BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ahli Parlimen Diminta Kemuka Laporan Kesihatan Sebelum 30 Okt - Speaker

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Ahli Parlimen Diminta Kemuka Laporan Kesihatan Sebelum 30 Okt - Speaker​

059e3aeb82bf9bf0107866716348b6ae6a4dc32465c52

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Dr Johari Abdul meminta semua Ahli Parlimen mengemukakan laporan kesihatan masing-masing, selewat-lewatnya pada 30 Okt ini.

Beliau berkata langkah itu penting, supaya pihak Parlimen mempunyai maklumat awal mengenai tahap kesihatan setiap wakil rakyat, sekali gus memudahkan tindakan segera sekiranya berlaku kecemasan perubatan.

“Laporan kesihatan Yang Berhormat ini penting untuk kita ada di Parlimen, sebab kalau apa-apa jadi kepada Yang Berhormat, kita dah ada maklumat awal.

“Jadi kalau pun kita terpaksa menghantar Yang Berhormat ke hospital, maklumat yang ada pada kita itu terus kita hantar ke hospital,” katanya sebelum memulakan sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat hari ini.

Johari berkata Ahli Parlimen yang memilih untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di luar Parlimen juga dibenarkan berbuat demikian.

Bagaimanapun, beliau meminta agar laporan atau dokumen pemeriksaan itu diserahkan kepada doktor bertugas di Parlimen, untuk tujuan rekod dan simpanan.

Pada 8 Julai, Johari mengingatkan Ahli Parlimen supaya mengambil serius pemeriksaan kesihatan berkala, susulan seorang wakil rakyat dilaporkan menerima rawatan di Institut Jantung Negara.

 
Back
Top
Log in Register