TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,198
- Points
- 2,836
Menara Merdeka 118 mercu kejayaan meniti kemerdekaan - Agong
10 Januari 2024 10:06pmAl-Sultan Abdullah pada Rabu berkenan merasmikan Menara Merdeka 118 di Kuala Lumpur. Turut berangkat ke majlis itu Tunku Azizah. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Rakyat perlu melihat Menara Merdeka 118 sebagai kejayaan dalam meniti liku-liku kemerdekaan sehingga sebuah negara serba rencam dan majmuk dapat disatukan atas semangat nasionalisme yang tinggi.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah mercu tanda baharu itu adalah simbol rakyat meraikan kepelbagaian negara sebagai realiti wajah Malaysia yang merdeka.
"Dari sudut mana sekalipun kita melihat menara ini, ia memberi cerminan bagaimana negara kita telah melalui peredaran zaman sehingga akhirnya maju jaya dalam pelbagai bidang dengan struktur sosial dan nilai perpaduan menurut acuan kita yang tersendiri.
"Justeru, rakyat Malaysia sewajarnya berasa bangga kerana Menara Merdeka 118 ini adalah bukti kejayaan Malaysia yang berterusan," titah baginda pada Majlis Perasmian Menara Merdeka 118 di sini para Rabu.
Turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Pada masa sama, Al-Sultan Abdullah berkenan merasmi dan memasyhurkan Masjid Al-Sultan Abdullah yang merupakan masjid utama di Kompleks Menara Merdeka 118 serta menzahirkan ucapan terima kasih kerana sudi menamakan ia dengan nama baginda.
"Ia adalah satu tanda ingatan dan hadiah yang sungguh berharga kepada beta dan Raja Permaisuri Agong yang akan kami hargai selagi nyawa di kandung badan," titah baginda.
Al-Sultan Abdullah merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh warga Permodalan Nasional Berhad (PNB) kerana menjadikan pembinaan Menara Merdeka 118 satu kenyataan.
Baginda turut menzahirkan keyakinan PNB sebagai sebuah institusi pelaburan utama negara yang akan terus melangkah maju dalam usaha memperkasakan ekonomi negara.
"Marilah sama-sama kita berdoa semoga ekonomi negara akan terus berkembang maju dan keamanan serta kesejahteraan akan terus berkekalan buat negara Malaysia yang kita cintai ini," titah baginda.
Menara Merdeka 118 itu dimiliki PNB melalui anak syarikat milik penuhnya iaitu PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd.
Menara canggih yang memiliki 118 tingkat dengan ketinggian 678.9 meter itu adalah yang kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa Dubai (828 meter).
Al-Sultan Abdullah turut menyambut baik usaha PNB melakukan restorasi Stadium Merdeka kepada keadaan asalnya seperti pada tahun 1957.
"Kini tersergam indah di lokasi yang penuh bersejarah ini ialah sebuah menara pada ketinggian 678.9 meter dengan puncak menara yang secara simboliknya melambangkan aksi laungan kemerdekaan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj 67 tahun yang lepas.
"Mercu tanda baharu ini yang berdiri megah di hadapan stadium keramat, yang menjadi bukti kelahiran sebuah negara merdeka, membawa seribu pengertian yang penuh bermakna," titah baginda. - Bernama
Menara Merdeka 118 mercu kejayaan meniti kemerdekaan - Agong
KUALA LUMPUR - Rakyat perlu melihat Menara Merdeka 118 sebagai kejayaan dalam meniti liku-liku kemerdekaan sehingga sebuah negara serba rencam dan majmuk...
Perasmian Menara Merdeka 118 jadi tumpuan warga kota malam ini..
KUALA LUMPUR – Menara Merdeka 118 yang merupakan bangunan mercu tanda baharu Malaysia akhirnya dibuka secara rasmi malam ini setelah pembinaannya hampir 10 tahun.
Bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa itu dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkenan mencemar duli.
Majlis perasmian bangunan berketinggian 678.9 meter itu difahamkan bermula kira-kira pukul 7.30 malam manakala tayangan lampu gimik perasmian pula bermula pukul 10.15 malam.
Ketika lampu berwarna-warni ditayangkan, kedengaran laungan ‘Merdeka’ oleh Perdana Menteri Malaysia pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj turut bergema di sekitar bangunan pencakar langit itu.
Untuk rekod, reka bentuk menara ini secara simboliknya juga mencerminkan imej Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj semasa beliau mengangkat tangan melaungkan ‘Merdeka’ pada 64 tahun lalu.
Sementara itu, menara tersebut juga menjadi tumpuan warga kota apabila kelihatan orang ramai dari kawasan sekeliling tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan perasmian tayangan berlampu itu dengan membuat siaran langsung serta mengambil video.
Dalam majlis yang sama, Seri Paduka Baginda turut merasmikan Masjid Al-Sultan Abdullah dimana ia merupakan salah satu kemudahan yang disediakan di menara tersebut selain pusat beli-belah, kediaman, pejabat dan lain-lain.
Walau bagaimanapun, Masjid Al-Sultan Abdullah hanya boleh digunakan oleh staf dan pekerja pada esok dan hanya akan dibuka kepada orang ramai pada Jumaat ini.
Difahamkan juga pembinaan masih lagi berjalan di sekitar menara dan kawasan masjid.–KOSMO! ONLINE
Perkembangan Terdahulu
Malaysia bina Mega Tower 118 Tingkat!
[email protected] KUALA LUMPUR (Oct 31, 2012): The planned Warisan Merdeka mega-tower, announced two years ago, will now be 118 storeys high instead of 100 as originally proposed. This was revealed in a Parliamentary reply to Fong Kui Loon (DAP-Bukit Bintang) by the Federal Territories...carigold.com