BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AeU Universiti Pertama Tawar Pengiktirafan FCMI Melalui APEL.Q

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
9917017107ed4ece207d1d68b9d4304b68efa9e8b8b99

3fa699548a596b50167c3d7777e4253c68efaa0881f59


Asia e University (AeU) menjadi universiti pertama di Malaysia dan peringkat global menawarkan peluang kepada pelajar dan alumni Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) untuk meraih pengiktirafan berprestij Fellow Chartered Management Institute (FCMI) melalui laluan Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu bagi Tujuan Penganugerahan Kelayakan (APEL.Q).

Inisiatif berkenaan direalisasikan menerusi kerjasama AeU dengan Chartered Management Institute (CMI) daripada United Kingdom, yang bermatlamat mengiktiraf kecemerlangan kepimpinan serta pencapaian profesional dalam kalangan profesional perniagaan berpengalaman.

Pengasas dan Presiden AeU Prof Datuk Dr Ansary Ahmed berkata kerjasama berkenaan menandakan langkah penting dalam usaha universiti itu untuk memartabatkan pembelajaran sepanjang hayat dan meningkatkan pengiktirafan profesional bagi individu dewasa yang bekerja.

“Sebagai universiti yang diwujudkan untuk pembelajaran sepanjang hayat, kami sentiasa berpegang pada prinsip pemberian peluang kedua kepada golongan dewasa yang bekerja untuk menimba pendidikan tinggi berkualiti.

“Program DBA menerusi APEL.Q menarik minat profesional berpengalaman dengan lebih daripada 25 tahun pengalaman kerja, iaitu lebih dua kali ganda daripada syarat untuk fellowship FCMI, menjadikan kerjasama ini sangat sesuai,” katanya kepada Bernama selepas majlis perasmian Anugerah dan Sijil Fellowship AeU-CMI di sini hari ini.

Ansary berkata kerjasama berkenaan bukan sekadar mengukuhkan reputasi program DBA AeU, malah membuka peluang kepada sarjana dan alumni untuk memperoleh pengiktirafan bertaraf antarabangsa yang mencerminkan pencapaian mereka dalam kepimpinan dan pengurusan.

“Sejurus kami mengumumkan laluan ini (APEL.Q), hampir semua sarjana DBA kami berminat untuk mengambil peluang. Bagi kebanyakan mereka, khususnya golongan usahawan dan profesional kanan, gelaran FCMI merupakan satu penghormatan yang memberi makna kepada kepimpinan mereka sepanjang hayat,” katanya.

Beliau berkata AeU turut berhasrat memperluas kerjasama dengan CMI bagi melibatkan program ijazah sarjana dan ijazah sarjana muda melalui APEL.Q memandangkan ramai dalam kalangan pelajar terbabit turut memenuhi syarat pengalaman profesional yang ditetapkan untuk kelayakan fellowship.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CMI Ann Francke berkata fellowship adalah ‘satu pengiktirafan yang amat berprestij’ yang mencerminkan tahap tertinggi kepimpinan global dan amalan beretika.

 
Back
Top
Log in Register