BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ahmad Radhi Dilantik Ketua Pengarah APAD

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80
b0d89f7e7e9d7c46033316e4fd0c916a699d2ba44b93c

Ahmad Radhi Maarof

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) mengumumkan pelantikan Ahmad Radhi Maarof sebagai Ketua Pengarah baharu berkuat kuasa hari ini.

APAD dalam kenyataan memaklumkan pelantikan itu selaras dengan komitmen berterusan kerajaan untuk memperkukuh tadbir urus, memastikan kesinambungan kepimpinan organisasi serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan pengangkutan awam darat negara.

“Dengan kepimpinan, pengalaman luas dan kepakaran teknikal yang dimiliki, beliau diyakini mampu menerajui APAD ke arah memperkasakan sistem pengangkutan awam darat yang lebih efisien, bersepadu, mampan dan berfokuskan rakyat selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI,” menurut kenyataan itu.

Ahmad Radhi, 53, yang berpengalaman lebih 25 tahun dalam bidang perancangan bandar dan pengangkutan serta transformasi sistem pengangkutan awam darat, pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) APAD selama tujuh tahun.

Kerjaya beliau bermula sebagai Perunding Perancang Bandar melibatkan penyediaan kajian Rancangan Struktur Negeri dan Rancangan Tempatan Daerah (1999–2012), sebelum menyertai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada 2012.

Sepanjang tempoh di SPAD dan seterusnya di APAD, beliau terlibat secara langsung dalam penyediaan Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat, pelaksanaan program bas henti-henti (SBST) di sembilan lokasi ibu negeri, serta pemantauan projek keretapi dan teknologi bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam darat.

Selepas penubuhan APAD pada 2019, Ahmad Radhi dilantik sebagai Pengarah Bahagian Perancangan Polisi Mod Jalan sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) mulai 10 Feb 2024.

 
Back
Top
Log in Register