hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 26,252
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 26,252
- Reaction score
- 1,660
- Points
- 201
Kuala Lumpur: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Ahmad Idham Ahmad Nadzri dilantik sebagai Setiausaha Kebudayaan, Kementerian Luar Negeri berkuatkuasa, hari ini
Selain Ahmad Idham, penerbit dan pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof pula dilantik sebagai Perunding Kreatif.
Pengumuman itu dilakukan Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah di Wisma Putra, Putrajaya, sebentar tadi
Saifuddin berkata, Ahmad Idham dilantik kerana berpengalaman luas selama 25 tahun dalam industri kreatif, termasuk memenangi anugerah antarabangsa di Pesta Filem Chunsa Korea pada 2018.
Manakala, Eizlan pula tidak asing dalam industri dan pernah berkhidmat dalam pelbagai kapasiti serta memenangi pelbagai anugerah di peringkat tempatan dan antarabangsa
"Pelantikan mereka selaras dengan objektif membangunkan Diplomasi Budaya Malaysia di bawah Kerangka Dasar Luar Malaysia. Ia bagi tujuan mewujudkan kaedah baharu mempamerkan identiti dan nilai kebangsaan, di samping memaparkan nilai kepelbagaian budaya serta menggalakkan promosi dan pertukaran budaya
"Saya yakin bahawa Ahmad Idham dan Eizlan dapat melaksanakan tanggungjawab dengan dedikasi dan jayanya," kata Saifuddin
*Hmetro