BTC USD 83,006.6 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AIR YASSIN-kontraversi

pada aku...
belajar tetap kena blajar...

air yasin sebagai ikhtiar dgn cara bermohon kepada Allah
mudah2an diterangkan hati supaya mudah menerima pelajaran dsbnya...

kan ke Islam menganjurkan penganutnya berikhtiar & berdoa kepada Allah... ? doa senjata seorang mukmin...
 
Yap bro ExAvantz...

Tidak dinafikan lagi kata2 mu itu...Doa itu senjata org mukmin... tp ramai org tak nak berdoa.. KENAPA YERRRR!!!!!:o
 
bg aku simple je..

berdoa tp malas berusaha, mmg x guna langsung.. :)
 
Yap bro ExAvantz...

Tidak dinafikan lagi kata2 mu itu...Doa itu senjata org mukmin... tp ramai org tak nak berdoa.. KENAPA YERRRR!!!!!:o

pada ambo camna tak nak berdoa... ?

1. sombong dan angkuh
2. x solat... :D
 
pendapat aku... Allah Maha Adil sbb di dunia ni Dia memberikan kemewahan dan kenikmatan dunia kpd mereka yg kufur dan kafir, di akhirat pulak mereka ini akan dijadikan kayu api... kan adil namanya tu!
 
kalau berusaha tapi tak berdoa tak berjaye jugak,

kalau berdoa tapi tak berusaha tak berjaye jugak,

jadi kene lagi berusaha dan berdoa...barulah direstui Allah sbt.

:D
 
pendapat aku... Allah Maha Adil sbb di dunia ni Dia memberikan kemewahan dan kenikmatan dunia kpd mereka yg kufur dan kafir, di akhirat pulak mereka ini akan dijadikan kayu api... kan adil namanya tu!

btul. sbb tu ada Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kafir hanya dpt satu je tp kita Islam dpt dua2.

Allah tak perlu nak seksa org kafir didunia sbb nak tunjukkan kewujudan-Nya sbb Allah telah katakan bahawa Kiamat itu pasti.

dan kadang2 kita tgk org kafir lg kaya dan bahagia dr kita. itu sbb ALLAH itu Maha Adil dan semuanya SUNATULLAH. sblm pokok bleh berbuah, dia mesti jd anak pokok dahulu, walaupun ALLAH Berkuasa untuk menjadikannya terus berbuah tp ALLAH tidak berbuat begitu.

begitu jgk dgn kejayaan dan kekayaan. Allah dah tentukan kalo nak kaya, kena rajin kerja. nak pandai kena rajin belaja. tu semua SUNATULLAH. walaupun ALLAH mampu menjadikan kita org ISLAM kaya dengan hanya mengatakan KUN FA YAKUN tp ALLAH tidak akan berbuat begitu kerana itu bukan SUNATULLAH.

sbb tu bila ada org ckp kubur berasap la, mayat jd anjing la, aku susah nak percaya sbb benda tu dah langgar SUNATULLAH.
 
huahuahauha... aku baru bgn dari mental yang rapuh...sebelum ni aku dok pikir, nape ek org bukan islam leh bahagia, leh kaya, ade pangkat tinngi dari aku, leh rase air ujan, leh rase semua yang kite rase, so dimanakah letak nye Islam ade lah agama yang benar, so dekat 2 bulan aku dok pikir, dok mintak Die tunjukkan lah aku..so satu hari, aku ade lah sembang ngan mamat rock ni kat kedai kopi, memang rock abih lah beb... mencarut sentiase...so aku pun bukak lah cte...pasal kebingungan aku tu...so die bg aku kunci kete die, die suh aku ami terjemahan al quran dalam kete die...die terus bukak surah ni... Al Hijr

Orang-orang yang kafir itu sering kali (nanti di akhirat) menginginkan, kiranya mereka dahulu (di dunia) menjadi orang-orang muslim.

Biarkanlah mereka (di dunia ini) makan dan bersenang-senang dan dilalaikan oleh angan-angan (kosong), maka kelak mereka akan mengetahui (akibat perbuatan mereka).


