BTC USD 61,923.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ahmad Idham, Eizlan sertai Wisma Putra

PRU15 : 'Kalau menang, saya berundur daripada dunia seni'​


Ahmad Idham (kanan) dan Eizlan Yusof diumum calon GTA kerusi Parlimen Port Dickson dan Sabak Bernam.
Ahmad Idham (kanan) dan Eizlan Yusof diumum calon GTA kerusi Parlimen Port Dickson dan Sabak Bernam.





KUALA LUMPUR: Calon Gerakan Tanah Air (GTA) kerusi Parlimen Sabak Bernam, Datuk Seri Eizlan Yusof akan berundur daripada dunia seni jika memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Eizlan, 51, yang bertanding atas tiket Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) mahu memberi fokus kepada masalah dan keperluan masyarakat Sabak Bernam jika terpilih menjadi ahli Dewan Rakyat.

Eizlan yang dilantik Ketua Penerangan PEJUANG Kuala Lumpur mempunyai beberapa perancangan untuk masyarakat Sabak Bernam.

"Saya tidak boleh jangka apa yang bakal berlaku. Tetapi, jika penduduk Sabak Bernam beri peluang, saya akan bercuti daripada industri seni bagi memberi fokus kepada mereka.

"Saya hanya mahu bekerja. Disebabkan itu, saya tiada manifesto. Namun, saya ada beberapa perancangan untuk warga Sabak Bernam.




Enggan menjanjikan bulan dan bintang, Eizlan mahu berjumpa penduduk Sabak Bernam bagi mendengar permasalahan mereka. Foto Ihsan Eizlan Yusof
Enggan menjanjikan bulan dan bintang, Eizlan mahu berjumpa penduduk Sabak Bernam bagi mendengar permasalahan mereka. Foto Ihsan Eizlan Yusof




"Semua ini saya dedahkan apabila berjumpa dengan penduduk," katanya kepada BH Online.

Pada majlis pengumuman calon PRU15 GTA-PEJUANG hari ini, pelakon dan pengarah, Ahmad Idham Ahmad Nadzri serta Eizlan diumumkan calon GTA bagi PRU15.

Ahmad Idham dan Eizlan daripada badan bukan kerajaan (NGO) Gagasan Bangsa, masing-masing akan bertanding di Parlimen Port Dickson dan Sabak Bernam, atas tiket PEJUANG.

Selain dua selebriti itu, pelakon Azlan Sani Zawawi atau lebih dikenali sebagai Lando dilaporkan turut dicalonkan bagi Parlimen Tanjung Karang.

Eizlan berkata, beliau tidak mahu menjanjikan bulan dan bintang, namun, percaya, apa yang penting adalah memastikan kemakmuran dan kesejahteraan penduduk Sabak Bernam.

"Niat saya hanyalah untuk bekerja, sebab itu saya tidak mengeluarkan sebarang manifesto kerana belum tentu dapat dilaksanakan.

"Lebih baik saya dengar keluhan mereka dan selesaikan masalah bersama-sama. Itu lebih penting daripada menjanjikan bulan dan bintang," katanya.

Eizlan menganggap pemilihannya sebagai calon GTA bagi PRU15 sebagai tanggungjawab besar yang harus dipikul demi bangsa dan negara.

"Saya harap pembabitan saya dalam politik memberi manfaat kepada semua, terutama Parlimen Sabak Bernam," katanya.
 
Back
Top
Log in Register