BTC USD 63,127.0 Gold USD 4,289.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others Akak driver bas kena maki tapi tetap bersabar

Jering

Fun Poster
Messages
993
Joined
Mar 14, 2019
Messages
993
Reaction score
184
Points
23
Oleh: HANAFIS HARIS

[VIDEO]


Biarpun diherdik dengan kata-kata kesat serta dicemuh dengan pelbagai gelaran kasar, namun sikap sabar pemandu bas yang viral baru-baru ini dipuji ramai.

Difahamkan kejadian itu tercetus apabila seorang penumpang wanita memarahi pemandu itu selepas dia melakukan brek kecemasan.

Tindakan pemandu itu didakwa oleh penumpang tersebut sebagai bahaya dan hampir menyebabkan anaknya tercedera.

Rentetan daripada itu, penumpang berkenaan dilihat telah mengamuk dan tidak henti memarahi pemandu tersebut.

Malah, kata-kata kasar penumpang itu yang membangkitkan isu tudung turut menjadi perhatian ramai.

"Itu dia pakai tudung dia mesti jahat punya," katanya.

Namun, disebalik kejadian itu, ramai juga netizen memuji sikap sabar pemandu berkenaan.

"Terbaik driver, awak contoh muslimah yang baik. Walaupun dimarahi tetap tenang dan sabar, semoga murah rezeki akak," kata seorang pengguna Facebook (FB) dikenali sebagai Nijey Ibrahim,

Sementara itu seorang lagi pengguna FB, Aliff meminta supaya pihak syarikat bas berkenaan memberi anugerah kepada pemandu tersebut.

"Tolong bagi anugerah pemandu cemerlang untuk akak ni. Aku sebagai lelaki pun malu la dengan kerjaya akak ni, hebat," katanya.


 
Ada masalah kesihatan mental minah nie

Susah nak baca kepala hotak orang ada masalah nie
 
Perempuan bila marah abis semua keluar
 
muka mcm indon ja..naik bas bayar RM 1 pun bising..hanat punya olang..moga makcik abaikan suara langau mcm ni, diberi kesihatan, kesabaran dan murah rezeki...
 
Back
Top
Log in Register