Alhamdulillah aku dah `Bangun` balik... so die cakap, rajin2 lah bukak terjemahan....
 
Ada orang yang tak berapa tahu akan agama islam mempertikaikan akan keberkatan air yassin yang di buat air penawar atau air penerang hati orang2 islam. Arguementnya berbunyi begini: bangsa asing bukan islam tak payah minum air yassin pun lulus cemerlang sebaliknya orang melayu islam minum air yassin tak lulus periksa. Apa pandangan anda

Semuanya berbalik kepada tujuan orang melayu memulakan tradisi meminum air yassin.

saya sebut sebagai "orang melayu" instead of "orang islam" supaya perkara ini dilihat dalam skop kita di nusantara, supaya lebih mudah menilai secara retrospektif.

bangsa kita dahulunya punya ragam sendiri sebagai hindu dan animis. kita dahulu percaya dengan jampi serapah dan amalan lain yang telah dicap sebagai khurafat dalam islam.

masih ada lagi yang meminum air jampi instead of air yassin, sebelum periksa. terutamanya di kawasan pedalaman atau bagi melayu yang otaknya masih totok. mereka sangat yakin dengan amalan tersebut dan malah meyakini bahawa air tersebut yang mempunyai kuasa. perkara ini sendiri berlawanan dengan prinsip dan konsep dalam amalan sepertinya di dalam islam. nah, ini retrospektifnya.

sekarang kita lihat dari sisi semasa, iaitu dalam melayu moden sebagai sebahagian dari ummat islam.

kalau dulu kita minum air, sekarang kita minum air.
kalau dulu kita jampi, sekarang kita bacakan yassin.
kalau dulu kita percaya air tersebut yang akan membantu kita, nah, yang ini panjang sikit. kita buka perenggan baru....

keindahan islam salah satunya terletak dalam falsafahnya, iaitu bagaimana islam memetakan kehidupan kita di dunia dan bagaimana pula tuhan itu sentiasa ada, mempengaruhi & menentukan kejadian dalam kehidupan.

air yassin di minum bukan dalam erti memakan pil perubatan moden (ini satu hal lain, takpe, abaikan dulu). air yassin di minum atas dasar berkah. dengan harapan berkah itu menemani si peminumnya. dan berkah itu pula bukan kerana ayat yassin itu sendiri mempunyai kuasa, tetapi kerana dijanjikan oleh sang pencipta yang Maha Kuasa sebagai diberkati oleh-Nya.

in the end, amalan meminum Yassin itu bukan untuk menjadi pandai, tapi untuk berkat. semoga dengan berkat-Nya perjalanan hidup si peminum, walau apa destinasinya, di permudahkan oleh-Nya.

bagi yang faham, mungkin menyampah reply yang panjang ni. Tapi jika "semua" orang faham, tidak timbul soalan dari TS. saya faham, zaman sekarang melayu sedikit detached dari root-nya. dan jawapan ini adalah untuk mereka yang tidak faham.

dan sekarang perihal berkat.

orang Islam sejati, walau apa pun outcome peperiksaannya nanti, akan redha dan puas setelah mencuba yang terbaik, kerana dia mengetahui usahanya berjalan dengan berkat ilahi. yang penting, berkat.

sekarang cuba bezakan pula dengan orang kafir.

orang islam yang hilang kesedaran tentang hakikat ini, dia telah kehilangan satu kekuatan orang muslim. bagaimana, anda fikir, para mujahideen dapat survive kemenangan dan kekalahan setiap skirmish?

cuba lihat video perang para mujahideen. lihat ketenangan di wajah mereka sewaktu melancarkan serangan. tenang setenang wajah beliau bersolat subuh.

konsep berkat menjadikan seorang muslim tidak pernah sunyi.
 
Berita Terbaru D Ng Perlis Jangan Kata Nak Minum Baca Yssin Pun D Larang Sekarang Ni Astagaf
 
Back
Top
Log in Register