BTC USD 84,895.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ajinomoto dipasarkan sejak 1909

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date
Hari ini 114 tahun yang lalu, “Ajinomoto” ditemukan.

Suatu hari pada 1907, seorang profesor kimia di Tokyo Imperial University, Dr. Kikunae Ikeda sedang makan malam dengan keluarganya & tiba-tiba beliau berhenti. Hari itu, sup ‘dashi’ yang dimakannya dirasakan lebih sedap daripada biasa.

Beliau mendapati bahawa sup tersebut, yang dibuat dengan air rebusan ‘katsuobushi’ (kepingan ikan) & ‘kombu’ (sejenis rumpai laut), mempunyai rasa unik yang ketika itu masih belum diperjelaskan dengan sains, lain daripada rasa manis, masam, masin atau pahit.

Apabila Dr. Ikeda mengetahui bahawa 'kombu' adalah bahan yang memberi rasa yang dinamakannya sebagai ‘umami’ itu, beliau mula menyelidik komposisi kimia rumpai laut tersebut. Didapati bahawa rasa ‘umami’ itu datang dari asid glutamik, sejenis asid amino.

Sifat-sifat rasa pelbagai garam glutamat seperti kalsium, potasium, amonium & magnesium diselidik, hingga akhirnya beliau menemukan monosodium glutamat (MSG) sebagai bahan kimia yang menjadi 'rahsia' di sebalik rasa 'umami' tersebut.

Dr. Ikeda menamakan MSG sebagai “Aji-no-moto” yang bermaksud ‘intipati rasa’ (“essence of flavor”). Lantas ditubuhkan Ajinomoto Co, Inc. pada 1908 sebagai anak syarikat Suzuki Seiyakusho Co. yang ditubuhkan pada 1907 bersama Saburosuke Suzuki II.

Dr. Ikeda kemudian membangunkan proses penghasilan MSG secara besar-besaran & berjaya mengekstrak bahan itu daripada gandum & kacang soya yang dibuang lemak. Hari ini MSG dihasilkan daripada kanji jagung, tebu atau ubi bit yang tertapai.

Selepas mendapat paten pembuatan & pengesahan Kementerian Dalam Negeri Jepun bahawa bahan perasa itu tidak berbahaya kepada kesihatan & keselamatan, Ajinomoto mula dihasilkan di kilang di Zushi, Kanagawa pada 1909 & dijual pada Mei tahun itu.

Gambar: Botol Ajinomoto yang asal yang dijual pada 1909.

Sumber: Ajinomoto

#PeristiwaHariIni #Ajinomoto

FB_IMG_1658716639433.jpg
 
ada orang guna buh dalam racun rumput utk tambah power booster kesan racun tu pada rumput
 
saya tak boleh makan makanan yang campur benda ni...rambut gugur dan alergik...:D
 
Back
Top
Log in Register