BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Pengguna Di Malaysia Kini Boleh Akses Meta AI

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Selepas diperkenalkan lebih setahun lalu, pembantu kecerdasan buatan (AI) Meta AI kini dilihat sudah mula ditawarkan untuk pengguna di Malaysia. Dikuasakan oleh Llama 4, Meta AI membolehkan pengguna bertanya soalan, menjana imej atau video melalui Imagine AI, serta mencipta pelekat AI dan pelbagai kandungan lain. Semua ciri ini diintegrasikan ke dalam platform Meta seperti Facebook, Instagram, WhatsApp dan Messenger. Menerusi tinjauan, Meta AI kini sudah boleh diakses melalui laman web Meta AI, termasuk di Facebook dan Instagram. Akses di WhatsApp pula masih terhad kepada sebilangan pengguna iOS serta Android, dan dijangka akan diperluaskan secara berperingkat sebelum tersedia untuk semua.
1762532789469.png

Sementara itu, akses melalui Messenger nampaknya masih belum tersedia. Aplikasi kendiri Meta AI juga masih belum boleh digunakan oleh pengguna di Malaysia, dan pada masa ini hanya berfungsi untuk dipadankan dengan cermin mata pintar Meta sahaja. Di WhatsApp dan Instagram, pengguna boleh mengakses Meta AI melalui bar carian dalam chat, membolehkan pengguna bertanya soalan atau menjana kandungan secara terus tanpa perlu meninggalkan aplikasi.​
 
Back
Top
Log in Register