BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AKPS Rampas Konsainan Import Makanan Haiwan Bernilai RM81,900

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,165
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,165
Reaction score
346
Points
141
a7363c2cb2eefd069a35e340f9d0be1b697b16e828f5e

Kredit: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS)

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) merampas konsainan import makanan haiwan seberat 21,000 kilogram bernilai RM81,900 di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Bukit Kayu Hitam di sini semalam.

Komander AKPS Bukit Kayu Hitam SAC Mohd Nasarudin Md Nasir berkata seorang pemandu lori warga tempatan berusia 40-an ditahan bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan.

Beliau berkata pemeriksaan yang dijalankan pada 6 petang mendapati konsainan itu tidak tersenarai dalam lesen yang diluluskan di bawah Akta Makanan Haiwan 2009, sekali gus melanggar peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

“Sehubungan dengan itu, barangan itu telah ditahan bagi tujuan siasatan lanjut mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Nasarudin berkata kegagalan mematuhi peruntukan undang-undang berkaitan import adalah satu kesalahan serius dan AKPS akan memastikan setiap pelanggaran disiasat serta diambil tindakan sewajarnya.

 
Back
Top
Log in Register