surfer957
Super Active Member
- Messages
- 7,974
- Joined
- Mar 30, 2008
- Messages
- 7,974
- Reaction score
- 26
- Points
- 70
ALAM sibuk-sibuk mengarang berita-berita panas untuk dimuatkan dalam halaman Papa Gosip minggu ini, tiba-tiba ada satu khabar yang sampai ke telinga Papa.
Cerita panas ini disampaikan oleh orang-orang terdekat yang berada di sekeliling seorang aktres popular yang sikapnya saling tidak ubah seperti orang ‘hilang akal’.
Sudah lama mereka yang berada di sekeliling pelakon berusia pertengahan 30-an ini rimas dengan sikapnya.
Banyak sungguh cerita kurang manis yang disampaikan oleh sumber Papa itu, namun tidak elok untuk Papa tulis di dalam ruangan ini kerana tidak mahu menjatuhkan air muka aktres yang dikenali ramai kerana kenyataan panas yang sering dikeluarkannya.
Baru-baru ini, di sebuah lokasi penggambaran drama di sebuah daerah di negeri Selangor, aktres ini mencetuskan pelbagai suasana kurang elok.
Cuba anda bayangkan senario ini, apakah manis bagi seorang wanita yang belum berumah tangga sepertinya terloncat-loncat di atas kerusi?
Kalau itu belum cukup, dia juga dengan wajah selamba tanpa rasa bersalah memakai kasut di dalam rumah yang menjadi lokasi penggambaran drama berkenaan.
Untuk pengetahuan semua pembaca, lokasi penggambaran drama berkenaan merupakan sebuah rumah keluarga Melayu.
Apa yang turut memualkan orang-orang di sekeliling aktres berkenaan juga ialah, dia asyik berkomunikasi dalam bahasa Inggeris sehinggakan satu ketika dia memaki mereka yang membuat silap dalam bahasa bangsa yang pernah menjajah negara kita.
Perkataan lucah begitu kerap bermain di bibirnya sehinggakan krew-krew produksi naik segan dan malu dengan perbuatannya itu.
Oleh kerana hebatnya dia berbahasa Inggeris, aktres itu juga tanpa segan-silu mengakui, dia tidak boleh menghargai lagu-lagu Melayu.
Bahkan, setiap kali lagu Melayu dimainkan sama ada ketika dalam kereta, dia akan mula mencebik muka sambil membebel dalam bahasa kebanggaannya, bahasa Inggeris, sambil mendakwa dia tak kenal siapa penyanyi yang lagunya sedang kedengaran itu.
Papa fikir, aktres itu mungkin tersalah terima tawaran berlakon. Papa rasa dia sepatutnya berada di Hollywood berlakon dalam filem-filem Inggeris bukan berlakon cerita Melayu.
Bila mendapat cerita begini, baru Papa teringat si aktres ini pun pernah dilaporkan ada kekasih yang terdiri daripada orang asing kerana katanya, lelaki Melayu tak macho!
Aktres itu juga dikesali kerana sikapnya yang tidak menghormati pelakon-pelakon yang jauh lebih berusia daripadanya.
Semua rungutan ini sampai ke telinga Papa dan disampaikan dalam bentuk penuh kekesalan.
“Kami tidak berniat untuk menjatuhkan air mukanya, tetapi kami fikir perlu ada orang yang boleh memberi nasihat kepada pelakon itu,” kata teman rapat Papa yang menyampaikan khabar kurang gembira itu.
Papa enggan mengulas panjang mengenai isu ini kerana menjadi tugas Papa menyampaikan luahan rasa kesal orang-orang yang sangat menyayangi aktres itu.
Mereka juga meminta Papa nasihatkan artis itu agar mengubah sikap dan personalitinya supaya dia lebih dihormati.
Kepada aktres itu, jadikan Ramadan masa terbaik untuk muhasabah diri sendiri.