BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AKPS Rampas Kopi, Daging Itik Dan Babi Sejuk Beku Bernilai Lebih RM900,000

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
e552f37cd4c8e6e9b0887464fabdd8f468848917640ac


Agensi Kawalan Perlindungan Sempadan (AKPS) merampas daging babi dan itik sejuk beku serta biji kopi seberat 44.6 tan yang bernilai RM916,156.02 menerusi pemeriksaan di Pelabuhan Barat, Klang, dekat sini.

Komander AKPS Pelabuhan Klang Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal berkata kesemua dagangan terbabit dirampas bagi mencegah risiko kemasukan penyakit haiwan serta memastikan aspek keselamatan makanan dan kepentingan kesihatan awam negara terus terpelihara.

“Daging itik dan babi sejuk beku tersebut berasal dari Eropah barat, diimport tanpa permit import Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) yang sah, masing-masing melibatkan berat rampasan sebanyak 16.1 tan dan 24.9 tan.

“Biji kopi pula dari negara Amerika Latin yang didapati diimport tanpa Perakuan FAMA 3P seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang berkaitan. Jumlah berat rampasan adalah sebanyak 3.5 tan dengan anggaran nilai RM100,608.33,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nik Ezanee berkata AKPS Pelabuhan Klang terus komited dalam membanteras kemasukan barangan larangan dan dagangan yang tidak mematuhi peraturan demi menjamin keselamatan, kesejahteraan serta kedaulatan negara.

Kes disiasat di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

 
Back
Top
Log in Register