BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AKPS Rampas Sayur, Makanan Laut Tidak Patuh Syarat Import

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,187
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,187
Reaction score
346
Points
141
e552f37cd4c8e6e9b0887464fabdd8f468848917640ac


Agensi Kawalan Perlindungan Sempadan (AKPS) merampas pelbagai jenis sayur dan makanan laut selepas pemeriksaan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam pada Jumaat dan Sabtu lepas.

Komander AKPS Bukit Kayu Hitam SAC Mohd Nasaruddin M. Nasir berkata antara yang dirampas adalah sayur-sayuran yang tidak mempunyai perakuan pengedaran, pembungkusan dan pelabelan serta yang tidak diisytihar.

“Turut dirampas udang putih melebihi isytihar, udang galah tidak diisytihar, isi ikan dan isi tiram,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata nilai keseluruhan rampasan dianggar RM62,804 dan kes disisat mengikut Seksyen 11(1) dan Seksyen 11 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

Mohd Nasaruddin berkata kes diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) untuk tindakan lanjut.

 
Back
Top
Log in Register