BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Akaun Baharu Microsoft Kini Tidak Lagi Perlukan Kata Laluan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Microsoft kini melangkah setapak kehadapan menuju ke dunia bebas kata laluan, sekaligus mengurangkan kadar pengguna menjadi mangsa serangan siber. Selepas sedia menyokong penggunaan akaun Microsoft tanpa kata laluan, kini pihak Microsoft mengaktifkan semua pendaftaran akaun baharu tidak lagi perlu mempunyai kata laluan.

Microsoft-Kata-Laluan-950x541.jpg.webp


Sebagai alternatif, pengguna baharu akan perlu memilih pilihan seperti passkey, pengaktifan notifikasi pada peranti, atau menggunakan kekunci sekuriti yang lain. Selain untuk pengguna baharu, pihak Microsoft kini memberikan pilihan untuk pengguna sedia ada memadam kata laluan akaun mereka, dan turut beralih kepada penggunaan passkey.

Selain Microsoft, beberapa perkhidmatan lain turut menggunakan sokongan akaun tanpa kata laluan, dan di Malaysia, salah satunya adalah Daun.​
 
Back
Top
Log in Register