BTC USD 84,204.3 Gold USD 4,270.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Google Mengesahkan Android & Chrome OS Akan Di Gabungkan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,620
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,620
Reaction score
7,745
Points
916
Google akan menggabungkan sistem operasi Android dan Chrome OS di masa hadapan. Ini disahkan oleh Presiden bahagian ekosistem Android, Sameer Samat dalam temubual bersama Techradar. Samat mengatakan. Langkah ini dilihat sebagai usaha Google untuk akhirnya memberikan persaingan kepada iPad. Walaupun Google telah membangunkan sistem operasi khas untuk tablet sejak Android Honeycomb empat belas tahun yang lalu, pembangunan ciri khusus untuk tablet Android sudah menjadi agak perlahan sehingga kelihatan seperti dianaktirikan oleh Google.
​
1752514012112.png

Sinergi antara Android dan Chrome OS sudah diacah sejak 2016 menerusi Andromeda OS. Jun tahun lalu Google mengatakan Chrome OS akan dibangunkan dengan tindanan Android bagi memudahkan pelbagai ciri AI disokong pada sistem operasi tersebut. Tahun ini pula Android 16 mempunyai sokongan mod desktop secara rasmi selepas sekian lama dibangunkan secara berasingan oleh pengeluar seperti Samsung DeX. Sudah tiba masanya Android dan Chrome OS digabungkan menjadi satu sistem operasi memandangkan Apple sendiri sudah menyeragamkan antaramuka kesemua sistem operasi mereka dan iPadOS kini meminjam pelbagai ciri macOS.​
 
Back
Top
Log in Register