BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Agong Terima Menghadap Ketua Hakim Negara, Panglima Tentera Darat

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Agong Terima Menghadap Ketua Hakim Negara, Panglima Tentera Darat​

ec8971b056dbf11ef12b05aa37aeb1926a3b3b74ecc02

e48a7afea6fdb28a00a37ff82345c2b96a3b3f4e0ab79

Kredit: Fb Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Ketua Hakim Negara Tun Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Menurut hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Negara di sini.

Pada 1 Jun lepas, Wan Ahmad Farid dianugerahkan Darjah Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran ‘Tun’ bersempena dengan Hari Keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara.

Wan Ahmad Farid, 63, dilantik sebagai Ketua Hakim Negara ke-17 pada 28 Julai tahun lepas.

Dalam hantaran berasingan, Sultan Ibrahim turut berkenan menerima menghadap Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman.

 
Back
Top
Log in Register