kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,698
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,698
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Kredit: FB - Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan nasihat tegas kepada Panglima Tentera Darat (PTD) baharu, Jeneral Datuk Azhan Md Othman, supaya memastikan seluruh warga Tentera Darat Malaysia (TDM) berpegang teguh kepada nilai integriti dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab.
Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa rasuah merupakan musuh utama kepada kekuatan dan kredibiliti angkatan pertahanan negara, dan sebarang bentuk salah guna kuasa atau penyelewengan tidak boleh diterima sama sekali.
Seri Paduka Baginda, selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, turut mengingatkan bahawa kepemimpinan yang berintegriti bermula dari peringkat tertinggi, dan PTD hendaklah menjadi contoh teladan dalam membudayakan tadbir urus yang bersih, telus serta bertanggungjawab.
-- Berita lanjut menyusul
Agong Zahir Nasihat Tegas Kepada Panglima Tentera Darat Baharu
Sultan Ibrahim, PTD, Tentera Darat, integriti, ama
