BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Akim umum tidak bertanding

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
BUTTERWORTH: Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, 25 Ogos ini dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan Barisan Nasional (BN), Pas dan seorang calon Bebas, Mohd Kamarul Ramizu Idris.

Sebelum ini, pilihan raya yang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Hamdan Abd Rahman dijangka menyaksikan empat penjuru, bagaimanapun tidak menjadi kenyataan apabila calon Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) menarik diri pada saat akhir, semalam.

Presidennya, Hanafi Mamat berkata, keputusan menarik diri berikutan pilihan raya berkenaan diadakan pada bulan Ramadan enggan mencemari bulan mulia berkenaan dengan kata-kata kesat.

“Apabila berkempen pada pilihan raya sudah tentu akan terkeluar kata-kata kesat, ini yang kami mahu elakkan dan sebab itu keputusan menarik diri dibuat,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari ini sebagai penamaan calon dengan 25 Ogos depan sebagai hari pengundian, sekiranya ada pertandingan.

Mengikut senarai Daftar Pemilih Induk (DPI) yang dikemas kini sehingga 31 Julai lalu, DUN Permatang Pasir yang termasuk bawah Parlimen Permatang Pauh mempunyai 20,290 pengundi berdaftar termasuk seorang pengundi pos.

BN akan mempertaruhkan Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman, 38, sebagai calon BN manakala Pas menamakan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Mohd Salleh Man, 52, yang juga seorang ahli perniagaan sebagai calon.

Ini penampilan pertama Rohaizat dalam pilihan raya, manakala kali ketujuh buat Salleh yang tidak pernah menang dalam enam pilihan raya yang ditandinginya sejak 1986.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1995, Salleh bertanding di Parlimen Tasek Gelugor, tewas kepada calon BN, Datuk Dr Ibrahim Saad dengan majoriti 12,651 undi.

Pada PRU 1999, beliau tewas kepada calon BN, Datuk Yahaya Abdul Hamid di DUN Pinang Tunggal dengan majoriti 4,376 undi.

Pada PRU 2004, Salleh sekali lagi bertanding bagi kerusi DUN Pinang Tunggal dan tewas kepada calon BN, Datuk Roslan Saidin dengan majoriti 6,288 undi.

Pada pilihan raya umum lalu, Salleh tewas kepada Timbalan Ketua Umno bahagian Tasek Gelugor, Datuk Jasmin Mohamed di kerusi DUN Sungai Dua dengan majoriti 535 undi.

Sementara itu, Kamarul yang sebelum ini tewas dalam dua pilihan raya kecil iaitu di Parlimen Bukit Gantang, Perak dan Penanti, Pulau Pinang turut mengesahkan akan bertanding pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir.
 
ek eleh..bgtau jer lah dh xder kemampuan.patut dh lama pupus parti tupperware Akim nih
 
telur dah pecah kot...
takut mati depositla ni...
 
Back
Top
Log in Register