akudotcom
CG Hardcore Club

- Messages
- 61,479
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 61,479
- Reaction score
- 7,005
- Points
- 881
Soalan
Assalamualaikum ustaz. Adakah perbuatan menelan air liur itu dikira termasuk dalam perkara yang membatalkan puasa?
Jawapan
Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.
Menelan Air Liur Ketika Berpuasa
Dalam menjawab persoalan di atas, kami nyatakan seperti berikut:
Perlu dijelaskan terlebih dahulu, bahawa maksud air liur adalah air yang berada di dalam mulut selama mana ia berada di dalamnya. Sebaliknya, jika ia telah dikeluarkan daripada mulut, maka ia disebut sebagai ‘بُصاق’ (air liur yang telah diludahkan).
Secara asasnya, isu ini tidak dibahaskan dengan begitu mendalam oleh kalangan para fuqaha’. Ini kerana secara umumnya mereka hanya mengulas isu menelan air liur dan juga isu mengumpul air liur lalu menelannya.
Dalam menjelaskan isu ini, Imam al-Nawawi menyebut: ‘لَوِ ابْتَلَعَ مِنْهُ الرِّيقَ لَا يُفْطِرُ’ (Sekiranya ditelan air liur, maka ia tidaklah membatalkan puasa.) [8]
Selain itu, persoalan ini turut dijelaskan dalam kitab yang menghimpunkan fatwanya, yang disebut dengan Fatawa al-Nawawi seperti berikut: Apabila seseorang yang berpuasa itu merasa makanan dan tidak menelannya, atau dia mengunyah roti dan selainnya namun tidak menelannya, atau seseorang itu mengumpulkan air liur di dalam mulutnya, atau seekor lalat masuk ke dalam rongganya tanpa sebarang kehendak darinya, atau dia sedang mengadun gandum atau tepung dan selainnya lalu dia membuka mulutnya dan masuk sedikit daripada debu-debu, atau tertelan air berkumur atau istinsyak tanpa dia berlebihan (dalam perbuatan tersebut), adakah ini membatalkan puasa? Jawapannya, kesemuanya ini tidak membatalkan puasa. [9]
Malah, Imam al-Nawawi turut menukilkan berkenaan ijma’ (kesepakatan) tentang perkara ini. Dalam kitab al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, beliau menyebut: “Menelan air liur tidak membatalkan puasa berdasarkan ijma’ sekiranya ia dilakukan secara adat. Ini kerana kesukaran untuk mengelakkan dari melakukannya.”
Beliau turut menyatakan tiga syarat yang menjadikan menelan air liur tidak membatalkan puasa. Ketiga-tiga syarat tersebut boleh diringkaskan seperti berikut:
Air liur itu adalah semata-mata air liur. Jika air liur itu bercampur dengan sesuatu dan berubah warnanya, maka batal puasa sekiranya ia ditelan.
Air liur itu ditelan melalui bahagian salurannya. Jika air liur telah keluar daripada mulutnya, kemudian dia memasukkannya semula melalui lidahnya atau selain lidahnya lalu dia menelannya, maka ini membatalkan puasa.
Air liur itu ditelan secara normal (adat kebiasaan). Jika air liur itu dihimpunkan (di dalam mulutnya) dengan sengaja, lalu dia menelannya, adakah ia membatalkan puasa? Maka ada dua pendapat yang masyhur dalam mazhab Al-Syafi’e dan yang sahihnya ia tidak membatalkan puasa. [10]
Hal ini juga juga adalah sepertimana diterangkan oleh Ibn Qudamah dalam kitabnya al-Mughni. Kata beliau: “Bagi sesuatu yang tidak dapat dielakkan seperti menelan air liur, maka ia tidaklah membatalkan puasa. Hal ini kerana menahan dari hal tersebut adalah menyukarkan. Perkara ini samalah seperti debu-debu jalanan dan juga debu-debu tepung. Jika seseorang itu mengumpulkan air liur kemudian dia menelannya dengan sengaja, maka yang demikian juga tidak membatalkan puasanya.” [11]
Selain itu, pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji menyebut: Puasa tidak batal jika lalat, agas atau debu jalan masuk ke dalam rongga. Ini kerana ia sukar untuk mengelakkannya. Begitu juga halnya jika tertelan air liur. Walau bagaimanapun, puasa akan batal sekiranya air liur yang ditelan bercampur dengan najis. Contohnya, seseorang yang mengalami gusi berdarah dan menelan air liurnya tanpa membasuh mulutnya dahulu, sekalipun air liurnya itu kelihatan putih.
Jika dia berkumur atau yang dimasukkan ke dalam hidung ketika berwudhu’, sampai ke dalam rongga, ia tidak membatalkan puasa sekiranya kedua-dua perbuatan tersebut dilakukan tidak berlebih-lebihan. Sebaliknya, jika dilakukan berlebih-lebihan, puasanya menjadi batal disebabkan membuat perkara yang ditegah ketika berpuasa. Begitu juga, sisa-sisa makanan dicelah-celah gigi yang tertelan bersama air liur, tidak membatalkan puasa sekiranya susah membeza dan meludahkannya kerana ada halangan dan tanpa kecuaiannya. Jika tiada kesulitan sedemikian, puasanya batal disebabkan kecuaiannya.” [12]
Kesimpulan
Berdasarkan nas dan keterangan di atas, kami nyatakan bahawa isu menelan air liur ini termasuk dalam umum al-balwa (perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan). Hal ini samalah seperti menghidu wangi-wangian dan debu-debu jalanan, di mana kesemuanya tidak membatalkan puasa.
Oleh itu, menelan air liur secara umum tidaklah membatalkan puasa. Adapun berkenaan perbuatan menghimpunkan air liur di dalam mulut, kemudian ditelan air liur tersebut, maka sebahagian ulama’ menghukumkannya sebagai makruh. Manakala jika air liur itu telah dikeluarkan daripada mulut, kemudian dia memasukkan dan menelannya semula, maka inilah yang membatalkan puasa.
Wallahu a’lam.