BTC USD 81,405.8 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ajaran islam vs ajaran melayu

yg uruskan kenduri arwah ni sebenarnya jiran tetangga......
diorg yg persiapkan tuan rumah cuma bantu jerk.....
kalau jiran xamik tau sal kenduri tuan rumah xyah buat apa2 xpe......tp ni dianggap amalan sesat sbb xde dalam amalan melayu......

tu la pasal...kalau tak buat riuh satu malaysia la...silap silap kena viral...kalau aku meninggal family aku tak buat pun takpe...cuma aku berdoa anak anak aku akan tetap istiqamah hadiahkan aku al fatihah ..kalau free ngaji share dan niatkan untuk aku...hadiahkan puasa untuk aku...dan mendoakan aku...

kenduri kendara 7 hari..40 hari..100 hari akan menyusahkan anak bini aku aje..
 
Masa arwah atuk saya meninggal di KL, sedara2 saya lain bertegas mahu bawa balik ipoh. Padahal sunnah adalah di tanam di tempat berdekatan.
Bila kita argue, dikata sesat.
Padahal Nabi lahir di mekah dan wafat di madinah, di semadikan di madinah.

Begitu juga talkin. Kn tunggu jurutalkin dtg. Kn bayar lak tu. Bukankah ini membazir?
 
Copy paste dari group wassap

* Korang patut baca ni kalau rasa kau tu Melayu .*
[AJARAN ISLAM vs AJARAN MELAYU]

Gantikan rekacipta agama dengan sunnah

Bab kematian
===========

1. Mendengar berita kematian
--------------------------------
Melayuism/Nusantaraism : Alfatihah

Islam : Innalillahwainnalilahirojiun ( kalimah istirja')

2. Usung jenazah
----------------------------
Melayuism/Nusantaraism : Baca al fatihah sambil usung jenazah.
Jenazah akan ditanam di tempat yang keluarga request. Contoh meninggal dunia di sarawak, tapi disebabkan keluarga di selangor maka jenazah akan dibawa pulang ke selangor untuk dikebumikan.

Islam : Usung seperti biasa tanpa ada sebarang bacaan dan percepatkan hantar jenazah ke kuburan bukan perlambatkan dengan bacaan tertentu

Jenazah ditanam di tempat perkuburan yang paling hampir dengan jenazah yang meninggal dunia.

3. Tanam jenazah
-----------------------------
Melayuism/Nusantaraism

- Jirus air dengan jug yang diikat kain putih
- Tabur bunga
- Tabur batu

Islam :

Tiada sebarang jirusan air. Jika jirus air atas alasan untuk melembapkan tanah tidak mengapa namun jika air dijirus agar mayat sejuk maka ini kepercayaan yang merosakkan aqidah.

4. Kubur jenazah
---------------------------
Melayuism/Nusantaraism :

- Kubur dihias bagai pengantin
- Kubur ada bangunan
- Kubur ada nama, tarikh hidup dan mati
- Ada pakej upah baca Al Quran*
- Batu nisan 2
- Kubur dijadikan masjid tempat beribadah dan meminta
- Perlu beri wang kepada orang solat jenazah
- Perlu beri wang kepada penggali kubur
- Perlu sediakan wang sekurang kurangnya RM 1000

Islam :

- Kubur tidak ditinggikan malah diratakan, tiada hiasan.
- Kubur tiada bangunan
- Kubur tiada sebarang kapur, nama, tarikh hidup dan mati
- Tiada upah bacaan Al Quran di kuburan*
- Batu nisan 1
- Tempat beribadah di masjid bukan di kuburan
- Tiada wang pun diperlukan kerana tugas uruskan jenazah fardhu kifayah bagi umat islam.

5. Kenduri Arwah*
----------------------------
Melayuism/Nusantaraism :

Keluarga si mati buat upacara ritual kenduri bagi arwah dengan bacaan tertentu, doa tertentu, surah yasin sambil dihadiri tekong tahlilan arwah bagi mengisi perut tetamu dengan juadah makanan.

Dilakukan selama 7 hari, 40 hari dan 100 hari atas kepercayaan agar mayat tidak diseksa dan tidak disoal di dalam kubur.

Ritual seperti ini adalah milik agama hinduism.

Islam :

Tiada kenduri buat jenazah. Yang ada ialah mendoakan jenazah di mana saja berada.

Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa'fuanhu ( jenazah lelaki )

Allahummafirlaha warhamha waafihi wa'fuanha ( Jenazah wanita )

Jiran terdekat memberikan makanan kepada keluarga si mati kerana mereka sedang berada di dalam kesusahan dan kesedihan.

6.Talqin*
-------------
Melayuism/Nusantaraism :

Talqin akan dibaca di atas kubur oleh imam yang diupah. Imam akan berikan jawapan bocor kepada si mati untuk jawab soalan kubur. Imam dan makmum duduk di atas kubur sambil imam membaca talqin dengan menyebut nama fulan / fulanah binti ibu.

Islam :

Tidak ada sebarang talqin bocorkan jawapan kepada jenazah. Kerana jenazah sudah membawa amalannya sendiri untuk menjawab soalan di kubur.

Dilarang duduk di atas kuburan.

Nyatalah memang benar kata Rasullulah s.a.w

Innadina yusrun (agama itu mudah) namun umatmu yang jahat telah persulitkan dan merosakkan agama Allah yang suci ini lalu orang bukan islam memandang agama islam ini susah untuk diamalkan.

Bezakan agama ajaran nabi s.a.w dengan ajaran melayu ..

Saya tolong up kan. Peringatan berguna
 
tu la pasal...kalau tak buat riuh satu malaysia la...silap silap kena viral...kalau aku meninggal family aku tak buat pun takpe...cuma aku berdoa anak anak aku akan tetap istiqamah hadiahkan aku al fatihah ..kalau free ngaji share dan niatkan untuk aku...hadiahkan puasa untuk aku...dan mendoakan aku...

kenduri kendara 7 hari..40 hari..100 hari akan menyusahkan anak bini aku aje..

Betul tu. Cuma masyarakat kita akan mengata kat keluarga nanti. Benda berlaku kpd saya.
 
Susah.

Melayu dah 60 tahun kena brainwash dengan [STRIKE]UMNO[/STRIKE] doktrin Ketuanan Melayu (KM).

Insha-allah.

Pelan2 Islam ganti KM.

Akhlak Islam Vs Pe'el Melayu.

..satu lg..
Melayu jgn lupa..
Dok copy paste pe'el zionis..
Amal Sunnah..disitu ada kejayaan..:)paid
 
Bila tiada ilmu di dada, mmg akan mcm ni
 
Yg penting jangan tiru ajaran yahudi,nasrani,majusi,hindu,buddha,confucious dan seumpamanya...

Situasi sekarang dengan secara sedar ataupun tidak ada sebahagian org islam cenderung mengamal perbuatan org musyrik dengan membelakangkan dalil Al Quran,Sunnah nabi,ijmak ulamak dan qias...tu yg hadith lubang biawak ada sebut...
 
tq tt..

share la lg..nk tau lg nie..;lain2 bab plak...
 
Back
Top
Log in Register