BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Akses Kepada Pengurus Kata Laluan “Google Password Manager” Akan Mudah

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Akses Kepada Pengurus Kata Laluan “Google Password Manager” Akan Lebih Mudah Untuk Android Dan iOS Tidak Lama Lagi;

Sebentar tadi telah dilaporkan yang Google akan mengaktifkan pengesahan dwi-faktor kepada 150 juta akaun secara automatik menjelang hujung tahun ini. Ini adalah bagi memastikan keselamatan tambahan akaun pengguna tanpa ada masalah digodam dan data dicuri.
Screen_Shot_2021-10-04_at_11.35.02_AM.max-1000x1000.png
Dalam pengumuman yang sama, Google turut menyatakan yang mereka akan mengemaskini aplikasi Google dengan ciri pengurus kata laluan mereka terus terbina daripada dalam aplikasi. Pengurus kata laluan mereka iaitu Google Password Manager sudah sedia terbina pada pelayar web Chrome, sistem operasi Android dan beberapa aplikasi Google lain.

Bukan itu sahaja, fungsi auto-isi kata laluan untuk iOS melalui sistem Google Password Manager juga akan diperkenalkan tidak lama lagi. Secara tidak langsung memberikan peluang kepada pengguna memudahkan lagi proses mengisi maklumat identiti pengguna dan kata laluan secara automatik.

Google-Password-Manager-Pengurus-Kata-Laluan-Google-Aplikasi-Google-950x534.jpg.webp


Ini adalah perkara menarik kerana kebanyakan pengurus kata laluan seperti 1Password, NordPass, Lastpass dan banyak lagi memerlukan langganan bulanan atau tahunan untuk penggunaan yang lebih baik.​
 
Back
Top
Log in Register