BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Agong Anugerahkan Bintang JPP Kepada Petugas JUPEM Maut Ketika Bertugas

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,764
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,764
Reaction score
289
Points
146

Agong Anugerahkan Bintang JPP Kepada Petugas JUPEM Maut Ketika Bertugas​

22bb81b024d56f2388b296ae869e51536a1d0945745aa

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2026 sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda di Istana Negara hari ini.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Petugas Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) yang meninggal dunia ketika bertugas di sempadan Malaysia-Brunei pada Mac lepas, Donysius Gabriel Goh dikurniakan Bintang Jasa Perkasa Persekutuan (JPP) bagi menghargai jasa dan khidmat bakti mendiang.

Menurut senarai rasmi penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2026 bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini, mendiang Donysius menjadi penerima tunggal bintang berkenaan.

Darjah dan bintang JPP dikurniakan kepada individu yang telah menunjukkan kepahlawanan dan keberanian yang luar biasa di luar medan peperangan.

Berdasarkan portal Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa (BIUPA) Jabatan Perdana Menteri, penerima JPP layak menerima elaun kenangan berjumlah RM1,000 sebulan manakala bagi penerima anumerta (posthumous) elaun kenangan akan dibayar kepada waris kadim sekali gus berjumlah RM10,000.

Pada 17 Mac lepas, mendiang Donysius, 36, yang bertugas sebagai Pembantu Khidmat Am H1 di Pejabat Topografi Wilayah Miri, Sarawak dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras ketika menyeberangi sungai di kawasan Ulu Temburong, Lawas ketika melakukan operasi pengukuran sempadan antarabangsa Malaysia-Brunei bersama lima lagi rakannya.

Mayat mendiang ditemukan kira-kira 500 meter dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan hilang oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada 25 Mac.

Yang di-Pertuan Agong berangkat menyempurnakan Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2026 yang berlangsung di Istana Negara di sini.

Secara keseluruhan seramai 161 individu dikurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2026 bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda tahun ini.

 
Back
Top
Log in Register