BTC USD 86,135.0 Gold USD 4,331.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Akhirnya Cikgu Izzat Dibuang Kerja

caklempong

Active Member
Messages
1,964
Joined
Oct 29, 2008
Messages
1,964
Reaction score
4
Points
25
Esok kalau ada menteri kata guru-guru boleh berbincang jika ada masalah...korang percaya la ye..


attachment.php


attachment.php


Cikgu Izzat yang perjuangkan nasib guru-guru yang tersepit dengan perlaksanaan PBS telah dipecat atau dibuang kerja oleh pihak kerajaan. Kerajaan sendiri telah menghentikan perlaksanaan PBS dengan makna sememangnya ia bermasalah. Bermakna juga Kementerian Pelajaran akui mereka silap. Sepatutnya menteri pelajaran yang patut letak jawatan, bukam guru yang dibuang kerja sebab dedah kesilapan kamu.

Lebih kejam, surat pemecatan keluar pada 8 April 2015 dan sampai ke tangan Cikgu Izzat pada 17 April 2015. Namun tarikh dibuang kerja bermula 31 Mac 2014. Lebih awal daripada keputusan dibuat.

InsyaAllah. Kami rakyat Malaysia tidak berdiam diri. Cikgu Izzat telah mengorbankan dirinya untuk keselesaan ratusan ribu guru-guru lain yang tersepit dan juga untuk masa depan pelajar-pelajar seluruh negara. Jika tidak kerana sentuhan beliau, belum tentu PBS ditarik balik. Ayuh kita turun ke Kementerian Pelajaran atau Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, lokasi pejabat Suruhanjaya Pelajaran Malaysia untuk mengemukakan bantahan.

Siapa tidak kenal Menteri Pelajaran? Inilah oleh yang dicanang Mahathir sebagai bakal pengganti Najib. Belum pun Najib tumbang, Mahyudin Yasin audah menunjukkan sikap buruk beliau.

copy paste dari FB
 

Attachments

kat mesia ni siapa yang berkuasa DIA lah yang betul...

mamat ni confirm pun belum lagi, huhu
 
serabut kementerian pendidikan ni.. aku pun dah lama tinggal sekolah, tapi betul ke SPM skang, dapat 40 markah pun dapat gred C dan 70 markah dah dapat A ? x adil la....dulu kena dapat 50 baru C. sapa cikgu kat sini...
 
Sememangnya kita ni mmg xda hak untuk bersuara ka? Tkut kena akta hasutan je.. hmm
 
dulu PLKN batal..dah habis berbillion...ni PBS pulak.. apa komen e.k??
 
kuat semangat cikgu izzat..rezeki bkn berhenti disitu saje..all the best
 
Back
Top
Log in Register