BTC USD 84,703.7 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ajinomoto dipasarkan sejak 1909

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date
slalu kedai2 jual sup ke pe mmg msg banyak la pakai..aku dlu pon x reti jgk letak aji ni,tp lpas bni aku beli try letak bende ni,kadang xdela rasa efek sgt rasa masakan tu..ntahla aku lebih suke letak garam & gula je,adjust kat situ,aji ni scubit je
 
komplikated betul proses pembuatan ajinomoto ni.

memang semua MSG lebih kurang camni ke prosesnya ?
 
Aku kalau makan makanan yang ada Aji mesti sakit kepala..
 
kedai tomyam,sup2 mmg byk guna pak aji ni...
 
sori to say la, aku pandang kurang tinggi org yg masak pakai ajinomoto ni. Rasa kureng bagi aku. Setiap masakan akan diselaputi rasa ajinomoto. X best. Macam sup2 suma tu, kena rasa daging, halia, manis tulang, manis daging, masin daging, tu baru kick.

Ni kalau takat rasa ajinomoto jer, tak authentic la rasa dia. Dulu selalunya peniaga je pakai tok aji ni bagi sedap. Skarang, masak kat rumah pon ada yg pakai tok aji. Not my taste.
 
Mak aku mkn ok je pun, umur dah 70 lebih,rambut ada lg...aku je skrg ni x mkn aji,tp guna cukup rasa magi..ok ke?

itu msg siap tambahan bahan bwg bagai tu..sama je ada msg gak..
 
Topping the charts of dangerous additives is the deservedly maligned MSG, (monosodium glutamate), a known carcinogen, endocrine disrupter and killer of brain cells, which may also be linked to the development of cardiac problems, kidney problems, neurological disorders, Alzheimer's, Parkinson's and Lou Gehrig's disease.
Bahaya msg ni.. jgn consume selalu..
 
mak den gantikan aji dengan kiub ikan bilis...
 
Merungkai mitos: Bahaya ke makan Ajinamoto??

Dulu selalu kita ditakutkan bahawa makan banyak ajinamoto ataupun nama saintifiknya adalah Monosodium glutamate boleh menyebabkan kepala akan botak, masalah kesihatan, kanser dan sebagainya.

Tetapi benarkan dakwaan-dakwaan tersebut.

1. Monosodium Glutamate(MSG) sebenarnya terdiri daripada gabungan unsur Sodium(Na) dengan kompaun glutamatic acid. Kombinasi kedua-dua ini menghasilkan apa yang kita katakan sebagai Monosodium glutame

2. Unsur sodium juga terdapat di dalam garam dapur biasa. Nama kimianya kita panggil sebagai Sodium Chloride

3. Manakala, Glutamate pula berasal daripada Glutamic acid yang merupakan amino acid, bahan binaan kepada protein. Boleh diumpamakan protein ini adalah satu bangunan dan glutamic acid ini merupakan salah satu jenis batu bata yang membina bangunan tersebut

4. Glutamic acid banyak didapati daripada protein yang kita selalu makan. Begitu juga unsur sodium, kita juga banyak perolehinya dalam bahan masakan kita.

5. Nak bawa kefahaman yang kalau kita makan apa-apa pun tanpa menambah MSG drpd luar, ianya masih akan menambahkan kampoun sodium dan juga glutamic acid di dalam badan kita. Kalau nak cakap unsur sodium bahaya, sodium pun diperlukan untuk saraf berfungsi dengan normal. Glutamic acid pula diperlukan dalam pembinaan protein di dalam badan kita.

6. Apabila MSG di dalam masakan, ia akan terpecah menjadi ion sodium dan ion glutamate. Ion glutamate inilah yang menjadikan masakan itu terasa sedap. Lebih spesifik lagi ia dipanggil sebagai rasa Umami.

7. Ada juga beberapa jenis makanan lain yg mempunyai kandungan glutamic acid yg tinggi dan boleh memberikan rasa umami seperti cendawan, ikan, tomato dan beberapa jenis masakan lain

Berkenaan dengan perubatan
1. Ada khabar angin yang mengatakan pengambilan MSG boleh menyebabkan sakit kepala. Tetapi kajian menunjukkan perkara itu sesuatu yang inconclusive

2. Begitu juga dalam mengaitkan MSG dengan kanser. Tiada lagi kajian yang dapat menunjukkan MSG adalah sebahagian kompaun yang menyebabkan kanser

***Perkongsian ini bukanlah membenarkan anda menggunakan MSG sesuka hati. Setiap perkara ada batasannya. Begitu juga penggunaan MSG ini
***Kami melarang artikel ini digunakan oleh pihak lain. Jika nak berkongsi, tekanlah button share

Rujukan:
1. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/10736380
The safety evaluation of monosodium glutamate. Walker R1, Lupien JR. J Nutr. 2000 Apr;130(4S Suppl):1049S-52S.
2. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/16999713
Reconsidering the effects of monosodium glutamate: a literature review. Freeman M1.J Am Acad Nurse Pract. 2006 Oct;18(10):482-6.
 
aji yg black pepper tu ak xbole. mesti sakit kepala. kena migrain trus. entah apa la yg dorg letak dlm tu
 
Back
Top
Log in Register