BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ajal Ke Tempat Kerja

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
01.06.2019 - Ipoh, Lelaki maut selepas motosikal ditungganginya dipercayai dirempuh kereta dalam kemalangan di Jalan Bercham - Tanjung Rambutan berhampiran Bandar Baru Putra, di Ipoh, semalam.

Dalam kejadian 2.10 petang itu, mangsa Amzan Zaini Zul Kapli, 36, meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu kereta berkenaan cedera.

Difahamkan, mangsa dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Hospital Bahagia Ulu Kinta.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z dalam perjalanan dari Bercham menghala ke Tanjung Rambutan, manakala kereta berkenaan dari arah bertentangan.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian kereta jenis Nissan Sunny dipandu lelaki memasuki laluan mangsa sebelum merempuh motosikal berkenaan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu kereta cedera,” katanya.

Mohd Ali berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat, manakala mangsa yang cedera dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

“Siasatan di lokasi kejadian mendapati motosikal dinaiki mangsa mengalami kerosakan teruk di beberapa bahagian termasuk pemegang manakala rim motosikal patah.

“Kereta berkenaan mengalami kerosakan di bahagian hadapan termasuk cermin hadapan pecah dan bumper hadapan kemek.

“Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.


Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/06/461509/ajal-ke-tempat-kerja
 
al-fatihah buat mangsa.... :(

alhamdulillah, ceq selamat dlm perjalan ke tempat kerja pagi ni..
semoga selamat pulang kembali di samping kurga tersayang...
 
Innalillah..berita sedih kemalangan maut nk bertugas menjelang aidilfitri.
 
Dirempuh kereta..yg pasti waris kehilangan anggota keluarga dh..yg langgar trus hidup dan bole sambut raya
Alfatihah utk arwah
 
Back
Top
Log in Register