BTC USD 63,377.6 Gold USD 4,326.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ahli perniagaan lepas, bebas edar methamphetamine

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
ONG_TONG_CHUAN___MAHKAMAH_TINGGI_PULAU_PINANG_1574406179.jpg

Ong dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mengedar methamphetamin oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Georgetown hari ini. Foto Mikail Ong











AHLI perniagaan dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan memiliki 8,736.76 gram (g) methamphetamine oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di Georgetown hari ini.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membuat keputusan di akhir kes pendakwaan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie ke atas kes.

Tertuduh Ong Tong Chuan, 47, yang memakai baju biru lusuh kelihatan sebak sebaik mendengar keputusan itu.

Ahmad Shahrir ketika membacakan penghakimannya mendapati pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan kesemua dadah yang terdapat di dalam kedai lokasi tertuduh ditahan adalah miliknya.

Menurutnya, keterangan saksi pendakwaan selepas disoal balas peguam juga membuktikan bahawa kesemua bekas bungkusan dadah itu sudah berada di situ ketika tertuduh diberkas polis.

Katanya, selain itu mahkamah juga dimaklumkan bahawa bungkusan bekas silinder yang mengandungi kesemua dadah ditemui juga tidak mempunyai cap jari tertuduh.

“Walaupun pihak pendakwaan berjaya memperoleh profil tertuduh pada puntung rokok tetapi mereka gagal mengemukakan lokasi puntung rokok itu diperoleh.

“Oleh yang demikian selepas mengambil kira keterangan saksi, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie ke atas tertuduh.

“Oleh itu mahkamah membuat keputusan untuk melepaskan dan membebaskan tertuduh daripada semua pertuduhan,” katanya.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 8,736.72 g pada 10.40 pagi, 13 Januari 2013 di sebuah kedai pajak gadai di Taman Usahaniaga, Bukit Mertajam.

Lelaki berkenaan didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum gantung sampai mati, jika disabitkan kesalahan.

Tertuduh diwakili Datuk Ranjit Singh Dhillon manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Noor Azura Zulkifli.









sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/...gaan-lepas-bebas-edar-methamphetamine-metrotv
 
dah memang patut bebas... bebas la dia
lainlah kalau ujian air kencing mmg tunjukkan dia kaki 5
tak semestinya dadah di premis itu adalah kepunyaan dia
kalau mcm tu
org dengki dgn kita
bubuh satu beg plastik 5
Letak kat tpt parking rumah
Polis dtg serbu
Terus g tali gantung
Punah hidup mcm tu

Bukan senang nak sabitkan kesalahan
Jika dah mmg terbukti dia kaki 5...terbukti barang itu milik dia... itu lain
 
Dadah jumpa dalam kedai pajak gadai, lemah benar sekuriti kedai pajak gadai dia kalau orang lain selamba je boleh masuk letak dadah. :ROFLMAO:
 
Back
Top
Log in Register