kencing lagi mamat ni)phone dia bateri kong..kononnya.Satu line biasa RM450 tapi ini hari offer RM100 jer bos!!lain hari u kena bayar RM2700 ini hari RM600 saja!!Bukan main cepat tokey tu keluar cek.Register tak sampai 10 minit.siap jer Syed dan aku blah dan pergi ke tempat Ajak lepak tadi...yang membuatkan aku musykil ialah Syed tak ceritapun pada tokey tu yang hari ni memang bayar 100 satu line...tapi bulan depan datang bill kena bayar lagi 150 satu line...dan bulan seterusnya bayar lagi 100...dan 100 lagi...untuk bulan seterusnya...kena bayar 450 jugak.walau bagai mana pun aku tak malas nak bersuara buat masa ni,tunggu kat kedai makan..jam dah kul 3pm.

Sampai jer kat kedai tadi,Ajak dah macam tau tau jer kami close sale.Minum dulu, minum dulu.Syed bersuara, kan saya dah kata bang, abang rileks jer.. saya tau buat macam mana..he he..power lah, baru saya tau apsal abang Syed ni selalu close banyak..

Aku cuba kuat kan semangat untuk bertanya tentang kemusykilan aku?Bukan aper aku rasa dia banyak pusing dan bluffing, so kalau dapat sale cara macam ni aku rasa agak keji sket..tak best plak.Nak tanya ke tak?

Kesalahan dia, tak bagi tau customer 15sen seminit tu Celcom ke Celcom jer bukan Peak hour,Rate biasa 30 sen gak.Cuma yang murah ke Line lain ialah 48sen.Tak bagi tau bil untuk 3 bulan ada charge lain.Kira2 jimat sampai 3 ribu sebulan tu agak mengarut.Banyak lagi yang aku nak tanya..

Bang Syed, kita boleh kol HQ dan mintak berapa banyak line ker? Tetiba terpacul kat mulut aku...he he he Syed nagn Ajak gelak jer.Ohh lupa plak, ini strategi je Zul sebenarnya yang aku kol mula2 tadi bukan HQ.Aku kol Ajak jer,tadi layan jer macam operator betul, tapi tadi Ajak buat lawak, tu yang aku tahan gelak, cipan betul.Bang ini rahsia taktik kita tau jangan bagi tau orang plak.(ciss..sungguh tak beretika)Walau pun aku gelak2 tapi aku rasa
ini tak betul, apa aku nak buat?.Nak marah pun ye gak...

Ok, Syed mula bercakap lagi.Skang kita lepak sampai kul 5 pastu pi jalan balik kat field, nanti leader cari tak lah kita kantoi melepak..Abang Zul isi form ni balik, pakai nama abang, so kira abang punya sale, tapi dapat komisen nanti kita bagi macam ni abang 20% Ajak 20% saya 60% setuju?Peh siap tawar sogokkan plak tu.Ingat aku nak sangat?? Korang rasa aku cakap macam tu ke?

Memandangkan aku dalam keadaan terdesak aku setuju la,walau jauh dipelusuk hati aku tidak bersetuju.Memandangkan alang2 dah terlibat baik aku folow jer diorang minggu ni, ader jugak duit poket nexweek.Astaga..
 
citer apa plak nie... :D
 
bagus karangan ko nih...
ada unsur2 humor, cemas, seram....:)
ko jd penulis skrip lg baik aku ingat drpd ikut kepala penipu 2 ekor tuh....
gud lak...
 
cara macam ni tak baguslah...nipu pelanggan demi kepentingan diri sendiri...dosa tu..
 
terpulang kepada individu..
 
Back
Top
Log in Register