BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AKPS Patah Cubaan Bawa Masuk 50 Tan Daging Babi Sejuk Beku

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
e9dfa540063e281f968e517492b08642697217dbb3693

268b0a5f95c8a0af27963131f7eb5f7d697217f1c20ca

Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain (dua, kanan) memeriksa kontena ketika sidang media berkaitan rampasan daging babi sejuk beku yang tidak mempunyai permit import Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dengan anggaran nilai rampasan RM1 Juta di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, hari ini.

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) mematahkan cubaan membawa masuk hampir 50 tan daging babi sejuk beku dari negara yang dilarang menggunakan dua kontena di Pelabuhan Barat di sini, pada Selasa lepas.

Ketua Pengarah AKPS Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pemeriksaan mendapati kontena mengandungi daging babi bernilai RM660,137 itu berasal dari Sepanyol yang merupakan antara 14 negara dilarang pengimportan bahan itu.

“Kontena itu dikesan lebih awal, iaitu pada peringkat dokumentasi sebelum pemeriksaan fizikal dijalankan oleh pasukan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), selain permit import syarikat tempatan yang mengimport daging itu telah tamat tempoh,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mohd Shuhaily berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan pengimportan daging itu bagi memenuhi pasaran tempatan menjelang perayaan Tahun Baharu Cina.

Beliau berkata rampasan itu merupakan kejayaan kedua dalam tempoh seminggu selepas hampir 27 tan daging babi dari Belgium bernilai RM495,740 disita pada 14 Jan, menjadikan jumlah rampasan dua kes tersebut lebih RM1 juta.

Walaupun Belgium antara negara yang dibenarkan, Mohd Shuhaily berkata rampasan dilakukan kerana dokumen pengimportan tidak lengkap.

Selain itu, beliau juga memaklumkan pihaknya giat mengesan lokasi kemasukan suckling pig atau anak babi ke Malaysia susulan kebimbangan terhadap pematuhan peraturan import serta risiko kesihatan awam.

“Saya dimaklumkan oleh pembekal daging babi bahawa negara kita tidak mengeluarkan produk suckling pig dan juga tiada kelulusan untuk mengimportnya masuk,” katanya.

Mohd Shuhaily berkata siasatan dibuat susulan maklumat kemunculan produk itu di pasaran tempatan pada musim perayaan tersebut.

 
Back
Top
Log in Register