Ada orang yang tak berapa tahu akan agama islam mempertikaikan akan keberkatan air yassin yang di buat air penawar atau air penerang hati orang2 islam. Arguementnya berbunyi begini: bangsa asing bukan islam tak payah minum air yassin pun lulus cemerlang sebaliknya orang melayu islam minum air yassin tak lulus periksa. Apa pandangan anda
Semuanya berbalik kepada tujuan orang melayu memulakan tradisi meminum air yassin.
saya sebut sebagai "orang melayu" instead of "orang islam" supaya perkara ini dilihat dalam skop kita di nusantara, supaya lebih mudah menilai secara retrospektif.
bangsa kita dahulunya punya ragam sendiri sebagai hindu dan animis. kita dahulu percaya dengan jampi serapah dan amalan lain yang telah dicap sebagai khurafat dalam islam.
masih ada lagi yang meminum air jampi instead of air yassin, sebelum periksa. terutamanya di kawasan pedalaman atau bagi melayu yang otaknya masih totok. mereka sangat yakin dengan amalan tersebut dan malah meyakini bahawa air tersebut yang mempunyai kuasa. perkara ini sendiri berlawanan dengan prinsip dan konsep dalam amalan sepertinya di dalam islam. nah, ini retrospektifnya.
sekarang kita lihat dari sisi semasa, iaitu dalam melayu moden sebagai sebahagian dari ummat islam.
kalau dulu kita minum air, sekarang kita minum air.
kalau dulu kita jampi, sekarang kita bacakan yassin.
kalau dulu kita percaya air tersebut yang akan membantu kita, nah, yang ini panjang sikit. kita buka perenggan baru....
keindahan islam salah satunya terletak dalam falsafahnya, iaitu bagaimana islam memetakan kehidupan kita di dunia dan bagaimana pula tuhan itu sentiasa ada, mempengaruhi & menentukan kejadian dalam kehidupan.
air yassin di minum bukan dalam erti memakan pil perubatan moden (ini satu hal lain, takpe, abaikan dulu). air yassin di minum atas dasar berkah. dengan harapan berkah itu menemani si peminumnya. dan berkah itu pula bukan kerana ayat yassin itu sendiri mempunyai kuasa, tetapi kerana dijanjikan oleh sang pencipta yang Maha Kuasa sebagai diberkati oleh-Nya.
in the end, amalan meminum Yassin itu bukan untuk menjadi pandai, tapi untuk berkat. semoga dengan berkat-Nya perjalanan hidup si peminum, walau apa destinasinya, di permudahkan oleh-Nya.
bagi yang faham, mungkin menyampah reply yang panjang ni. Tapi jika "semua" orang faham, tidak timbul soalan dari TS. saya faham, zaman sekarang melayu sedikit detached dari root-nya. dan jawapan ini adalah untuk mereka yang tidak faham.
dan sekarang perihal berkat.
orang Islam sejati, walau apa pun outcome peperiksaannya nanti, akan redha dan puas setelah mencuba yang terbaik, kerana dia mengetahui usahanya berjalan dengan berkat ilahi. yang penting, berkat.
sekarang cuba bezakan pula dengan orang kafir.
orang islam yang hilang kesedaran tentang hakikat ini, dia telah kehilangan satu kekuatan orang muslim. bagaimana, anda fikir, para mujahideen dapat survive kemenangan dan kekalahan setiap skirmish?
cuba lihat video perang para mujahideen. lihat ketenangan di wajah mereka sewaktu melancarkan serangan. tenang setenang wajah beliau bersolat subuh.
konsep berkat menjadikan seorang muslim tidak pernah sunyi.