BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ajoi dan Professor.....

krusader

Active+ Member
Messages
4,948
Joined
Sep 8, 2010
Messages
4,948
Reaction score
113
Points
43
Ajoi dan Professor...

Pada satu hari Ajoi ingin mendayung sampan ke seberang sungai, ketika hendak mula berdayung, seorang professor ingin menumpangnya untuk sama2 ke seberang sungai...

Ketika dalam perjalanan, berlakulah perbualan di antara mereka..

Ajoi : Salam, encik, saya tengok encik ni smart, pakai cermin mata, msti encik ni seorang yang bijak kan..

Professor : YA, memang saya bijak, lihat dari cara awk melihat saya, saya tau awk tidak berpelajaran tinggi, dan ketinggalan zaman.

Ajoi : merasakan dirinya terhina, Ajoi cuma mampu diam sahaja...

tidak lama kemudian, professor tersebut bersuara...

Professor : Adakah awk seorang yang rajin membaca buku???

Ajoi : Tidak, saya tidak pernah membaca buku apatah lagi membelinya kerana lebih baik duit saya digunakan untuk anak2 dan isteri saya makan, kerana hidup saya cuma kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang...

Professor : Ceh, pandai lak awk bercakap, klo mcm tu, awk telah kehilangan separuh daripada hidup awk selama ni, kerana ilmu itu amat bernilai...

Ajoi berkata dalam hati ( berlagak tol org tua ni)

Professor : Adakah awak juga mempunyai harta untuk kesenangan awk di masa hadapan???

Ajoi : Tidak, saya tidak mempunyai sebarang harta..

Professor : klo begitu, separuh lagi hidup awk hilang kerana awk akan terus hidup miskin selama-lamanya..

Ajoi berkata dalam hati ( terkena lagi aku )

tiba2, sampan yg dinaiki mereka terlanggar tunggul kayu dan pecah sedikit menyebabkan air masuk, Ajoi cuba membuang air tersebut tetapi ternyata usahanya sia2 sahaja...

Ajoi membuat keputusan untuk terjun ke dalam sungai dan berenang ke tepian, sebelum tu dia sempat bertanya kepada profesor tersebut?

Ajoi : Adakah professor tahu berenang?

Professor : Tidak, saya tidak tahu berenang..

Ajoi : Klo begitu, professor kehilangan seluruh kehidupan professor kerana buku dan harta professor tidak boleh membantu professor untuk menyelamatkan diri professor...Selamat jalan, professor....

Ajoi terus terjun ke sungai menyelamatkan dirinya daripada karam bersama-sama professor yg terkapai-kapai kelemasan...

sekian, moral of the story, setiap manusia mempunyai kelebihan mereka sendiri..:)
 
bagus untuk panduan..

thank TT
 
ketawa aku tp dlm ms yg same lawak ni ade perkara yg bgus utk kita fikir2kn n renung2kn...:)cgrock
 
Ajul biasa lawak..kali ni kisah teladan lak..haha
 
ajoi pintar....hahahahahahaha
 
naya....citer ni ditukar kepada ajoi plk....

tapi ajoi takkan la biarkan prof tu mati tenggelam begitu saja... :D
ajoi kan idola dalam CG ni..
hehe :D
 
alamak
nak kena belajar berenang ni
 
Back
Top
Log in Register