BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ajaran islam vs ajaran melayu

tyco

Active+ Member
gem
Messages
4,115
Joined
Sep 16, 2010
Messages
4,115
Reaction score
1,680
Points
111
Copy paste dari group wassap

* Korang patut baca ni kalau rasa kau tu Melayu .*
[AJARAN ISLAM vs AJARAN MELAYU]

Gantikan rekacipta agama dengan sunnah

Bab kematian
===========

1. Mendengar berita kematian
--------------------------------
Melayuism/Nusantaraism : Alfatihah

Islam : Innalillahwainnalilahirojiun ( kalimah istirja')

2. Usung jenazah
----------------------------
Melayuism/Nusantaraism : Baca al fatihah sambil usung jenazah.
Jenazah akan ditanam di tempat yang keluarga request. Contoh meninggal dunia di sarawak, tapi disebabkan keluarga di selangor maka jenazah akan dibawa pulang ke selangor untuk dikebumikan.

Islam : Usung seperti biasa tanpa ada sebarang bacaan dan percepatkan hantar jenazah ke kuburan bukan perlambatkan dengan bacaan tertentu

Jenazah ditanam di tempat perkuburan yang paling hampir dengan jenazah yang meninggal dunia.

3. Tanam jenazah
-----------------------------
Melayuism/Nusantaraism

- Jirus air dengan jug yang diikat kain putih
- Tabur bunga
- Tabur batu

Islam :

Tiada sebarang jirusan air. Jika jirus air atas alasan untuk melembapkan tanah tidak mengapa namun jika air dijirus agar mayat sejuk maka ini kepercayaan yang merosakkan aqidah.

4. Kubur jenazah
---------------------------
Melayuism/Nusantaraism :

- Kubur dihias bagai pengantin
- Kubur ada bangunan
- Kubur ada nama, tarikh hidup dan mati
- Ada pakej upah baca Al Quran*
- Batu nisan 2
- Kubur dijadikan masjid tempat beribadah dan meminta
- Perlu beri wang kepada orang solat jenazah
- Perlu beri wang kepada penggali kubur
- Perlu sediakan wang sekurang kurangnya RM 1000

Islam :

- Kubur tidak ditinggikan malah diratakan, tiada hiasan.
- Kubur tiada bangunan
- Kubur tiada sebarang kapur, nama, tarikh hidup dan mati
- Tiada upah bacaan Al Quran di kuburan*
- Batu nisan 1
- Tempat beribadah di masjid bukan di kuburan
- Tiada wang pun diperlukan kerana tugas uruskan jenazah fardhu kifayah bagi umat islam.

5. Kenduri Arwah*
----------------------------
Melayuism/Nusantaraism :

Keluarga si mati buat upacara ritual kenduri bagi arwah dengan bacaan tertentu, doa tertentu, surah yasin sambil dihadiri tekong tahlilan arwah bagi mengisi perut tetamu dengan juadah makanan.

Dilakukan selama 7 hari, 40 hari dan 100 hari atas kepercayaan agar mayat tidak diseksa dan tidak disoal di dalam kubur.

Ritual seperti ini adalah milik agama hinduism.

Islam :

Tiada kenduri buat jenazah. Yang ada ialah mendoakan jenazah di mana saja berada.

Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa'fuanhu ( jenazah lelaki )

Allahummafirlaha warhamha waafihi wa'fuanha ( Jenazah wanita )

Jiran terdekat memberikan makanan kepada keluarga si mati kerana mereka sedang berada di dalam kesusahan dan kesedihan.

6.Talqin*
-------------
Melayuism/Nusantaraism :

Talqin akan dibaca di atas kubur oleh imam yang diupah. Imam akan berikan jawapan bocor kepada si mati untuk jawab soalan kubur. Imam dan makmum duduk di atas kubur sambil imam membaca talqin dengan menyebut nama fulan / fulanah binti ibu.

Islam :

Tidak ada sebarang talqin bocorkan jawapan kepada jenazah. Kerana jenazah sudah membawa amalannya sendiri untuk menjawab soalan di kubur.

Dilarang duduk di atas kuburan.

Nyatalah memang benar kata Rasullulah s.a.w

Innadina yusrun (agama itu mudah) namun umatmu yang jahat telah persulitkan dan merosakkan agama Allah yang suci ini lalu orang bukan islam memandang agama islam ini susah untuk diamalkan.

Bezakan agama ajaran nabi s.a.w dengan ajaran melayu ..
 
adat bangsa lain zaman dulu ada jugak susah mau buang.nanti saudara mara kata tak ikut adat pulak.
 
make sure TT wasiatkan kepada sedara mara bahawa TT nak ikut mana 1. senang sket nt.
 
Perghhh...memang terasa banyak nak pakai duit,ribu ribu keluar kalau guna adat semata...

Cuba la kasi adaptkan pelan pelan bab yg menjimatkan dengan terapkan syariah compliant sekali...
 
Bagus topik ni TT sebab boleh muhasabah diri yang kita ni jenis islam i.c atau yang memahami islam.
#Sedih kat i.c tulis agama islam tapi huruf hijaiyah pon tak kenal,apatah lagi memahami rukunnya
#Belajar dengan guru yang mursyid bukan dengan guru yang musyrik atau dengan tuhan google
 
Last edited:
Susah.

Melayu dah 60 tahun kena brainwash dengan [STRIKE]UMNO[/STRIKE] doktrin Ketuanan Melayu (KM).

Insha-allah.

Pelan2 Islam ganti KM.

Akhlak Islam Vs Pe'el Melayu.
 
aku dah maklum pada wife dan keluarga nanti aku dah tiada, tak payah buat kenduri pa bagai, talkin pun sama. cuma doa yang baik2 sahaja.
 
memang betul dah jadi amalan org melyu menda2 ni . bab kenduri arwah 7,40,100 tu amat membebankan..dah la tengah bersedih kehilangan ahli keluarga, kena keluar belanja yg bukan sedikit utk urus kenduri,tahlil etc
bab bacaan talkin dan soalan bocor sebenarnya bukan utk simati, tapi peringatan bagi yg masih hidup..walaupun bukan amalan nabi, tapi tidak bertentangan ngan syariat..
 
Back
Top
Log in Register