BTC USD 61,682.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Agihan permit bas tidak seimbang

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Siew Kiong menurunkan tandatangan ketika melawat booth Tourism Malaysia, semalam.​

JOHOR BAHRU - Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) digesa untuk mengkaji semula pengagihan permit kepada bas persiaran milik Singapura yang masuk ke Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong berkata, pengagihan permit kepada bas persiaran Singapura itu dilihat tidak seimbang.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan perniagaan pengusaha tempatan terutama dalam sektor pelancongan di negeri ini, terjejas teruk.

"Sebanyak 1,374 permit dikeluarkan kementerian dan SPAD di mana 617 daripadanya iaitu 45 peratus adalah kepada bas persiaran milik Singapura.

"Peratusan ini adalah tinggi dan amat membimbangkan pemain industri pelancongan terutama kepada pengusaha bas persiaran tempatan yang akhirnya menjejaskan perniagaan mereka.

"Saya minta kementerian dan SPAD mengkaji dan menambah baik isu pemberian permit ini demi menjaga kelangsungan sektor pelancongan di Johor dan Malaysia amnya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Karnival Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) 2015 di EXPO Johor di pusat beli belah Danga City Mall di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Johor, Dr Badrul Hisham Kassim; Presiden MATTA, Hamzah Rahmat dan Pengerusi MATTA Johor Chapter, Kathryn Lee.

Siew Kiong berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada pengusaha bas persiaran tempatan berhubung perkara itu.

Katanya, antara cadangan yang boleh dibuat kementerian dan SPAD adalah mewujud dan menetapkan radius kawasan yang memerlukan pelancong daripada Singapura perlu menggunakan bas persiaran tempatan.

"Bagi saya ia berada pada tahap kritikal dan memerlukan tindakan sewajarnya

"Selain itu, SPAD dan kementerian juga perlu mengkaji semula tempoh permit yang dikeluarkan kepada pengusaha bas persiaran Singapura bersesuaian dengan keadaan bagi memastikan perniagaan pengusaha tempatan di negeri ini tidak terjejas," katanya.

Dalam perkembangan lain, Siew Kiong berkata, pihaknya buat julung kali akan menganjurkan bengkel dengan menghimpunkan semua pemain industri pelancongan di negeri ini, dalam masa terdekat.
 
Back
Top
Log in Register