BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Agong, Raja Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Tahun Baharu 2026

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80
d65599b19cf7d6da865899e6a60e24b56955c5d17c416


Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar tahun baharu ini membawa kesejahteraan serta kemakmuran berterusan kepada negara.

Sultan Ibrahim turut menyeru rakyat supaya terus memperkukuh perpaduan dan saling menghormati antara satu sama lain demi keharmonian Malaysia.

“Seri Paduka Baginda turut berdoa agar Malaysia sentiasa dilindungi Allah SWT serta dikurniakan keamanan, kemajuan dan kesejahteraan berpanjangan,” menurut hantaran itu.

 
Back
Top
Log in Register